BAB 20

218 30 0
                                    

Berbagai-bagai pesanan opah dan atuk. Sara akur sahaja mendengarnya. Tidak henti-henti mulut opah memberi pesanan.

"Mah, dah lah tu. Sara tu dah besar. Tahulah dia jaga diri" akhirnya atuk bersuara. Bukan apa isterinya itu asyik ulang pesanan yang sama aja.

"Hish abang ni. Saya ni risau. Sara ni satu-satunya cucu kita. Ni dia nak pergi naik kapal terbang sorang-sorang memang bertambah risau lah hati saya ni. Ini haa si budak Raz, dia kata dia nak ambil Sara tapi tiba tak jadi. Kamu tak payah pergi lah Sara. Esok aja suruh Raz ambil kamu" bebel opah.

"Si Raz tu ada meeting penting. Lagipun dia cakap Sara keluar aja dari KLIA dia dah tercegat dekat situ" Ujar atuk.

"Tapi saya risau lah" opah masih tidah mengalah.

"Maklong, tak ada apalah. Lagipun Sara kan dah pernah naik flight. Maklong jangan risau okay ?" Nasuha pula memujuk.

Opah melepaskan keluhan. Dipandangnya wajah cucunya.

"Opah, Sara okay lah. Harraz dah janji dengan Sara. Keluar je dari KLIA dia dah tunggu dekat situ. Opah jangan risau. Nanti sampai sana Sara call opah" Kata Sara sambil mengelus lengan opah.

"Yelah. Tapi kamu.."

"Ye opah. Sara tak akan keluar malam kalau tak ada benda penting. Tak akan keluar sorang-sorang. Kalau ada masalah bagitahu Harraz. Kalau tak cukup duit bagitahu opah. Dua minggu sekali Sara akan balik" Ujar Sara dengan satu nafas. Itulah pesanan yang opah berikan kepadanya.

Terlepas tawa atuk mendengarnya. Sampai hafal Sara dibuatnya. Dari dalam kereta sehingga tiba di balai perlepasan, itu sahaja yang diulang oleh Asmah.

Nasuha mengemam bibir supaya tawanya tidak terlepas. Kelakar. Maklong ini pun alahai. Jangankan Sara, dia sendiri pun rasanya akan ingat pesanan opah sampai bila-bila.

Pengumumam bagi penumpang untuk naik ke kapal terbang sudah berkumandang.

"Sara ingat pesan opah ya ? Kalau ada masalah, opah dan atuk selalu ada. Opah sayang Sara" Ujar opah sebak. Ditarik Sara ke dalam pelukkan. Sara mengedipkan matanya berkali-kali untuk mengelakkan air matanya jatuh.

Opah melepaskan pelukkan. Ciuman dilabuhkan di pipi dan dahi Sara. Diusap pipi Sara.

"Atuk sayang Sara. Dunia akhirat" Atuk mengelus lengan Sara. Sara mendakap tubuh atuk.

"Sara sayang opah dan atuk juga. Jaga diri atuk. Sara janji Sara akan balik nanti" Ujar Sara dalam dakapan atuk. Atuk angguk. Jarinya mengusap air mata di birai mata.

Pelukkan dilepaskan. Sara kemam bibir sebelum mendakap tubuh Nasuha pula. Nasuha menepuk lembut belakang tubuh Sara.

"Jaga diri Sara. Jangan risaukan maklong dan paklong. Aku ada untuk jaga diaorang. Kau yang perlu jaga diri kau" Sara angguk. Nasuha melepaskan pelukkan. Bahu Sara dipegang kemas.

"Aku akan jaga maklong dan paklong. Trust me" Ujar Nasuha sekali lagi. Dia yakin itu yang merisaukan Sara. Sara angguk.

Luggage miliknya dipegang dan perlahan-lahan ditarik. Sara mula melangkah. Atuk, opah dan Nasuha melambaikan tangan. Sara melambai semula dengan senyuman di bibir.

Perlahan-lahan tubuh Sara hilang disebalik orang ramai. Atuk mengusap bahu opah. Opah menyeka air matanya.

Sara melemparkan pandangan pada cermin kapal terbang. Tiket kapal terbang ini pun dibelikan oleh Harraz. Sedang asyik dia mengelamun, suara seseorang membuatkan Sara palingkan kepala.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now