"Diego. Akhirnya kamu sampai." Suara lelaki tua terdengar di belakang. Pandangan mereka teralih. Lalu kepala ku pusing kebelakang.
Constanzo. Ayah.
Orang tua tu dah sampai. Aku tatap kearahnya dengan tatapan maut. Tetapi dia hanya senyum. Apahal dia ni?
Aku tunggu dia menjawab sesuatu. Akhirnya dia bersuara."Diego.. Ayah perlukan kamu di syarikat ayah. Sejak kamu pergi syarikat ayah makin menurun. Jadi tolong sign kertas ni." Ujar ayah lalu dia menhulurkan sekeping kertas. Kertas itu perlukan tanda tangan aku. Aku ketap gigi. Kenapa aku buat semua ni? Aku akan stuck kalau sign! Tapi... Kalau aku sign dorang takkan kacau hidup aku lagi, kan?
Aku menhembus nafas panjang. Lalu kertas itu bertukar tangan. Tanpa banyak masa. Aku tanda tangan di kertas itu. Orang tua itu dan abang aku agak terkejut. Tapi aku malas bertanya. Lepas aje aku tanda tangan di kertas itu aku hulur kertas itu ke lelaki itu. Lalu teragak agak dia mengambil. Tiba tiba dia senyum lega.
"Jadi kamu nak masuk balik ke family ni?" Ujar ayah perlahan. Terbutang biji mata aku. Aku dapat lihat Aldo ketawa perlahan. Aku merampas kertas itu di tangan ayah. Terus aku baca dengan teliti. Tiba tiba jantung aku berhenti.
Apabila sang anak sudah tanda tangan. Maka
dia harus duduk serumah dengan keluarganya.
Constanzo.Jantung aku berdebar laju. Terkejut. Salah aku tak baca full! Aku gengam kertas itu dengan erat. Geram!
"Welcome back to Constanzo family." Ujar ayah dengan gembira. Aku anggap. Sindiran.
"Tidak! Aku takkan masuk ke family ni balik! Aku nak batalkan!" Jerkah ku. Tolak ku. Aku takkan kembali ke family ni lagi!
"Terlambat. Kontrak itu takkan boleh dibatalkan Diego Ignazio Constanzo." Balas lelaki itu. Aku kaku di situ. Betul ke ni? Aku tatap ayah dengan penuh emosi. Kebencian ku makin tinggi terhadapnya. Tapi dia hanya tenang. Makin sakit hati aku melihanya! Nak aje aku bunuh lelaki tua tu!
"Ho detto di no, dannazione!(i said i don't want, dammit!) Ujarku dengan penuh emosi. Orang tua itu diam. Tunggu aku menjawab lagi. Jap.. Ye!
"Aku setuju." Ujarku. Semua dekat situ terkejut. Lalu ayah tersenyum. Kau belum tahu aku nak buat apa! Tapi geram juga.
.
.
.
Di library.
Aku hentak kaki aku banyak kali. Sakit tu cerita belakang. Aku harap lantai ni mamat tu! Makan kasut aku ni! Tiba tiba kaki aku berhenti menhentak lantai yang tak bersalah tu. Ada tiga orang masuk ke sini. Urgh! Datang pula. Boleh tak biarkan aku lonely harini? Stress!!
"Yo! Bergegar tau rumah ni kau buat.. Cuba bertenang sikit?" Ujar Romeo dengan gaya belagak. Aku malas layan. Terus kaki aku tendang buku yang ada disana. Aku kan anak dorang sekarang.. BOLEH AKU SEPAHKAN RUMAH NI!
"Relax lah gila.. Kesian buku tu..Tak bersalah pun." Ucap Justin pula. Aku mencapai satu buku di situ lalu aku lemparkan buku tu dekat muka Romeo.Annoying tengok muka dia. Kena. Punggung dia sudah cium lantai.
"Ouch! Sakit gila! Kalau cacat muka aku macam mana??" Ujar Romeo kesakitan. Sambil memengang mukanya. Ketawa kami memenuhi ruangan. Puas dapat cederakan mamat acah acah hensem ni.. Biar hancur muka kau!
Tiba tiba ketawa kami mati apabila seseorang memasuki ke ruangan ini. Alex Constanzo. Lets just call him. Ayah.
