TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?BAB 20
"Warda, weekend ni kau free tak?"
Warda berhenti menyapu pelembap pada wajahnya. Dia mengangkat kening ke arah Ifa pada skrin telefon. "Kenapa?"
"Aku nak ajak kau jalan-jalan," jawab Ifa seraya menyuapkan mi goreng mamaknya ke dalam mulut.
Kening Warda terangkat sebelah. "What's the special occasion?"
"Last weekend kan birthday kau. Aku nak ajak kau last weekend, aku tak free. Sekarang ni aku nak ajak keluarlah, jalan-jalan. Makan kek ke apa ke?"
Warda terdiam. Dia baru menyedari bahawa tanggal hujung minggu nanti adalah bertepatan dengan tarikh hari lahirnya yang ke dua puluh tujuh. Pun begitu, Warda langsung tidak teruja menantikan hari berkenaan mengenangkan janji Amrullah kepadanya pada hari pertunangan mereka tempoh hari ditambah pula dengan mesej yang baru diterimanya oleh Amrullah tadi.
"Hm... Warda."
Warda yang saat itu baru hendak memasang tali pinggang keledar menoleh ke arah Amrullah yang sudah berdiri di luar kereta, benar-benar bersebelahan dengan tingkap pemandu yang terbuka. Dia mengangkat sebelah keningnya petanda bertanya.
"Next weekend is your birthday, right?"
Warda terkebil-kebil memandang tunangnya. Seketika kemudian, dia mengangguk.
"Kalau boleh, saya memang nak ajak awak keluar so that we can celebrate it together tapi..." Amrullah menggantungkan bicaranya. "Saya kena kerja weekend depan."
Warda terdiam. Dia tidak tahu hendak memberi balasan yang bagaimana kepada Amrullah. Hakikatnya, dia memang sedar bahawa tarikh minggu hadapan adalah tanggal dia akan rasmi berumur dua puluh tujuh tahun namun dia tidak menyangka yang Amrullah ada berniat hendak mengajaknya keluar. Dalam masa yang sama, dia sendiri tidak pasti mengapa ada sedikit kecewa yang bertandang di hatinya saat mendengar beberapa perkataan terakhir Amrullah.
Walaupun begitu, Warda tetap mengulumkan senyum di wajahnya. Dia menggeleng beberapa kali kepada Amrullah. "Tak apalah. Setiap tahun pun dah sambut, tak ada yang special pun tahun ni. Sama aje."
Giliran Amrullah pula menggeleng kepada Warda saat ini. Tautan dua pasang iris mereka kekal utuh sejak tadi.
"Mana boleh macam gitu. This is the year where you finnesh your study and become my fiancee, that should be celebrated." Amrullah menghadiahkan senyuman kepada Warda. Pandangan penuh diberikan kepada "Saya nak minta izin kalau awak sudi, kita postphone to the next weekend boleh? Insya-Allah kita celebrate waktu tu. Boleh ke?"
Warda memulangkan senyuman Amrullah. Dia mengangguk. "Insya-Allah boleh. I will try to free my time. Saya balik dulu."
Wajah Amrullah yang tadinya sedikit sugul kembali bercahaya. "Terima kasih, Warda. Happy beautiful birthday, in advance. Elok-elok drive balik. Assalamualaikum."
Warda membayar ucapan ringkas Amrullah dengan senyuman. Ucapan salam pula dijawab sekadar di dalam hati sahaja. Setelah itu, barulah dia menukar gear dan memandu keluar daripada perkarangan rumah keluarga Amrullah. Sempat dia membalas lambaian Amrullah sebelum mereka benar-benar berpisah.
Tadi, Warda baru sahaja menerima mesej panjang daripada Amrullah memaklumkan bahawa lelaki itu turut perlu bekerja hujung minggu ini. Mesej itu hanya dibaca tanpa dibalas oleh Warda.
Hendak dikatakan dia marah, sudah tentu. Bohong seandainya dia tidak terasa hati dengan tindakan Amrullah yang tiba-tiba sahaja perlu bekerja walaupun Amrullah sudah berjanji dengannya dua minggu yang lepas. Namun begitu, Warda juga sedar bahawa dia tidak boleh terlalu mengikutkan perasaan. Amrullah bekerja di bawah syarikat orang. Dia sendiri yakin, pasti Amrullah juga tidak mahu bekerja di hujung minggu jika bukan namanya yang naik.
YOU ARE READING
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...