TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?Mana ada orang solat sampai pukul sebelas malam?!
Cemberut wajah Warda mengerling ke arah telefon pintar di tangannya. Dia meletakkan semula telefon berkenaan seraya menyandarkan badannya pada sofa tempat dia melabuhkan punggung.
"Kau ni kenapa? Dah macam bini tunggu laki tak balik-balik aje gayanya." Isma menghampiri Warda. Dia turut melabuhkan punggung di sofa yang sama, benar-benar di sisi Warda.
"Mana ada."
Isma tertawa kecil. "Mana ada? Cuba kau tengok muka kau dekat cermin sana lepastu datang sini balik beritahu aku macam mana rupa kau?"
Warda hanya mencebik mendengar perlian Isma itu. Dia sekadar memerhatikan Isma menghirup kopi panas di dalam mug di tangan wanita itu sementara tayangan drama lakonan Fattah Amin dan Wana Ali mengisi ruang di antara mereka berdua.
"Kau tunggu budak lelaki tu balas chat kau ke?" Isma bertanya sekali lagi membuatkan Warda menggigit bawah bibir. Nampak sangatkah rupa Warda sedang menunggu? Isma menyambung, "Dia masih belum reply?"
Warda mengeluh. Gelengan perlahan diberikan kepada Isma sebagai jawapan. "Aku bukan tunggu sebab apa pun, cuma aku bengang. Come on... mana ada orang yang tutup internet lama sampai macam ni at one time? Kalau sekejap-sekejap tu aku faham ajelah. Ini tidak... sampai sekarang masih one tick tau!"
Isma terus berpaling ke arah Warda. Wajahnya seakan-akan tidak percaya dengan perihal yang Warda bicarakan saat ini. "Weh... seriuslah one tick? Pukul berapa kau last text dia?"
"Masuk waktu asar dalam pukul empat dua puluh macam gitu. Kau rasa? Mana aku tak marah?"
Isma diam seketika. Drama yang ditayangkan di televisyen kini tidak lagi menarik perhatiannya. Sebaliknya, dia lebih tertarik dengan drama yang menimpa rakan serumahnya ini. "Takkanlah... dia block kau pula?"
Warda terkesima mendengar tebakan Isma. Cepat-cepat dia menggeleng. "Apasal pula tiba-tiba dia nak block aku? Perbualan kita orang tu... sekejap aje and aku rasa tak ada apa-apa yang triggering pun."
"Profile dia macam mana? Nampak tak?"
Warda menggeleng. "Dia memang tak ada profile."
"Ahh sudah... kalau macam gini memang aku tak boleh tolong kau dah, Warda."
Cemikan terbentuk pada wajah Warda. Isma pula hanya mampu menggelengkan kepala sebelum kembali menyambung fokusnya yang tergendala daripada terus menikmati tayangan drama di televisyen. "Sabar sikit aje lagi, Warda. Manalah tahu dia pun macam aku... join ibadah camp tapi versi lebih zuhud sampai phone pun tak hidupkan."
Sesaat kemudian, satu bunyi notifikasi mengalihkan perhatian mereka. Riak wajah Warda berubah melihat satu mesej muncul daripada nombor yang dia nantikan sejak petang tadi lagi. Warda dan Isma saling berpandangan.
"Ha... kan aku dah kata. Kau sabar aje kejap. Tu... dia dah reply tu, pergilah berendut."
"Berendut tu memang taklah. Okey, aku gi masuk bilik dulu. Nak tidur awal sebab esok is going to be a long day." Warda terus mengangkat kaki menuju ke biliknya semula. Malas hendak melayan Isma yang tidak kurang seperti Ifa itu. Kedua-duanya kaki mengusik.
"Iyelah tu!"
Sesudah pintu bilik ditutup barulah Warda mempunyai kekuatan hendak membaca mesej yang dikirimkan oleh Amrullah. Pelbagai spekulasi seperti tersusun di dalam kepala menanti konfirmasi bahawa alasan yang mana satu akan dia terima daripada Amrullah.
YOU ARE READING
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...