"Lepas kerja kau boleh teman aku ?"
"Pergi mana ?"
"Aku ada nak beli barang. Dan aku nak minta tolong kau sikit" Jawab Harraz. Sara angguk.
"Boleh"
"Okay"
"Ada apa-apa lagi bos ?" Soal Sara. Harraz geleng. Sara angguk sedikit sebelum melangkah keluar.
Harraz menatap Sara sehingga tubuh Sara hilang disebalik pintu. Harraz pusingkan kerusinya ke arah tingkap. Wajahnya diraup. Betul ke apa yang dia buat ? Takut. Takut dengan keputusan yang telah dia buat. Takut melukakan hati.
Seperti yang dijanjikan, Harraz dan Sara melangkah masuk ke Pavilion. Sara hanya mengikut sahaja langkah Harraz. Harraz masuk ke dalam salah satu kedai beg berjenama. Telan air liur Sara dibuatnya. Dia yakin harga beg dekat sini boleh beli 100 beg di kedai oren.
Harraz melangkah ke arah salah satu beg keluaran terbaru. Harraz pandang ke arah Sara.
"Cantik tak ?" Soal Harraz kepada Sara. Sara angguk. Jujur, beg itu sangat cantik.
"Yang mana satu cantik ?" Soal Harraz lagi.
Terdapat dua pilihan warna bagi beg jenis itu. Satu warna hitam yang kelihatan agak vouge dan satu lagi warna putih. Warna yang sesuai digunakan untuk majlis rasmi.
"Saya rasa yang ni" Sara memilih warna hitam. Kerana lebih mudah untuk dipadankan dengan apa-apa warna.
"I want this one" Ujar Harraz kepada pekerja di situ.
Tidak lama masa yang diambil untuk pekerja itu menyiapkan pesanan Harraz. Terbutang mata Sara melihat harga beg itu. RM9999. Lagi seringit sepuluh ribu. Apabila Harraz melangkah keluar, Sara turut mengekori namun Sara masih terngiang-ngiang harga beg tadi.
Harraz masuk pula ke arah kedai kasut. Sara hanya mengekori. Rasanya Harraz dalam misi untuk habiskan duit. Tapi kenapa barang wanita yang dibeli ?
"Kau rasakan Sara, yang mana satu cantik" Harraz melemparkan soalan kepada Sara. Sara pandang ke arah Harraz.
"Semua cantik"
"Kau pilihkan untuk aku boleh ?" Sara kerut dahi.
"Tapi semua kasut dekat sini kasut perempuan. Awak bercita-cita nak jadi perempuan ke ?" Terlepas tawa Harraz dibuatnya.
"Aku ni masih waras. Kau pilihkan lah. Aku nak bagi someone" Sara angguk. Mungkin yang dimaksudkan someone itu kak Hayla.
Sara melangkah ke arah kasut-kasut tersebut. Kasut tumit yang tidaklah tinggi tetapi masih cantik itu menarik pandangan Sara. Warna putih. Sara melambaikan tangan ke arah Harraz.
"Yang ni cantik" Harraz angguk. Kasut tumit itu juga dibungkus.
Selepas itu mereka melangkah keluar. Kedai terakhir yang Harraz pergi ialah kedai emas. Tidak tahu mengapa kali ini Sara berat hati mahu masuk. Bagaikan akan ada perkara yang menyakitkan hati akan berlaku.
"Sara" Sara memandang ke arah Harraz.
"Jomlah masuk" Sara angguk dan melangkah masuk.
"Kau rasa yang ini cantik tak ?" Soal Harraz. Sara angguk. Memang cantik.
Cincin belah rotan yang agak simple. Hati Sara mula rasa tidak enak. Dipandang cincin itu dan Harraz silih berganti.
"Size kau berapa ?" Sara agak tersentak dengan soalan Harraz.
"Saya ?"
"Ya kau"
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...