TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?"Ifa!" Ifa menoleh dengan serta-merta apabila terdengar namanya dipanggil sebaik sahaja dia memasuki pintu kelas. Warda menghampiri Ifa dengan senyuman manis.
"Kenapa?" Ifa bertanya semula. Mereka berdua berjalan beriringan ke arah tempat duduk mereka. Rakan-rakan semeja yang lain masih belum sampai jadi ada masa lagi untuk mereka berdua berbual.
"Teka hari ni aku kena on patrol dengan siapa?"
"Iskandar?" Ifa bertanya polos.
Warda menggeleng. "Cuba lagi."
"Takkanlah Amrullah kot."
"Bingo! Kalau ikut jadual sepatutnya aku dengan budak form six untuk patrol minggu ni tapi budak form six ada taklimat untuk kerja kursus dia orang hari ni jadi pagi ni Amrullah akan ganti budak tu. Kau jangan beritahu groupmate kau pula patrolnya hari ni, buat bodo aje." Warda membalas dalam nada sedikit berbisik pada ayat terakhirnya. Setelah itu, dia memandang ke arah Ifa dengan kening diangkat beberapa kali.
Ifa diam sejenak. Dia tidak terus membalas. Sebaliknya, keningnya berkerut sedikit. "Warda... sebenarnya kau serius ke?"
"Maksud kau serius? Serius apa?"
"Serius ke nak gunakan konon-kononnya kau ada apa-apa dengan Amrullah tu? Kau tau kan cikgu-cikgu sekolah kita ni macam mana? Mahu kau kena sebut dengan satu bilik guru nanti. Kerja gila dah tu." Ifa cuba memberi nasihat. "Kalau kau tak suka dengan Iskandar tu, cakap ajelah terus-terang... macam yang Amrullah beritahu semalam."
Warda diam. Lagaknya seperti berfikir sejenak.
"Entahlah Ifa. Aku pun tak sure sebenarnya tapi bila semalam aku fikir-fikir balik macam best juga. I mean... Amrullah tu pun boleh tahan. Ramai juga budak lower form yang suka dia, even tak adalah seramai Iskandar. Lepas tu, selama ni dia kerek nak mampus dengan aku jadi macam thrill juga kalau aku try mengorat dia." Warda membalas bersahaja. Langsung tiada nada risau dalam bicaranya.
"Kau kena make sure kau ambil keputusan yang tepat, Warda. Aku tahu kau nakal sikit tapi ada ketika kau kena jaga-jaga. Aku bukan apa... Amrullah tu nampak something. Aku takut kau beria-ria konon-konon try dia biar dia syok dekat kau tapi benda lain yang jadi."
"Benda lain?" Warda bertanya semula. Kurang faham dengan ayat terakhir Ifa.
"Aku takut kau yang jadi syok dekat dia. Kau ni pun bukan boleh percaya sangat." Tak semena-mena bahu kiri Ifa dihadiahkan satu pukulan sederhana kuat oleh Warda. Warda tertawa.
"Mengarut." Warda menyisakan tawanya sementara Ifa menggulingkan mata ke atas petanda menyampah. "Aku benci dia sejak sekolah rendah lagi, Ifa. Dia tu annoying. Tak habis-habis cari gaduh dengan aku. Mulut tu kalau tak menyakitkan hati orang, tak tenang agaknya."
"Jangan benci sangat, takut nanti jadi suka."
"Tak ada maknanya. Kau jangan risaulah. Baik kau doakan aku aje. Tak sabar nak tengok mamat kerek tu pula sakit hati dengan aku." Warda terus bangkit dari duduknya dan keluar daripada kelas. Sebelum Warda beredar, sempat dia menjengahkan kepala pada bukaan pintu kelas. "Ingat tau, plan aku rahsia. Kau aje tahu. Bye, Ifa!"
Ifa hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Lantak kamulah, Aminatul Warda! Orang dah bagi nasihat tak mahu dengar. Apa-apa jadi, sendiri tanggung.
Beberapa minit kemudian, Ifa menyenggol Warda. Dia menuding ke arah satu susuk yang berjalan melepasi pintu belakang kelas. "Tu, dah sampai. Aku gerak dulu. Malas nak tengok drama kau dua orang."
YOU ARE READING
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...