BAB 4

12 3 1
                                    

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

"Da, kau perasan tak?"

  "Perasan apa?" Warda berhenti menulis seraya berpaling ke arah Ifa di sisinya. Mereka berada di tempat duduk paling belakang di dalam kelas matematik tambahan ini memandangkan mereka ditempatkan di dalam kumpulan A.

  "Iskandar tu... aku rasa dia suka kau." Ifa melontarkan pendapatnya. Serentak mereka berdua memandang ke arah Iskandar yang duduk agak jauh daripada mereka memandangkan Iskandar dan Amrullah yang selama ini duduk di meja yang sama dengan mereka di dalam kelas—ditempatkan dalam kumpulan yang berbeza daripada Warda dan Ifa.

  "Macam tiber sangat aje engkau ni," tukas Warda lagi. Dia membuang pandangan ke arah papan putih. Cikgu Laili sedang menyalin semula butiran maklumat yang diekstrak daripada pernyataan soalan di dalam buku latihan untuk mereka bincangkan bersama-sama.

  "Percaya cakap aku ni, aku duduk semeja dengan kau dua orang aku tahulah. Aku memang tak banyak cakap sangat tapi aku ni jagoan bab-bab memerhati." Ifa meyakinkan Warda lagi. Bersungguh-sungguh gadis itu mengemukakan pendapatnya.

  "Kenapa aku? Kenapa bukan kau? Aku rasa dia layan kau sama aje dengan dia layan aku." Warda kembali memberikan hujahan balas dalam bentuk soalan. Sambil-sambil mereka berdua berbual, masing-masing masih sempat menyalin formula dan penyelesaian masalah di papan putih. Almaklum, di dalam kelas Cikgu Laili, kepantasan dan ketepatan sangat dititik beratkan. Jika tidak, mana mahunya setiap kali kelas dengan hanya berdurasi dua jam mereka mampu menyiapkan berbelas-belas soalan.

  Ifa tiada masalah kerana gadis itu sememangnya cepat tangkap kalau tajuk kira-kira ini. Warda sedikit liat. Nombor dan formula matematik memang bukan jiwanya. Membosankan, kata dia.

  "Cara dia layan aku memang sama dengan cara dia layan kau. Masalahnya, cara bapa dia layan kau sama ke dengan cara bapa dia layan aku?"

  Warda menurunkan pennya. Dia sudah berputus asa menyalin penyelesaian bagi soalan yang kelas mereka bincangkan tadi. Baru hendaak faham sambil tangan mencatit, sudah dipadam!

  "Sekarang ni, kau rasa dia yang suka aku... bukan bapa dia kan?"

  Ifa mengangguk sementara sepasang matanya masih terpasak pada papan putih. Mengikuti perlakuan guru mereka yang sedang mengekstrak soalan baharu daripada buku soalan. "Iya."

  "Jadi? Kenapa argument kau tak relate?" Warda duduk menyandar. Anak mata masih terpasak pada papan putih yang sudah terpapar maklumat baharu. Guru mereka sedang melukis semula rajah pada papan yang sama.

  Ifa meletakkan pennya ke atas meja. "Dia kan anak tunggal lelaki. Pemalu. Rapat nak mampus dengan bapak dia, pengetua sekolah kita tu. Jadi... mesti dia ada cerita punya pasal kau dengan bapa dia. Itu yang bapa dia bukan main baik layan kau. Kau tidur dalam kelas? Mana pernah dia kejutkan. Kau tak siap kerja rumah? Dia chill aje. Siap dia usik kau dengan anak dia lagi!"

  "Oi! Perlahan sikitlah." Warda berbisik dengan isyarat telunjuk di bibir petanda menyuruh Ifa merendahkan suara.

  Kalau ada khabar angin tersebar macam mana?

  "Sorry-sorry. Aku bukan apa... kalau tak silap aku hari tu, nama kau naik dekat bilik guru. Aku curi dengar masa tengah hantar modul karangan. Pasal benda nilah."

  Rahang Warda jatuh. "Weh... for real?"

  "Fer-fer!" Ifa membalas semula penuh semangat.

  "Warda... dah siap ke?" Mendengar suara Cikgu Laili membuatkan mulut kedua-dua gadis yang rancak bersembang itu terus terkatup. Laju-laju Warda membalas soalan Cikgu Laili dengan anggukan.

TIADA LAIN SELAIN KAMUWhere stories live. Discover now