BAB 22

199 25 0
                                    

Sara melangkah masuk ke dalam apartment bersama luggagenya. Puan Sri Nabila dan Tan Sri Mizan mengekori dari belakang. Awalnya memang Harraz mahu menghantar tetapi disebabkan ada hal penting di pejabat di tidak dapat menemani Puan Sri dan Tan Sri menghantar Sara.

"Sara" Sara pusing ke arah Puan Sri Nabila.

"Selesa tak ? Kalau Sara tak selesa Cik Abil cari rumah apartment besar sikit" Ujar Puan Sri Nabila. Bukan apa, Puan Sri Nabila seseorang yang akan mementingkan keselesaan orang lain.

"Ehh tak apa. Ni dah cukup. Alhamdullilah. Terima kasih" Puan Sri Nabila angguk.

"Kalau macam tu, Cik Abil balik dulu ya ? Kalau ada apa-apa yang tak cukup bagitahu. Nanti Cik Abil datang sini" Sara angguk. Huluran tangan Puan Sri Nabila disambut dengan lembut.

Sara melemparkan senyuman ke arah Tan Sri Mizan.

"Terima kasih. Susah-susah hantar Sara kesini" Ucap Sara ikhlas.

"Kamu tak menyusahkan kami pun" Jawab Tan Sri Mizan.

"Ingat Sara, kalau perlukan apa-apa bagitahu kami ataupun Harraz" Pesan Tan Sri Mizan.

Sara angguk dan senyum. Puan Sri Nabila dan Tan Sri Mizan melangkah keluar dari apartment Sara. Kalau ikutkan hati Puan Sri Nabila memang dia mahu lama sikit di sini tetapi Puan Sri Nabila perlu berjumpa dengan client sekejap lagi.

Apabila pintu tertutup, Sara menarik luggage nya ke ruang tamu. Harraz kata apartment ni ada dua bilik. Satu tingkat atas dan satu tingkat bawah. Sara memilih untuk menetap di tingkat atas.

Luggage dibimbit menaiki anak tangga. Beberapa kali juga Sara berhenti di anak tangga kerana luggage Sara agak berat. Sara menolak pintu bilik ditarik luggage bersama masuk ke dalam bilik.

"Luas gila bilik ni" Ujar Sara.

Sara melangkah ke katil. Punggung dilabuhkan.

"Empuk nya" Dihenyak berkali-kali katil tersebut. Ini kalau tidur mau seminggu tak bangun. Dengan aircond lagi. Fuhh syok habis.

Sara rebahkan badan. Dipandang syiling putih. Dipejam matanya. Semua perkara yang berlaku dalam hidupnya berputar kembali di kepala. Air mata perlahan-lahan menitis. Sungguh dia perlukan ayah dan ibunya untuk berpaut ketika ini namun itu semua tidak akan terjadi. Disebabkan terlampau banyak air mata yang keluar perlahan-lahan mata Sara tertutup. Tidak lama masa yang diambil untuk dia singgah ke alam mimpi.

"Tuan" Panggilan daripada Aminah menyetakkan Harraz. Harraz angkat kepala memandang ke arah Aminah.

Dari mula meeting hinggalah mahu penghujung, Harraz seperti memikirkan sesuatu. Baru kali ini Aminah lihat Harraz tidak terlalu fokus dengan apa yang dibincangkan.

"Tuan setuju tak dengan rancangan untuk mempercepatkan pembinaan hotel dekat Langkawi ?" Harraz tersentak. Harraz paling kan wajah ke kiri dan kanan. Ya ! Dia sedang menyuarat.

Harraz berdehem. Coat dirapikan.

"Yes, I agree" Jawab Harraz. Walaupun fikirannya melayang namun dia masih dengar apa yang sedang dibincangkan.

"Great. We hope this project can be executed perfectly." Harraz angguk setuju.

"I hope so"

Tidak lama kemudian, mensyuarat mengenai pembinaan hotel selesai. Harraz masih setia duduk di kerusi di bilik mensyuarat.

Aminah mengemas beberapa fail. Walaupun dia bertugas sebagai akautan tetapi dia turut menyandang tugasan sebagai PA Harraz. Tapi Aminah lega apabila Harraz memberitahu akan ada penganti Aminah sebagai assitent Harraz.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now