BAB 1

583 29 1
                                    

"Ibu! Ayah!" Sara Sajeeda terduduk di depan pintu rumah opah. Kakinya tidak kuat untuk berdiri apabila melihat sekujur tubuh ibu bapanya sudah dikafankan.

"Sara!" Opah dan atuk melangkah mendekati Sara. Tubuh cucunya didakap.

"O—opah, a—tuk. Tolong bagitahu Sara semua ni mimpi" Rayu Sara. Wajahnya sudah penuh dengan air mata.

"Sara, sayang atuk. Cucu atuk kuat" Atuk mengusap belakang badan Sara. Semakin laju air mata Sara meluncur keluar. Atuk mencuba sedaya upaya mengawal tangisannya.

Opah dan atuk memapah tubuh Sara mendekati jenazah kedua ibu bapanya. Sara mengeleng-geleng kepala menindakkan apa yang dilihat di depan matanya. Sampai sahaja di sisi kedua-dua jenazah, Sara jatuh terduduk buat kali kedua. Sara merasakan dunia seakan berhenti berputar.

"I—ibu" Sara mendakap tubuh ibunya. Air mata Opah dan atuk mengalir semakin laju. Kesian akan nasib cucunya.

Ibu bapa Sara mahu keluar mengambil Sara yang pulang dari tempat intern di ibu kota, memandangkan hari ini hari terakhir Sara intern di tempat tersebut. Dalam perjalanan mereka, ibu bapa Sara terlibat dalam kemalangan. Bapa Sara meninggal di tempat kejadian manakala ibu Sara meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital.  Sara pulang ini pun dihantar oleh anak jiran opah yang kebetulan mahu pulang ke kampung.

"A—ayah" Sara beralih pula ke tubuh ayahnya.

"Sara jangan macam ni sayang" Opah menarik tubuh cucunya.

"Opah, Sara hilang syurga Sara. Sara hilang cinta pertama Sara" Ujar Sara dalam tangisan. Opah terus menarik Sara kedalam dakapan.

"Sara masih ada opah dan atuk. Kami sayang Sara" Opah memujuk. Sara menangis semahu-mahunya di dalam pelukkan opah.

Pak Imam mendekati atuk dan membisikkan sesuatu. Atuk angguk.

"Sara, cium ayah dan ibu untuk kali terakhir" Opah melepaskan pelukkan.

"Tak boleh! Tak! Ibu ayah tak boleh tinggalkan Sara. Atuk kenapa ibu ayah tinggalkan Sara ? Opah tolong Sara, tolonglah suruh ibu ayah bangun" Air mata Sara mengalir selaju air terjun. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Masih menafikan apa yang berlaku tika ini.

"Sara Sajeeda, sayang opah, dengar cakap opah sayang. Allah lebih sayangkan ibu dan ayah. Sara jangan macam ni sayang" Opah memeluk kepala Sara.

"Sara cucu atuk, ibu dan ayah dah bahagia dekat tempat baru. Atuk yakin ibu dan ayah sedih bila tengok Sara macam ni. Sara redha ya sayang ? Mesti ibu dan ayah bahagia di syurga kelak" Atuk pula memujuk. Remuk hatinya melihat tangisan histeria Sara.

Perlahan-lahan tubuh kaku ibunya didekati. Air matanya diseka. Dahi ibunya dicium. Lama. Sara memejam erat matanya. Inilah ciuman terakhir yang Sara dapat. Selepas ini tiada lagi hangat ciuman ibu.

"Selamat tinggal syurga, Sara" Ucap Sara sebelum mencium dahi ibunya sekali lagi. Sempat Sara mengelus wajah ibunya terlebih dahulu. Wajah ibunya yang bersih dan pucat.

Sara beralih ke arah ayahnya pula. Air mata yang mengalir diseka lagi menggunakan tapak tangan.

"Selamat tinggal penguat Sara" Sara mencium dahi ayahnya pula. Wajah ayahnya juga diusap. Sara tidak dapat menahan air matanya untuk terus mengalir.

"A—ayah" Tangis Sara. Dulu ayah akan selalu memujuknya tetapi kini tubuh ayah hanya boleh terbaring kaku.

Opah menarik tubuh cucunya dan melangkah ke belakang bagi memberi ruang untuk orang kampung menguruskan jenazah bagi proses pengebumian. Sara mengharapkan apa yang berlaku di hadapannya sekadar mimpi tapi apa yang berlaku ini bukan mimpi.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now