Sara melemparkan pandangan ke langit. Selepas satu masalah satu masalah yang timbul. Tubir matanya berair. Sara kedip mata. Laju sahaja mutiara jernih itu membasahi pipi.
Sara menoleh ke kanan apabila bahunya dipeluk daripada tepi. Wajah Nasuha memenuhi ruang matanya. Nasuha mengusap bahu Sara. Mengapa lah setiap kali dia tiada di rumah, setiap kali itulah Sara diserang.
"Aku minta maaf Sara sebab aku tak ada masa kau perlukan aku. Dua kali kau kena serang dan dua kali juga aku tak dapat protect kau" Kata Nasuha. Kesal dengan dirinya sendiri.
"Bukan salah kau pun" Sara mencuba untuk menepis rasa bersalah dalam diri Nasuha.
"Dah memang takdir aku macam ni" Sambung Sara. Matanya memandang ke langit semula.
Bergetar bibir Nasuha menahan tangisan. Nasuha tunduk. Air matanya mengalir.
Sara memandang ke arah Nasuha apabila mendengar tangisan Nasuha pecah.
"Suha, kenapa kau nangis ? Aku okay lah. Biasalah setiap manusia ada ujian sendiri kan ? Mungkin ini ujian aku" lembut sahaja kata-kata Sara.
Nasuha angkat kepala memandang ke arah Sara. Sara mengusap air mata Nasuha dengan telapak tangannya.
"Kalau aku tak ada, kau masih boleh teruskan business kita kan ?" Berkerut dahi Nasuha mendengarnya. Tangan Sara di pipinya ditepis lembut.
"Apa yang kau merepek ni ? Kau nak pergi mana ?" Nasuha bertanya dengan tegas. Hatinya tidak sedap apabila Sara kata begitu.
Sara menarik dan menghembus nafas. Mencuba untuk menenangkan diri. Mencari kekuatan.
"Mungkin apa yang makcik Senah tu cakap betul. Aku pembuat masalah. Kalau aku tak ada dekat sini mesti semua masalah ni tak akan timbul" Luah Sara. Itulah yang difikir olehnya dari tadi.
"Sara ! Semua ni bukan salah kau !" Tegas Nasuha.
"Tapi sebab aku ada dekat sini lah masalah ni timbul kan ?" Soal Sara dengan senyuman kelat. Nasuha geleng.
"Tak ! Kau bukan punca. Kau abaikan apa yang makcik Senah cakap. Masa tu dia tengah marah. Apa yang keluar dari mulut dia semuanya disebabkan emosi"
Sara melorekkan senyuman. Wajahnya dipalingkan ke depan semula. Lama dia diam. Mengumpul segala kekuatan dalam diri.
"Aku dah buat keputusan"
Sara pandang ke arah Nasuha. Nasuha kerut dahi. Tidak faham.
"Aku akan keluar dari kampung ni" Terbutang mata Nasuha mendengarnya. Serta merta Nasuha berdiri di depan Sara.
"Tak ! Kau tak boleh keluar dari sini ! Tolong lah Sara, aku merayu, kau lupakan lah apa yang makcik Senah cakap !" Nasuha separa menjerit. Sama sekali tidak bersetuju !
"Suha" Sara mencuba capai tangan Nasuha namun Nasuha menepis kasar.
"Kau sanggup nak tinggal maklong dan paklong ? Kau sanggup nak tinggalkan aku ? Kau sanggup nak musnahkan semua plan kita ? Kau kata tak sabar nak buka kedai, nak baking kek dekat kedai baru ! Kita belum dapat apa yang kita impikan Sara ! Apa aku nak buat kalau kau tak ada ?" Kata Nasuha dengan air mata yang membasahi pipi.
Sara bangun dari duduknya. Bahu Nasuha dipegang.
"Aku terpaksa Suha ! Aku terpaksa ! Disebabkan aku hubungan neksu dan atuk musnah ! Disebabkan aku atuk dan opah kena serang. Aku tak sanggup nak bebankan diaorang. Aku tak sanggup nak tengok mereka berdua kena tempias dengan masalah aku ! Aku patut jaga atuk dan opah bukan membebankan mereka berdua. Atuk dan opah memang selalu ada bila aku ada masalah tapi sampai bila Suha ?" Luah Sara.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...