TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
"Seriuslah?" Ifa yang tadinya berbaring sudah bersila di hadapan Warda. Dilihatnya Warda menggulingkan bebola mata sebagai respons kepadanya.
"Patut aku yang tanya kau, kau seriuslah?" Bersama wajah jengkel, Warda memulangkan soalan yang sama kepada Ifa. "Berapa dia bayar untuk kau jadi reporter dia selama ni?"
Ifa tersengih mendengar nada Warda saat menyoal siasatnya saat ini. "Kau ni... tak baik kau tuduh dia bayar aku. Tak ada apa pun. Aku yang ikhlas report dekat dia kalau dia tanya. Lagipun, aku tahu dia tu macam mana, Da. Amrullah yang kita kenal tu mana pandai main-main. Nak-nak pulak sejak—" Ifa mematikan ayatnya. Sedikit terkejut kerana hampir sahaja dia terlepas cakap sesuatu.
"Sejak?"
"Sejak kau asasilah, kau mana nak share personal life kau dekat public. Aku ni kalau bukan sebab aku kawan kau yang paling rapat, silap-silap aku pun tak tahu."
Warda mengeluh. "Aku bukan apa. Aku mixed feelings. Kau faham kan... sejak aku kena macam tu dengan Amirul—"
"Amirul tak guna," celah Ifa. Warda mengangguk menandakan dia tidak lupa.
"Amirul tak guna tu, aku rasa marah pun ada, rasa malu, rasa benci, rasa nak cekik diri sendiri... eish semualah." Warda meluahkan perasaannya tanpa berlapik lagi. "Cuma kau bayangkan, dua tahun lepas aku cerita dekat Amrullah tu... surface aje. Itu pun aku dah segan. Inikan pula aku tahu yang masa tu sebenarnya dia dah tahu daripada kau. Lagilah aku segan! Memikirkan betapa bodohnya aku waktu tu sampai dengan mudahnya Amirul tu gunakan aku."
Belum sempat Ifa hendak menjawab apabila Warda mengambil nafas, Warda sudah menyambung, "Lepas tu dalam waktu yang sama, dia tengah tunggu aku before that. Weh, nampak sangat aku ni buat bodoh aje dengan dia. Langsung tak reti setia."
Ifa tertawa perlahan sebaik mendengar ayat terakhir Warda. Perlakuannya membuatkan tatapan mata Warda berubah tajam kepadanya. "Tak cerita dia, bukannya kau ada suruh dia tunggu kau pun. Deal tu bila kau orang dah umur 30. Amrullah tu yang nak tunggu kau kan, so dia kena hadaplah. Lagi satu, cuba kau cakap... mana ada orang dalam dunia ni nak dipergunakan macam kau kena dgn Amirul tu? Lagipun kau sendiri tahu fizikal Amirul tu macam mana? Bukan kau seorang yang pernah kena dengan dia. Aku syak ramai tu."
Warda tidak menjawab. Dia membiarkan Ifa menyambung bicaranya.
"Bab setia tu pun. Benda tu tak boleh justify kau setia atau tak. Waktu kau dengan Amrullah pun kau tak ada kawan dengan siapa-siapa kan? Maksudnya kau setialah tu. Cuma orangnya aje salah." Sempat Ifa berhenti untuk ketawa sebentar. Entah mentertawakan Warda atau ayatnya sendiri, Warda juga tidak tahu.
"Kau jangan risaulah. Sepanjang-panjang bertahun-tahun aku in touch dengan Amrullah ni, belum pernah lagi dia ada tunjuk benda yang redflag. Lagipun aku yakin dia faham keadaan kau." Di hujung bicaranya, Ifa memujuk Warda.
Warda menatap dalam pada raut wajah sahabatnya. "Why not... kau aje yang dengan dia? Lagipun, kau yang observe dia, selalu bercakap dengan dia masa aku tak bercakap dengan dia dulu. Kau lagi kenal dia."
Jatuh rahang Ifa mendengar cadangan tidak berasas Warda itu. Mahu sahaja dia ketuk kepala Warda saat ini. Lain yang dia sampaikan, lain pula yang masuk ke dalam kepala Warda.
"Aminatul Warda, anak perempuan Encik Syahmi. Dia kenal kau, kau kenal dia sejak darjah empat. Kiranya tempoh kau orang dua ni dah lebih sepuluh tahun jadi kawan. Cuma terputus hubungan sekejap aje pun. Mana boleh tiba-tiba kau nak kata aku lagi kenal dia." Ifa berhenti sejenak. Dia mengambil nafas sebelum menyambung, "Lepastu, orang yang dia nak jadikan bini adalah engkau bukannya aku. Mana ada aku buat deal apa-apa dengan dia masa sekolah dulu."
Sekali lagi Ifa tertawa. Sebagai refleks ketidakseriusan Ifa, Warda menampar paha rakannya itu sehinga derai tawa Ifa reda sendiri. "Kau ni kan."
