PROLOG

118 12 0
                                    

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

"Warda, kau serius ke ni?"

  Entah kali ke berapa Warda menerima soalan sebegitu bulan ini. Entah berapa ramai susuk bertanyakan keyakinannya terhadap keputusan sebelah pihak miliknya itu.

  Warda membuat muka kosong seolah-olah langsung tidak terkesan terhadap pertanyaan sahabatnya itu. Manakan tidak, tiba-tiba sahaja Warda membuat pemberitahuan tidak rasmi pada pertemuan mereka setelah beberapa minggu tidak bersua muka.

  "Tak baiklah kau buat dia macam ni."

  Warda masih lagi diam. Entahkan mendengar, entahkan memekakkan telinga terhadap nasihat demi nasihat yang diberikan oleh Ifa.

  "Kau rasa... apa yang dia buat pada aku ni, eloklah?"

  Mendengar persoalan itu, Ifa sendiri terdiam. Dia sendiri tidak tahu hendak menjawab bagaimana. Hakikatnya, tidak patut Amrullah berbuat begitu tetapi pasti lelaki tinggi lampai itu ada sebabnya yang tersendiri untuk berkelakuan sedemikian.

  "Aku rasa kau overthinking sangat ni, Warda. Cuba kau bertenang dulu."

  Kedengaran keluhan berat terlepas dari bibir Warda.

  "Aku... tak nak teruskan pertunangan aku dengan dia. Kalau dia boleh berkeras dengan pilihan dia, aku pun boleh."

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

TIADA LAIN SELAIN KAMUWhere stories live. Discover now