BAB 2

325 27 0
                                    

Sara membuka matanya. Agak sukar untuk dia celik kerana matanya yang sembam. Kepalanya dipegang. Sara meringis kesakitan. Opah masuk ke dalam bilik Sara. Sara yang sedang memegang kepala didekati.

"Sara" Opah memegang tangan Sara. Sara mengalihkan pandangan ke arah opah.

"Opah" Opah membantu Sara untuk duduk. Sara menyandarkan tubuh pada kepala katil. Kepalanya dipicit.

"Sara sakit kepala lah opah" Opah mengelus kepala Sara.

"Ya Allah! Sara demam ni" Dapat opah rasakan bahang apabila tangannya melekap di kepala Sara.

"Opah, mana ibu dengan ayah" Opah terkedu mendengar soalan cucunya. Pasti cucunya tidak ingat.

"Sara, sayang opah. Sara lupa ke ?" Opah mengelus pipi Sara. Sara mengerutkan dahi.

"Lupa ? Lupa apa opah ?" Opah menarik tangan Sara dan digengam.

"Ibu dan ayah Sara kan dah tinggalkan kita" Sebak opah menjelaskan. Air matanya mengalir semula. Sara bagai terkedu sebentar sebelum segala memori tentang ibu bapanya kembali bertandang. Air mata Sara mengalir.

"Apa yang jadi bukan mimpi ke opah?" Opah geleng. Sara ingatkan ianya hanya mimpi buruk rupanya tidak. Apa yang terjadi ialah realiti.

Sara terus memeluk tubuh Opah. Tangisan dilepaskan semahu-mahunya. Opah mengusap belakang badan Sara. Bagai mimpi seorang Sara Sajeeda kini menjadi yatim piatu sekelip mata.

"Cucu opah kuat, kita sama-sama redha dengan pemergian mereka ya?" Sara angguk. Opah melepaskan pelukkan. Air mata cucunya diseka.

"Kita pergi klinik ya sayang? Cukuplah opah hilang anak dan menantu, opah tak nak hilang cucu opah ni pula" Pujuk Opah. Sara angguk.

Tok Man mencuba menghidupkan enjin keretanya namun tidak berjaya. Maklumlah kereta lama.

"Hish, kenapa tak hidup pula ni" Tok Man menepuk stereng keretanya.

Tadi isterinya memberitahu bahawa cucu mereka demam. Jadi Tok Man mahu menghantar dulu cucunya ke klinik. Sudahlah mahu masuk tengahari, malam ini ada kenduri arwah.

"Tok" Harraz melangkah mendekati Tok Man.

"Kereta atuk tak hidup ke?" Tok Man angguk.

"Ni haa tak hidup pula dia, buat perangai. Atuk nak hantar Sara ke klinik" Dahi Harraz sedikit berkerut apabila mendengar penjelasan Tok Man.

"Kenapa dengan Sara ?" Laju sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulutnya.

"Demam. Banyak sangat menangis gamaknya" Harraz angguk. Faham.

"Apa kata biar saya tolong hantarkan Sara" Cadang Harraz. Tok Man memandang wajah jejaka di hadapannya.

"Tak susahkan kamu ke ?" Harraz geleng.

"Lagipun mesti atuk dan opah sibuk kan untuk tahlil malam ni, jadi biarlah Raz tolong atuk" Terang Harraz. Tok Man angguk.

"Tunggu sekejap, atuk pergi panggil Sara dengan opah" Harraz angguk. Tok Man terus masuk ke dalam rumah. Tanpa membuang masa, Harraz pulang ke rumah neneknya untuk mengambil kereta miliknya.

"Raz! Nak ke mana tu?" Nek Som melangkah mendekati Harraz.

"Raz nak pergi hantar Sara ke klinik" Harraz terus melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta diundurkan keluar dari perkarangan rumah Nek Som.

Nek Som menyarung selipar dan terus melangkah ke rumah jirannya itu. Nasib baik tidak jauh. Sampai sahaja di depan rumah Tok Man, Nek Som menghampiri opah dan atuk yang sedang memapah keluar Sara.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now