"Aku takleh weh. Aku rasa kau orang berdua ni kelakar. Seorang tu otak ikan emas sampai janji dengan orang pun tak ingat, seorang tu pula straightforward sangat sampaikan tak menyabar langsung nak pinang yang tak ingat tu." Ifa ketawa lagi.
Warda menggulingkan anak matanya untuk entah ke berapa kalinya. "Kau pun tahu Amrullah tu jenis macam mana. Mana dia pandai nak berbasa-basi."
Ifa menepuk tangan sekali. Terhenjut bahu Warda dibuatnya angkara terkejut.
"That's the point, Aminatul Warda! Kau nak kenal dia macam mana lagi? Bertahun-tahun kau kawan dengan dia. Bertahun-tahun satu kelas, satu kumpulan, satu study group. Kau nak aku buka kepala otak kau lepastu susun depan mata kau dan mainkan balik semua benda yang kau orang pernah lalui ke?"
Belum sempat Warda menjawba, Ifa sudah menyambung semula. "Eh kejap, bukan yang kau orang pernah lalui tapi hadapi. Sebab lalui tu dah macam as a couple pula."
Sekali lagi, Warda tidak menjawab. Hanya mampu menggeleng sebagai respons kepada Ifa. Tidak lama kemudian, Ifa kembali merancakkan perbualan.
"Dah dua hari ni, apa yang kau buat? Solat istikharah? Bincang dengan parents kau? Ke kau ada soal-siasat dia apa-
apa?"
Mendengarkan soalan Ifa itu, Warda tersenyum kekok. "Aku termenung."
"Fer-ferlah, Da?"
Warda mengangguk dengan kedua belah mata tertutup menandakan perit untuk dia mengaku namun, hakikatnya memang itu yang terjadi. "Aku masih tak boleh percaya dia boleh cakap macam tu, in that tone. Aku lagi tak percaya apa yang aku cakap. Maybe aku dalam fasa denial. Scene tu berlegar-legar aje dalam kepala otak aku. Aku pun tak tahu nak buat apa dah."
Ifa menggeleng-gelengan kepalanya. "Aku faham aje posisi kau. Kalau aku ada dekat tempat kau, aku pun dah rupa macam orang tercekik tulang. Silap-silap aku tidur pun tak lena."
"Exactly!" potong Warda menyetujui dalam syukur kerana Ifa mengerti perasaannya.
"Tapi kau tak boleh buat dia tunggu kau lagi. Aku rasa dah cukup fair bertahun-tahun ni dia tunggu kau. Even lepas dia tanya kau soalan sama dua tahun lepas, kau abaikan, dia still tak paksa kau. Amrullah tu dah banyak sangat menunggu, Warda. Kau kena consider juga perasaan dia." Ifa akhirnya memberikan nasihat sebaiknya.
Warda menunduk. Dia mengerti. Kalau dia jadi Amrullah pun, dia tak rasa dia akan mampu menjadi sesabar lelaki itu. Masalahnya... hati Warda masih berbolak-balik. Hendak menerima fakta itu pun masih terasa kelat pada kerongkongannya.
"Aku nasihatkan kau solat istikharah dulu. Kau dapatkan juga pandangan daripada mak ayah kau macam mana. Umur kau dah dua puluh lima tau, kau bukan budak sekolah menengah lagi. Nanti, aku cuba risik-risik daripada kawan sekolah yang masih rapat dengan dia sampai sekarang."
Belum pun Ifa menghabiskan bicaranya, lengannya sudah dipegang kejap oleh Warda. "Jangan beritahu dia orang fasal ni."
Ifa mengangguk. "Iya. Pandai-pandailah aku cover nanti. Kau nak nombor kawan universiti dia ke? Mana tahu kau nak tanya apa-apa?"
Warda menggeleng. "Aku rasa kawan sekolah tadi tu masih okey. Kalau aku tanya kawan universiti dia rasa macam... overboard pula aku punya prejudis tu."
Ifa mengangguk sekali tanda mengeyakan. "Ha nanti apa-apa aku roger kau dapat aku. Tugas kau, jangan lupa buat apa yang aku suruh buat tadi. Insya-Allah kalau kau buat solat istikharah, berdoa dengan yakin... Allah akan tolong. Allah tak akan punya bagi kau salah pilih lagi. Silap kau dulu sebab kau libatkan Allah masa nak bagi peluang dekat Amirul tak guna tu dulu. Sekarang, jangan ulang silap yang sama."
"Baik, ustazah."
Kali ini, giliran Ifa pula menggulingkan mata ke arah Warda yang sudah terangguk-angguk mendengar nasihatnya. "Sebagai kawan kau, aku pun nak yang terbaik untuk kau, Warda. Kalau Amrullah tu tak elok orangnya, aku pun tak akan bagi dia tahu fasal kau apatah lagi untuk dia jumpa kau hari tu. Aku harap kau tak silap lagi lepas ni."
"Aku pun harap benda yang sama. Terima kasih banyak, Ifa."
TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomansaKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...
