Habis sahaja Tahlil, Sara terus menyental segala periuk yang digunakan untuk masak siang tadi. Lengan baju dilipat sehingga ke siku. Berpeluh-peluh dahinya. Panas.
Sedang asyik Sara menyental periuk, tiba-tiba Harraz meletakkan beberapa dulung kotor. Suasana yang tadinya senyap dan ditemani bunyi air membuatkan Sara tersentak apabila bunyi lagaan dulang disisinya.
"Ehh mak kau terpelanting" Sara terus menekup mulutnya apabila terlepas berkata begitu.
"Mak aku dekat mekkah" Selamba Harraz berkata. Terbutang mata Sara mendengar suara Harraz.
Harraz tidak mengendahkan Sara yang sedang terkedu itu, Harraz terus menarik bangku dan duduk di sebelah Sara. Sara masih menundukkan kepala.
"Cepatlah, tinkerbell. Lembab lah kau ni" Bebel Harraz. Harraz merampas span ditangan Sara dan terus menyental periuk dan dulang kotor.
Sara pula membilas periuk yang sudah dilumuh sabun. Harraz menyental, Sara membilas, mereka melakukan bersama sehingga siap. Harraz terus mencuci tangannya dan berlalu pergi. Memang niatnya mahu membantu Sara. Sara tidak sempat berkata-kata, dia hanya melihat Harraz melangkah pergi. Hilang sahaja kelibat Harraz, Sara terus menyusun periuk dan dulang yang telah dicuci.
Dulang diletakkan di dalam stor. Basah peluh di dahi. Baru sahaja Sara mahu keluar pintu stor tersebut tersekat dan menyebabkan Sara tidak boleh menolak pintu tersebut. Sedaya upaya Sara menolak pintu tersebut namun tidak berjaya.
"Opah ! Atuk !" Sara mengetuk kuat pintu stor namun tiada sahutan.
Sara mengesat peluh di dahinya dengan lengan baju. Panas sungguh.
Tiba-tiba lampu bilik stor terpadam. Tergamam Sara dibuatnya. Semakin mengebu-gebu ketakutan Sara.
"Atuk! Opah! Tolong Sara!" Jerit Sara dengan tangan tidak henti mengetuk pintu.
Air mata Sara membasahi pipi. Sungguh dia takut. Sara sememangnya mempunyai phobia dengan gelap. Apabila Sara duduk di dalam ruangan yang terlalu gelap, Sara akan merasakan sesak nafas.
Dada dipegang. Tercungap-cungap Sara bernafas.
Harraz mengerutkan dahi, sedari tadi batang hidung Sara tidak kelihatan. Biasanya tidak sampai 3 minit Sara akan datang semula ke depan dan mengambil dulang untuk susun di dalam stor. Tetapi sekarang sudah masu 10 minit namun batang hidung Sara tidak kelihatan.
Harraz melangkah ke dalam rumah. Mana tahu Sara sudah masuk ke rumah namun tidak memaklumkan kepadanya.
"Raz, Sara mana ? Lagi tadi opah mencari tak jumpa-jumpa" Belum sempat Harraz bersuara, Opah sudah bertanyakan perihal Sara terlebih dahulu. Berkerut dahi Harraz dibuatnya.
"Sara tak ada dekat dalam rumah ke ? Raz ingatkan Sara dekat dalam rumah" Ujar Harraz. Opah mengeleng.
"Tadikan Sara dengan kamu" Harraz menggaru kepala yang tidak gatal. Mana pula lah pergi si Sara ni.
"Raz cari Sara dulu ya ?" Izin Harraz. Melihat anggukan opah, laju kaki Harraz melangkah keluar semula ke rumah.
Kalau di dalam rumah sudah tiada, sah memang Sara masih di dalam stor. Harraz berlari ke arah stor. Pintu stor dicuba untuk ditolak namun tidak berjaya.
"Sara! Sara !" Jerit Harraz dari luar.
Sara yang sedang mengusap dada tersentak mendengar namanya diseru. Laju kepalanya dipusing ke arah pintu.
"Ha—Harraz" Tersekat-sekat suara Sara.
"Sara! Kau duduk jauh dari pintu. Aku nak rempuh pintu ni" Ujar Harraz dari luar.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...