TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?"Amru, kau datang ke nanti masa ambil result SPM?" Warda membaca mesej yang ditulisnya itu beberapa kali. Bibir diketap rapat. Tidak sanggup hendak menghantarnya kepada Amrullah.
Oleh itu, Warda beralih ke ruang sembang di antara dia dengan Ifa.
"Fa."
Tiada balasan.
"Fa, kau busy tak sekarang?"
Tiada balasan lagi.
"Fa, nanti kau free aku nak call kau kejap." Enggan memaksa, Warda menutup skrin telefonnya seraya kembali menghadap inti karipap yang baru mendidih itu. Dia mengecilkan api seraya menutup kuali dengan berhati-hati. Baru dia hendak beralih ke sinki, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.
Tanpa melihat nama pemanggil, Warda mengangkat telefon berkenaan. "Hello assalamualaikum habibti. Sabar, aku nak cuci tangan dengan periuk ni. Sekejap lagi aku call kau balik."
"Pukul berapa baru boleh call?"
Pinggan plastik yang dipegang Warda jatuh ke sinki saat dia mendengar suara garau itu menggantikan suara Ifa yang bermain daripada kotak memorinya. Dia pantas mengelap tangan pada kain lap berhampiran sebelum menyemak nama pemanggil.
Jatuh rahang Warda saat melihat nama Amrullah menjadi pemanggil dan bukannya Ifa. Spontan, Warda menelan liur bagi membasahkan tekak.
"Kenapa call aku?" Warda membalas semula dengan soalan.
"Apasal pula tak boleh call kau?"
"Siapa kata boleh call aku?" Warda membidas dengan soalan semula. Sejak daripada dahulu, mereka tidak pernah berubah. Kalau bergaduh, mesti soalan berbalas dengan soalan.
"Kenapa kau typing lepastu delete tadi? Tak hantar apa-apa pun, tiba-tiba offline." Amrullah akhirnya mematikan permainan soal-menyoal mereka.
Mendengarkan jawapan Amrullah membuatkan dahi Warda berkerut. "Excuse me? Kau stalk aku?"
"Aku ternampak kau typing aje tadi. Curious. Cakaplah apa kau nak cakap?"
Warda mengetap bibir sesaat. Dia bersandar di tepi sinki. Tidak dihiraukan hujung kemeja T yang dipakainya sedikit basah terkena air. "Mana ada aku nak cakap apa-apa."
"Kalau tak ada nak cakap apa-apa kenapa typing?" Amrullah masih belum berpuas hati. Lama dia menanti Warda menjawab sebelum akhirnya Warda membalas.
"Ada call masuk. Bye." Pantas Warda menekan butang end pada nombor Amrullah seraya mengangkat panggilan Ifa kepadanya. "Fa!"
"Astaghfirullah, kenapa kau ni? Sorrylah tadi aku tengah tolong mak aku sikit, phone silent." Ifa melurut dada di sebelah sana. Terkejut dia apabila Warda menyergahnya sebegitu. Langsung tidak sempat hendak memberi salam dahulu.
"Amru call aku!" Warda enggan berbasa-basi lagi. Terus dia memuntahkan perihal yang menjadi perkara pokok di kepalanya saat ini.
"Lah... itu aje? Kenapa dia call kau?" Ifa bertanya pantas. Kedengaran bunyi suara-suara manusia sebagai latar belakang bicaranya. Mungkin Ifa berada di kilang membuat kuih ibunya.
"Itu aje kau cakap? Kau tahu tak... aku ingatkan kau yang call aku. Punyalah aku guna suara mesr. Sekali dia yang jawab. Meremang bulu roma aku." Warda membalas panjang lebar. Sudahnya, tidak jadi dia hendak membasuh periuk dan kuali. Dia menapak ke meja makan. Duduk dilabuhkan sambil anak mata mengerling pada jam dinding. Tidak mahu kalau-kalau terlebih masa merenih inti karipap, karang hangit.

ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...