BAB 2

20 3 0
                                    

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

"Kau memang nak duduk tepi and tengok aje ke sampah tu?!"

  Amrullah hanya memerhatikan Warda berteriak kepada rakan Hafiz yang bertanda nama Alif. Berbanding Hafiz dan rakan-rakan, sejak awal lagi pandangan Warda terpasak pada budak lelaki bernama Alif itu. Tidak cukup dengan berbaju sukan dipadankan dengan seluar sekolah berwarna hijau lumut, boleh pulak daripada tadi dia cuma bercangkung aje tepi longkang tak buat apa-apa? Sakit mata dan rengsa hati Warda melihatnya.
Amrullah hanya bercekak pinggang sedari tadi. Dia memerhatikan dua orang lagi yang sedang mengutip sampah lalu dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang diberikan kepada mereka awal-awal tadi. Amrullah tidak menegur meskipun jelas dia lihat dua orang budak lelaki itu lebih banyak mainnya daripada melakukan denda. Hafiz pula berdiri di sebelah Amrullah. Sama-sama memerhatikan. Bezanya, di tangan Hafiz ada beberapa cebisan sampah yang dia kutip tadi.

"Kau pun satu!" Warda berpaling ke arah Amrullah dan Hafiz yang berdiri bersebelahan. Terkejut kedua-dua lelaki itu apabila Warda bercekak pinggang menghadap mereka.

"Kau ingat sekolah ni bapak kau punya ke?" Warda berteriak marah. Kembang-kempis hidungnya menahan amarah.
Amrullah dan Hafiz saling berpandangan. Siapa?

"Kaulah. Amboi, kau apasal rilek sangat budak tu tak buat kerja? Kau pun gengster macam dia ke?"

Mata Amrullah membulat dengan kening terangkat saat menyedari bahawa Warda sedang meluahkan amarah kepadanya. Hafiz memandang ke arah Amrullah. Juga agak terkejut. Amrullah cepat-cepat membalas. "Rilekslah, Warda. Hafiz kata dia nak take five."

Warda membuntangkan matanya. "Kepala lutut kau take five. At least, kau tolong aku handle Alif ni. Semua Alif memang problematic ke apa entah dia buat aku macam tunggul." Warda meluah marah. Tidak berteriak. Hanya saja nadanya sedikit keras.

"Kau dah nampak dia layan kau macam tunggul, kau jadilah tunggul. Kan senang?" soal Amrullah lagi. Amrullah sempat tertawa di hujung bicaranya sekali gus menyimbah petrol ke dalam hati Warda yang mula marak.
Kan Warda sudah kata. Lebih baik Amrullah itu bisu daripada pandai berkata-kata!

Warda diam tidak membalas. Sudahnya, dia hanya memeluk tubuh.

Lambat pula Cikgu Tarmizi ni nak datang!

Beberapa ketika kemudian, Hafiz kembali meneruskan kerjanya. Amrullah pula mendekati Alif. Ketua pengawas itu berdiri dan berbicara sedikit dengan Aliff. Entahkan memujuk entahkan berbual kosong, Warda tak kuasa hendak ambil tahu.

Warda berpaling mencari kelibat Cikgu Tarmizi. Mata melirik pada jam tangannya. Lima minit baru berlalu tapi sudah terasa seperti seminggu menanti!

Beberapa ketika kemudian, anak mata Warda menangkap susuk Cikgu Tarmizi menghampiri lokasi tempat dia berdiri. Terus wajah Warda bercahaya. Sudah tidak sanggup menghadap lima orang lelaki di hadapannya. Terutama sekali Amrullah.

Warda berpaling. Dia sedikit terkejut melihat Amrullah sudah berada di belakangnya. Mereka hanya terpisah dalam satu meter. Dari ekor matanya, dapat dia lihat keempat-empat pelajar lelaki yang masing-masing tingkatan empat itu, sedang mengutip sampah bersama-sama.

"Sorry, cikgu lambat sikit. Pergi tandas tadi. Dah, cikgu take over daripada sini. Rasanya perhimpunan dah habis tu. Kamu berdua masuklah kelas. Terima kasih ya." Cikgu Tarmizi akhirnya bersuara saat lelaki itu berada di hadapan mereka berdua.

Warda mengulum senyum sebelum mengangguk. Dia berjalan dahulu meninggalkan Amrullah walaupun destinasi mereka sama. Menyedari Warda mulai jauh meninggalkannya, Amrullah melajukan langkah sehingga dia hanya berada beberapa tapak di belakang Warda.

"Lain kali jangan garang sangat dengan budak-budak tu. Ingat, kau tu perempuan."

Warda berhenti melangkah serta-merta. Dia terus berpusing badan ke arah Amrullah.

"Kenapa pulak?" Bersama muka bengang, Warda bertanya.

"Antara budak-budak tu, ada yang terlibat dengan orang yang ambil barang. Dia orang ambil ke tak, aku tak sure yang penting ada kaitannya. Aku tahu sebab aku cam muka-muka tu masa AADK buat program dekat dewan. Kau ingat nama-nama yang join program tu cikgu pilih random ke?"

Warda diam tidak membalas.

"Dibuatnya dia orang sakit hati dengan kau. Cari kau luar sekolah, bawa geng-geng dia yang dekat luar tu. Kau nak buat apa?" Amrullah akhirnya membalas dengan nada biasa. Tidak keras, tidak juga lembut. Masih terselit sedikit tegas.

Warda tersentak. Dia membiarkan Amrullah berjalan melintasinya.

"Lain kali tenang-tenang aje. Kita tetap buat kerja kita tapi semampunya. Ingat, kau tu perempuan. At least jadilah sopan santun sikit." Amrullah terus mengorak langkah ke arah tangga sesudah menghabiskan nasihatnya.
Warda berpusing kembali ke arah tempat Amrullah berlalu. Dia hanya mampu memerhatikan susuk lelaki itu dari arah belakang. Dia menelan dalam-dalam rasa sebal di dalam dada mendengar kata-kata penuh hikmah yang Amrullah berikan kepadanya tadi.

"Memanglah apa yang kau cakap tu betul tapi... tak boleh ke cakap baik-baik? Perlu ke kerek dan poyo macam itu?!" Warda menggenggam angin.

Geramnya!

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

TIADA LAIN SELAIN KAMUWhere stories live. Discover now