TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?Hari ini, langit sedikit mendung. Matahari tidak terpacak seperti selalunya. Ifa dan Warda hanya termenung ke luar tingkap bilik pengawas sementara menanti hujan reda. Hendak buat bagaimana, sudah nasib mereka pergi dan pulang daripada sekolah dengan menunggang motosikal sendiri. Inilah antara kemungkinan yang perlu dihadap.
Cumanya, hanya tinggal mereka berdua sahaja yang terpaksa keluar lambat memandangkan mereka baru sahaja keluar daripada mesyuarat barisan kepimpinan tertinggi pengawas. Sebagai timbalan ketua pengawas dan timbalan setiausaha agung, sudah tentu kehadiran mereka berdua adalah diwajibkan.
"Da." Ifa tiba-tiba menyeru nama Warda membuatkan Warda berpaling muka daripada terus merenung ke luar tingkap. "Kau dah tahu cerita ke?"
"Cerita yang mana satu? Sekolah kita ni banyak sangat dramanya sampai aku tak sempat nak catch up." Warda membalas tenang. Dia menanti Ifa memuntahkan perihal yang bermain di kepala gadis itu.
"Satu, Iskandar... broken hearted dengan kau," tutur Ifa sedikit teragak-agak. Pun begitu, dia sedikit lega Warda tidak beriak. Reaksi sahabatnya itu biasa sahaja.
"Itu aku tahu."
"Dari mana?" soal Ifa semula.
Warda menarik nafas beberapa saat sebelum menjawab, "Dia dah tak bercakap dengan aku."
"Wait. Tak bercakap maksud kau..." Ifa mengangkat sebelah kening bertanya ke arah Warda. Warda membalas dengan anggukan.
"Haah. Dia buat macam kita orang stranger balik. I mean takkan kau tak perasan sekarang ni dalam kelas, aku bercakap dengan Amrullah and budak lelaki lain lagi banyak daripada dengan dia." Warda mengerling jam di tangannya. Sudah setengah jam mereka tersadai di dalam bilik pengawas ini. Hujan pula semakin lebat. Nampaknya kalau terlalu lama berterusan, redah sahajalah jawabnya.
"Habis tu kau okey aje?" Ifa bertanya lagi seperti benar-benar hendak tahu sahaja gayanya. Warda memicingkan mata ke arah Ifa sebelum mengangkat kedua-dua belah bahu petanda dia sendiri tidak tahu.
"Aku tak tahulah. I guess he needs his own time to move on. Tak apalah, kita bagi dia masa. Sampai satu ketika nanti mesti dia dah boleh berkawan dengan orang lain juga. Sekarang ni pun aku perhatikan... dia ada aje berkawan dengan budak perempuan lain. At least tak adalah dia holding on to aku aje sebagai kawan dia." Warda membalas dalam nada biasa. Beberapa ketika suasana dihurung sunyi sebelum dia menambah lagi.
"Cumanya aku rasa terkilan sikitlah sebab dalam isu ni, akulah watak jahatnya kan? Mana taknya, dulu masa awal-awal dia pindah masuk sekolah ni, aku yang tegur dia dulu. I guess dia memang terlalu baik untuk orang jahat macam aku." Tak semena-mena bahunya terasa ditampar oleh Ifa di sebelah. Terasa juga bisanya walaupun tangan Ifa itu kecil sahaja.
"Engkau ni borak dah macam budak universiti bercinta aje gayanya. Rilekslah, orang kata masa sekolah ni tak payah sibuk nak mencari. Nanti dekat universiti kau akan jumpa bersepah lagi yang boleh jadi pilihan kau."
"Kau pun bercakap macam budak universiti sekarang ni. Malas aku nak melayan. Cakap orang, dia pun sama aje." Warda memulangkan paku buah keras kepada Ifa. Hasilnya, mereka berdua sekadar tertawa ditemani rintik-rintik hujan yang ada kalanya tempias membasahi tingkap tempat mereka berbual itu.
"Pasal Amru, kau tahu tak?"
"Wow, pasal crush aku tu pun ada gosip? Gosip apa?" Warda membalas soalan dengan soalan. Sekali lagi bahunya ditepuk oleh Ifa. Geram benar mendengar nada gadis itu yang penuh kenakalan. "Apasal? Betullah. Sejak dia cabar aku haritu, memang akud ah nekad nak try dia. Kalau jadi, jadilah. Tak jadi nak malu apa... mati tanam."

ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...