BAB 21

31 5 0
                                        

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

BAB 21

Mereka memilih untuk mengisi perut di sebuah restoran mi tarik. Itupun, tempat makan yang dipilih oleh Ifa siap-siap. Selalunya mereka akan bergaduh dahulu barulah menentukan makanan apa dan di mana mereka akan makan tengah hari. Orang perempuan, biasalah.

  Setelah membuat pesanan barulah Warda membuka topik perbualan.

  "Aku nak tanya kau ni... kau jangan tipu. Jawab betul-betul."

  Ifa mengangkat kedua belah keningnya kepada Warda petanda bertanya.

  "Kau... sebenarnya tahu pasal ni kan? Sebab tu kau bawa aku pergi Habib?"

  Ifa tidak terus menjawab. Sempat gadis itu menyedut air kosong yang dihidangkan secara percuma oleh staf restoran ini. "Should I be honest or frankly honest?"

  Warda membuat muka bosan. "Ifa, jangan main-main dengan aku."

  Ifa tertawa kecil. "Iya, aku memang dah tahu fasal Amru nak bagi kau hadiah tapi pasal cincin tu aku tak tipu. Aku memang nak bagi kau. Cumanya beberapa hari lepas, Amrullah ada contact aku. Dia tanya pasal kau. Either aku ada plan apa-apa untuk birthday kau ke tidak."

  Warda tetap bersedia untuk mendengar meskipun bicara Ifa mati seketika di saat pelayan restoran menghantar pesanan makan tengah hari mereka. Aroma mi tarik dan asap panas daripada dumpling yang baru dimasak membangkitkan selera kedua-dua orang gadis itu. Sempat Ifa menghantar kepergian pelayan restoran terbabit dengan terima kasih ringkas.

  "Bila aku beritahu yang aku nak bagi kau cincin Habib, dia tanya hari apa? Dia cakap dia ada barang nak bagi kau sempena kau orang outing untuk birthday kau tapi dia tak available pula so dia ingat nak minta aku ambilkan terus dekat Habib. I came up with a better idea. Aku cakap aku preorder aje barang tu and nanti aku bawa aje kau datang Habib terus. That's why aku pun terkejut dia bagi kau gelang tu tadi."

  Warda mengangguk-angguk mendengar kata-kata Ifa. Satu keluhan berat keluar dari antara celahan bibirnya.

  "Kau tahu tak Ifa..."

  Ifa yang sedang mengelap penyepitnya dengan tisu itu, berhenti. Dia mengangkat kedua-dua belah kening kepada sahabatnya itu. Memberi izin untuk Warda menyambung kata-katanya.

  "Aku tak minta apa-apa pun daripada dia untuk birthday aku kali ni tapi dia janji nak bawa aku keluar dua minggu lepas. Then, dia cancel kata kena kerja weekend tu. Aku macam... kecewalah juga sebab kau pun tak free weekend tu tapi aku just beritahu dia yang aku tak kisah. Dia kata dia minta aku posphone, next week. Aku macam... okeylah aku boleh tunggu. Semalam, dia beritahu aku yang weekend ni pun dia tak free."

  Ifa hanya mendengar. Dia mengambil seketul dumpling lalu disuapkan ke dalam mulutnya.

  "Disebabkan kau kerja dalam bidang yang sama dengan dia, aku nak tanya. Memang company kau orang ni... selalu appoint orang kerja weekend ke? Memang dalam policy kerja boleh ke macam tu?" soal Warda.

  Ifa menghabiskan kunyahannya. Setelah itu, barulah dia menjawab, "Kalau ikut policy kerja, memang ada beberapa kali kita orang sebagai chemist ni akan kerja luar office hour untuk product and machine checking. Sebabnya, waktu-waktu macam tulah machine ni semua tak pakai and lab pun kosong jadi possibility untuk contamination tu kurang. Nanti kita orang kena hantar report dekat higher ups untuk kegunaan department lainlah." Ifa menggantungkan bicaranya. Dia mengambil nafas beberapa saat sebelum menyambung semula.

"Cumanya kalau company tempat aku kerjalah, kita orang memang dah ada jadual siap-siap so that tak adalah asyik orang yang sama aje kena buat checking. Checking tu pun bukannya setiap minggu. Biasanya sebulan sekali aje."
Warda mengangguk-anggukkan kepalanya. "Habis tu... kenapa Amru tu sampai dua weekend berturut-turut?"

TIADA LAIN SELAIN KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang