Sara baru pulang dari menghantar mee siput yang dibuat oleh opah di kedai Pak Latip. Kakinya melangkah melalui kawasan sungai. Sara berkira-kira untuk terus melangkah apabila melihat tiga orang lelaki sedang duduk melepak di atas motosikal.
Sara memusingkan kepala ke kiri dan kanan, sunyi. Tiada sesiapa lalui kawasan ini pada waktu ini. Mahu tidak mahu Sara tetap meneruskan langkah. Kepalanya ditunduk. Tangannya mengengam erat handphone di tangannya. Langkah dilajukan. Kalau boleh Sara mahu cepat-cepat melintasi lelaki-lelaki yang sedang melepak.
"Eh perempuan, kau nak pergi mana ?" Aidil meghalang jalan Sara. Langkah Sara terhenti. Sara cuba ke kanan Aidil turut ke kanan juga. Sara ke kiri, Aidil turut ke kiri
Sara sudah kecut perut. Takut Aidil melakukan perkara buruk terhadap dirinya.
"Kau ni bukan cantik sangat" Kata Aidil sambil memandang jijik ke arah Sara.
Hari ini, Aidil akan pastikan Sara menyesal kerana berani menganggu keluarganya !
"Sara nak balik" Ujar Sara. Kepala masih ditundukkan.
"Balik ? Ada benda yang aku nak settle dengan kau perempuan tak guna ! " Jerkah Aidil. Mata Sara terpejam apabila dijerkah begitu. Handphone ditangannya digengam erat.
"Sara tak pernah buat masalah dengan Aidil, jadi tiada apa yang Aidil nak settle dengan Sara" Kata Sara dengan nada yang masih lemah lembut. Bukan apa dia malas mahu membuat kecoh di sini.
"Perempuan tak guna macam kau ni tak patut hidup ! Kau patut ikut mak bapak kau masuk lubang kubur!"
Pang
Terteleng wajah Aidil. Rakan-rakan Aidil turut terkejut dengan tindakan luar kawalan Sara. Terketar-ketar tangan dan bibir Sara."Jaga mulut kau ! Ibu dan ayah aku tak ada masalah dengan kau ! Jangan babitkan diaorang!" Jari telunjuk Sara tepat berada di depan mata Aidil.
Sara memulakan langkahnya namun lengannya direntap. Terpelanting handphone di tangan Sara. Baru sahaja Sara mahu mengambil handphonenya, Aidil terlebib dahulu sudah mengambilnya.
"Pulangkan handphone aku!" Sara mencuba mencapai handphonenya namun Aidil tidak mengendahkan.
Tangannya yang mengengam handphone Sara diangkat setinggi yang boleh. Sara melompat-lompat untuk mengambil handphonenya.
"Tolonglah, pulangkan" Sara merayu. Air mata mula mengalir. Aidil senyum sinis apabila melihat wajah Sara yang sudah mahu menangis.
Handphone Sara dicampak ke arah Fahmi. Sara melangkah ke arah Fahmi pula. Fahmi seperti mahu menghulur handphone Sara, namun belum sempat Sara mencapai, handphone milik Sara dicampak ke arah Rais. Sara berlari pula ke arah Rais namun Rais terus membaling handphone Sara ke Aidil semula.
"Pulangkanlah" Rayu Sara dalam tangisan. Aidil ketawa.
"Nah, ambillah" Aidil menghulur. Baru sahaja Sara mahu mengapai handphone, Aidil membaling handphone Sara ke dalam sungai.
"Ibu! Ayah!" Jerit Sara dan terus berlari ke arah sungai.
Aidil dan rakan-rakannya melepaskan tawa apabila melihat Sara menangis teresak-esak.
"I—ibu, a—ayah" Sara mengambil handphonenya yang sudah tergelam di dasar sungai. Nasib baik hanya di pinggir sungai. Habis basah seluar Sara.
Handphone diambil. Tombol on pada handphonenya ditekan namun handphonenya tidak menyala. Air matanya semakin deras mengalir. Seluarnya yang sudah basah dengan air tidak dihiraukan. Sara terduduk di pinggir sungai. Tombol handphonenya ditekan berkali-kali mengharapkan handphonenya menyala namun semuanya hanya sia-sia.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...