BAB 13

8 3 0
                                    

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

Amrullah tersenyum kelat memandang mesejnya kepada Warda yang masih tidak berbalas walaupun sudah lebih dua belas jam berlalu. Amrullah mengetap bibir sedikit rapat.

  Dalam diam, dia memarahi dirinya sendiri kerana terlampau terburu-buru bertanya perihal tersebut kepada Warda. Logiklah kalau Warda terkejut dan mengelak. Mereka baru sahaja bertemu setelah empat tahun terpisah!

  "Adoi kau ni Amru..." Tangan naik menyerabutkan rambut pendek di kepala.

  Yusuf yang asalnya sedang menyiapkan assignment menjadi kurang fokus mendengar rungutan demi rungutan yang terlepas keluar daripada mulut Amrullah. Dia langsung memusingkan duduk menghadap ke arah Amrullah yang sedang duduk bersandar pada kerusi di hadapan meja belajar. "Kau ni dah kenapa? Serabut macam bini dah nak bersalin aje."

  "Kau jangan nak merepek merapu, Yusuf." Amrullah meletakkan telefonnya ke tepi. Dia kembali mencapai iPadnya yang tersadai sejak tadi. Sudah agak lama laporan yang perlu dia sunting itu terbengkalai begitu sahaja.

  "Dah tu... cuba kau tu buka mulut. Beritahu aku apa benda yang tak kena. Kau ingat aku boleh fokus ke siapkan assignment kalau orang dekat sebelah aku ni duk mengeluh macam orang tak betul?"

  Aamrullah menghela nafas panjang. Beberapa saat kemudian, dilepaskan tenang. "Okey macam ni."

  "Macam mana?"

  "Kau ingat benda yang aku cerita malam hari tu?"

  "Benda mana satu ea? Aku tak berapa ingatlah. Waktu tu dah lewat tau, aku pun dah letih." Yusuf sempat merungut dalam jawapannya. Pernyataannya membuatkan Amrullah merengus geram.

  "Kau yang tak menyabar suruh aku cerita malam tu. Kau ingat kau seorang aje ke penat? Aku pun ada latihan juga malam tu, aku pun penat."

  Yusuf langsung tertawa saat Amrullah memerlinya. Sengaja dia mengusik Amrullah dengan jawapannya tadi. "Ish pak cik seorang ni. Aku ingatlah. Pasal kau terjumpa balik dengan bestfriend perempuan kau masa zaman sekolah menengah dulu. Ha... kenapa? Dah declare ke dengan dia?"

  "Otak kau!" Pantas Amrullah membidas tebakan tidak berasas milik Yusuf. Nasib sahaja di tangannya sekarang ada iPad. Kalau tukul besi ke, kayu balak ke... mahu ada kepala yang berlekuk dikerjakannya.

  "Ye tak ye juga. Kalau kau declare dengan dia, mesti kau tak serabut macam ni. Mesti kau bahagia senyum lebar macam dah confirm mati esok masuk syurga." Yusuf mengherotkan wajah petanda dia sedang mengusik Amrullah. Sebaik sahaja dia melihat Amrullah hendak mengangkat tangan membentuk penumbuk, lengannya dibuat penghadang di hadapan kepala. Dia tersnegih kepada Amrullah.

  "Aku buat benda bodoh semalam." Akhirnya Amrullah meluahkan cerita yang disimpannya sejak dua belas jam yang lepas.

  Yusuf membulatkan mata. Dia menolak terus assignmentnya ke tepi dan menyilakan kaki di atas kerusi. Badan dicondongkan sedikit ke arah Amrullah. "Weh... jangan cakap kau tanya dia... nak ke dia couple dengan kau? Berdasarkan cerita kau pasal dia... aku tak rasa dia nak in a relationship dengan sesiapa."

  "Tak adalah aku tanya dia dia nak ke ada hubungan dengan aku, cuma..."

  "Cuma?" Yusuf semakin hilang sabar. Terkebil-kebil dia merenung ke arah Amrullah bersama sepasang iris yang berkilat tanda penuh minat.

  Amrullah mengeluh lagi. "Ish... tak payahlah cakap."

  "Eh engkau ni... ada juga yang aku ajak wrestling karang cerita separuh-separuh. Beritahu ajelah Amrullah Akbar oiii!" Yusuf cuba memujuk Amrullah dengan ugutan. Dia sungguh-sungguh tidak boleh bersabar lagi. Bagaimana sekali pun caranya, dia hendak tahu perkara bodoh apa yang dilakukan oleh Amrullah semalam.

TIADA LAIN SELAIN KAMUWhere stories live. Discover now