BAB 19

11 3 0
                                    

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

BAB 19

"Amru, kamu berdua keluar ni jangan lama-lama sangat, mak cik tak berapa suka anak mak cik keluar malam-malam."

  "Baik, mak cik," jawab Amrullah cuba meyakinkan Puan Nora tentang keselamatan Warda dengannya.

  Sementara Amrullah bersalaman dengan ibu bapa lelaki itu dan Aidil, Warda bersalaman dengan Puan Nora dan Wafqa. Setelah itu barulah dia bersalaman pula dengan Puan Awa. Belum pun sempat dia melepaskan tangan Puan Awa, terasa badannya ditarik masuk ke dalam pelukan wanita itu. Diusap-usap belakang badan Warda, lembut.

  Warda membalas lembut dakapan hangat itu. Seusai masing-masing melepaskan dakapan, pipi Warda sedikit hangat mengenangkan bahawa dia sedang diperhatikan oleh lima lagi pasang mata di sekitarnya.

  "Terima kasih Warda sebab bagi anak Cik Awa peluang."

  Warda mengangguk sekali. Sempat anak matanya berpapasan dengan Amrullah yang sedang memandang kedua-dua mereka redup. "Insya-Allah, terima kasih juag Cik Awa sudi bagi Warda peluang."

  "Amru, jangan buat benda pelik-pelik. Kalau Warda ada mengadu apa-apa dekat ibu, siap kamu. Warda jaga diri ye? Always aware, apa-apa telefon aje ibu or Cik Awa. Jangan percaya sangat dengan Amru ni."

  "Ibu!"

Warda hanya tertawa kecil saat bahu Amrullah ditepuk oleh Puan Awa. Riak tegas dipasangkan pada wajah Puan Awa sementara Amrullah hanya mampu tersebik sahaja meminta bantuannya.

"Kami balik dulu, Warda... Amru." Mereka berdua mengangguk menjawab pamitan Aidil. Wafqa sejak tadi sedia berdiri di sisi lelaki itu.

Setelah itu, pasangan berdua itu diikuti oleh Puan Nora beredar ke kereta mereka. Setelah itu, Amru memberikan kunci keretanya kepada Encik Khuzair. Lelaki berusia enam puluhan itu pamit diiringi oleh isterinya.

Akhirnya, hanya tinggal mereka berdua sahaja di situ. Amrullah menadah tangan kanannya kepada Warda. "May I use your car?"

Warda mengangkat sebelah kening. "It's my late fathers. Kita pergi singgah masjid bandar dulu."

"Aye aye, maam. Please lead the way." Warda menggulingkan matanya saat Amrullah mempersilakan dia berjalan dahulu menuju ke arah kereta yang hanya berjarak kurang lebih tiga meter sahaja daripada tempat mereka berdiri itu. Pun begitu, Warda tetap membuka langkah dengan diikuti oleh Amrullah di belakangnya.

Seusai menunaikan solat fardhu Zohor masing-masing, Amrullah menanti Warda di kerusi berdekatan dengan pintu utama. Sempat dia menyemak notifikasi di dalam telefonnya yang dia letakkan dalam mod senyap sejak awal pertemuan dengan keluarga Warda tadi.

Anak matanya tertancap pada mesej-mesej yang datang daripada Yusuf. Dia menekan notifikasi yang paling atas. Berbekalkan fungsi face ID, skrin terus memaparkan ruang permesejan di antara dirinya dengan Yusuf.

'Bro, macam mana engagementa kecil kau?'

'Oh, pandai eah kau. Mentang-mentang weekend ni kau excused, phone pun tak reti nak buka dah sekarang.'
Amrullah tertawa kecil sebaik menyedari bahawa kedua-dua mesej berkenaan dihantar dalam sela tiga jam. Boleh
tahan kurang sabar juga Yusuf ini sebenarnya ya?

Baru sahaja Amrullah hendak membalas, satu mesej lagi masuk daripada nombor sama lain.
Qhalila.

'Tuan, saya minta maaf tapi saya dah cuba semampu saya. Weekend ni nama tuan tetap ada. Maaf, tuan.' Senyuman Amrullah mati saat dia membuka mesej yang dihantar oleh gadis itu. Dia menunduk sejenak. Keluhan berat dia lepaskan daripada bibirnya.

TIADA LAIN SELAIN KAMUWhere stories live. Discover now