Dia datang dekat kearah kami. Aku tatap dia dengan tajam.
"So..Boys jom kita jalan jalan!" Ujar ayah dengan gembira. Asal orang tua ni? Dulu tak de pun macam ni tiba tiba jadi macam ni. Bayak perubahan sejak aku pergi dari rumah ni.
"Pergi mana?" Soal Aldo dengan muka keliru. Aku? Aku lagilah keliru! Tak payah cakap pun dah tahu.
"Mall! Jom! Alang alang si bongsu dah kembalikan.. Mak tak ikut kata malas! Cepatt!" Ajak lelaki itu. Akhirnya kami angguk. Pelik tu aku tolak ke tepi. Jap.. Maksudnye aku boleh lah malukan dia depan ramai orang!
.
.
.
Sampainye kami di mall. Aku yang gerak ke depan dahulu. Mencari mangsa untuk buat orang tua ni malu! Biar dia tahu anak dia yang 'bongsu' ni tak ingin sangat nak duduk dekat family ni. Tujuan aku hanya nak dibuang dari family ni. Bijakkan aku ni? Maklumlah Haider Rayden kot! Orang paling bijak di dunia!
"Diego jangan jauh sangat kang kau larikan diri." Ujar Justin. Eh aku tak terpikir pun nak larikan diri.. Tapi ramai orang dekat sini! Gila ke nak lari silap silap terlanggar orang! Tak pasal pasal kena ceramah free.
Aku buat tak dengar apa yang dikatakan Justin. Aku ternampak seorang budak perempuan yang bersama ibunya. Fikiran jahat ku mucul! Pantas aku lari kearah budak itu tinggalkan mereka yang berada di belakang ku.Sampai aje aku didepan budak itu. Aku cangkung di hadapan budak itu.
"Comelnya!" Ujarku. Lalu aku peluk budak itu. Mata mak itu pandang kearah aku. Tak dapat difahami. Aku dapat lihat tiga adik beradik aku terkaku di situ! Beberapa mata sudah kearahku. Mesti dorang ingat aku perdo. Mampuslah yang penting aku nak dibuang dari keluarga.. Dapat dosa disengajakan. Haih.. Kena cepat bertaubat aku lepas ni.
"Diego.. Lepaskan budak tu gila! Kalau budak tu nangis macam mana!?" Jerkah Justin. Tapi aku tidak pedulikannya.
"Tak nak!" Balasku. Pelukkan ku makin erat. Tetapi budak tu diam aje. Memang tak ada perasaan eh budak ni? Seram pula kitonya. Lalu Justin terdiam. Tak mampu berkata! Muehehe! Tetapi dia bersuara juga.
"Ayah! Tengok Diego! Amik dia sebelum anak orang lain pula kena! malu kitaorang!" Adu Justin ke ayah. Aku tersenyum. Berjaya! Lepas balik rumah mesti aku dibuang keluarga! Yes! That's what i want!!
"Haah! Kitaorang yang malu!" Ujar Romeo pula. Muka dia jelas menahan malu. Mesti menyesalkan suruh aku balik? Kan kan!
"Diego.. Kau adik aku kan? Tolong lepaskan budak tu.." Pujuk Aldo. Laju aku gelengkan kepala aku nak tengok wajah orang tua itu apabila marah. Lalu pandangan ku teralih ke ayah. Dia... Senyum?
"Biarkan aje lah dia.. Diego suka budak budak eh? Dulu tak suka.." Kata ayah perlahan. Dahi aku berkerut seribu. Hah? Aku tak salah dengar ke? Aku keliru. Lalu pandangan ku teralih ke semua orang di sana. Senyum? Dorang ingat aku ni suka budak ke? Tak! Lalu pantas aku lepaskan pelukkan itu. Budak itu senyum kearah ku. Aku pula yang malu! Haih urat malu aku kembali ke mat!?
FLOWERS🌻
YOU ARE READING
ELYN ADRIANA | OG
Romance"Perkenalkan aku boyfriend dia."-Tengku Iskandar bulat mata Elyn apabila dengar yang keluar dari mulut Tengku Iskandar.Adam menatap Iskandar dengan santai. "Kau ingat aku percaya?buktikan."-Adam Haider cabar Adam.Apa masalah dorang ni?tiba-tiba Iska...