TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
BAB 23
"Warda, buka pintu ni. Ibu nak cakap sikit dengan kamu." Ketukan di pintu membangkitkan Warda daripada pembaringannya. Dia mengeluh sejenak mendengar nada diktator di sebalik pintu biliknya yang tertutup. Langkah beratnya membawa dia ke pintu berkenaan.
Sebaik sahaja pintu putih itu dibuka, muncul susuk Puan Nora, bercekak pinggang memandangnya.
"Kau tak keluar hari ni?"
Warda mengerutkan dahi. "Ada apa hari ni sampai Warda kena keluar pula, ibu? Baru pukul tujuh setengah pagi. Weekend macam ni, Warda ingat nak lepak dekat rumah aje," jawab Warda separa merungut. Sehabis baik dia cuba menyembunyikan riak tidak senang daripada terpancar pada wajahnya.
Kalau Puan Warda tidak muncul mengetuk pintunya, memang dia sudah lena kembali tadi.
"Ewah-ewah. Kau lupa ke? Hari ni Amrullah outing. After empat bulan, takkan kau tak nak jumpa dia?" tanya Puan Nora.
Warda mengeluh perlahan. "Ibu, biarlah dia nak outing ke, apa ke. Kenapa pula Warda nak kena beria-ria jumpa dia?" Ada nada jengkel pada pertanyaan yang dipulangkan oleh Warda kepada ibunya itu membuatkan mata Puan Nora membulat.
"Eh, kau ni Warda. Jangan nak merepek. Dia tu tunang kau. Mestilah dia nak jumpa kau waktu outing macam gini. Apa punya perangai buat tunang macam ni?"
Warda meraup wajah sejenak. "Dia mengadu dekat ibu ke? Dia cakap apa dengan ibu?"
Puan Nora menggeleng kesal mengenangkan jawapan Warda. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengetuk sedikit kepala anak bongsunya itu agar wayar-wayar yang tidak bersambung di dalam kepala gadis itu, kembali berfungsi dan sel-sel otak anaknya kembali berfungsi.
"Amru tak ada cakap sepatah pun dekat ibu. Cumanya, ibu berbual dengan Cik Awa. Cik Awa beritahu yang Amru tu dapat excuse untuk outing hari ni. Amru ada beritahu yang Amru nak jumpa dengan kau, kalau boleh."
Warda menggulingkan matanya sesaat. "Ceh, tak ada mengadu konon. Memanglah dia tak mengadu dekat ibu. Dia mengadu dekat Cik Awa. Tengoklah, kalau tak, tak adanya Cik Awa nak beritahu ibu benda ni. Lagipun, kenapa pula dia nak jumpa dengan Warda? Patutnya, lepas dah empat bulan tak keluar, dia jumpa dengan keluarga dia. Spend time."
"Warda! Ibu tak kira. Ibu dah beritahu Cik Awa yang kau tak ada apa-apa benda nak dibuat harini. Nanti, pukul lapan ibu nak kau sendiri pergi tempat latihan Amru sana. Pastikan kau sampai sana sebelum pukul sepuluh," arah Puan Nora kepada Warda. Bengang betul dia mendengar bicara Warda saat ini.
Bukannya dia tidak tahu, betapa banyak kali Warda mengabaikan panggilan Amrullah daripada pusat latihan sana. Bukan sekali dua, tetapi setiap kali Amrullah menghubungi Warda, setiap kali itu juga Warda matikan telefon. Sudahlah Amrullah hanya dibenarkan menghubungi orang luar menggunakan telefon awam pada masa- masa yang tertentu sahaja.
Warda mengeluh berat. "Okey ibu." Dia langsung berpusing badan setelah pintu ditutup. Malas hendak bertikam lidah dengan wanita separuh baya itu. Karang nanti, bab syurga neraka dibangkitkan.
Malas-malas Warda membawa diri ke bilik mandi. Nampaknya, memang taidak jadilah dia bercumbu dengan katil empuknya.
Ada tunang yang perlu ditemui.
SETELAH tiga jam lebih memandu di highway kerana Warda tegar memandu dengan kelajuan sederhana di lorong kiri, akhirnya kereta yang dipandu Warda berhenti di hadapan pintu utama KD Sultan Idris, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi.
Sebaik sahaja brek tangan diangkat, Warda menyandarkan badan pada kerusi kereta. Lagu yang dimainkan di radio, diperlahankan. Mata melilau ke segenap ruang hadapan KD Sultan Idris. Ada banyak kereta diparkirkan di tepi jalan sepertinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...
