Hari berganti hari, Sara semakin boleh menerima kenyataan yang ibu bapanya meninggalkannya. Walaupun sulit tetapi Sara kuat menjalani hari-harinya.
Sara dan Nasuha duduk di pangkin hadapan rumah atuk. Menikmati buah pelam yang sudah dipotong dengan sambal petis. Sedap sungguh!
"Nasib kita seakan sama kan Sara ? Kau hilang ibu dan ayah. Aku hilang ibu. Walaupun ayah aku masih hidup dia tak pernah ambil berat tentang aku. Aku dah serupa anak yatim piatu" Ujar Nasuha sambil mata merenung langit. Tangan Nasuha mencapai pelam yang sudah dihiris dan disumbat ke dalam mulut.
"Aku yakin Allah tahu kita kuat sebab tu dia uji kita macam ni kan ?" ujar Sara pula. Nasuha angguk. Setuju.
"Nasib baik ada paklong dan maklong. Kalau tak mesti tak ada orang yang nak jaga kita kan ?" Sara angguk. Betul apa yang dikatakan oleh Nasuha.
"Kalaulah opah dan atuk tak ada, aku tak tahu pada siapa lagi aku nak menagih kasih sayang" Nasuha memandang ke arah Sara. Sara turut memandang ke arah Nasuha.
Air mata mereka mengalir semula. Sara terus memeluk tubuh Nasuha. Semahu-mahunya mereka melepaskan tangisan sehinggalah mereka puas. Apabila tangisan reda, mereka melepaskan pelukkan.
"Macam mana kerja kau dekat KL ? Okay ? Dah dekat dua minggu kau dekat sini. Kau tak kerja ke?" Sara mengalihkan topik. Tidak mahu terus berlarutan dalam kesedihan. Air mata diseka.
"Okay tapi aku dah berhenti " Nasuha mengesat air matanya dengan hujung tudung.
"Aku rasa aku nak sewa kedai dekat pekan" Nasuha memandang wajah Sara. Nasuha yakin Sara masih keliru. Tiba-tiba sahaja Nasuha memberikan idea seperti itu siapa yang tidak terkejut.
"Kau pandai baking kan?" Sara angguk.
"Apa kata kita buka small business. Jual kek, jual creampuff. Nak tak ?" Cadang Nasuha. Sara diam seketika.
"Tapi, aku tak ada modal nak sewa kedai" Sara menundukkan kepala.
"Kau jangan risau. Aku ada duit yang aku kumpul masa kerja dekat Kuala Lumpur. Kita mula business dekat rumah dulu. Kalau business kita ada sambutan kita sewa kedai" Cadang Nasuha. Sara angguk.
"So macam mana ? Kau setuju tak?" Sara angguk.
"Sambil-sambil tu kita boleh jaga atuk dengan opah" Nasuha angguk. Setuju.
"Lagipun aku malas nak duduk Kuala Lumpur tu. Kalau aku duduk sini aku ada kau. Kalau dekat KL aku sunyi, tak ada sesiapa" Nasuha memeluk bahu Sara.
"So kita kena tanya opah dan atuk. Kalau mereka setuju. Minggu depan kita mula plan kita" Nasuha bangun. Sara mengambil pinggan dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Misi pertama iaitu meminta kebenaran atuk dan opah dimulakan. Jika berjaya insyallah usaha mereka akan berjalan dengan lancar.
"Paklong, maklong. Suha ada benda nak bincang dengan paklong dan maklong" Ujar Nasuha sambil melabuhkan punggung di sofa.
Atuk dan opah yang tadinya kusyuk menonton televisyen kini beralih memandang anak saudara mereka.
"Pasal apa ?" Opah bertanya terlebih dahulu. Wajah anak saudaranya dipandang.
"Suha dengan Sara cadang nak buat business" Opah dan atuk masih diam. Menunggu penjelasan daripada Nasuha.
"Kami nak jual kek dan creampuff. Tapi awal-awal Suha dengan Sara nak buat dari rumah dulu. Bila dah ada modal baru kami sewa dekat pekan. Maklong dan paklong jangan risau pasal bil rumah, kami akan tolong bayarkan. Cumanya kami nak minta kebenaran untuk guna dapur. Boleh ke?" Nasuha memandang wajah pakcik dan makciknya.
Opah memandang atuk. Atuk mengangguk perlahan. Opah memandang ke arah Nasuha semula.
"Boleh. Kamu berdua ada modal ? Kalau tak ada dahulukan duit maklong dulu. Maklong ada simpanan sikit" Opah mencuba untuk menghulurkan bantuan.
"Tak apa maklong, Suha ada duit simpanan. Duit simpanan Suha cukup untuk mulakan bisness ni" Nasuha mengelus tangan opah.
"Macam mana kerja kamu dekat kuala lumpur tu ?" Opah memandang wajah Nasuha.
"Suha dah berhenti. Suha ingat nak duduk sini. Suha tak ada kawan dekat sana jadi Suha ingat nak duduk sini. Sekurang-kurangnya dekat sini ada Sara, Maklong dan paklong. Tapi kalau menyusahkan paklong dan maklong, Suha akan sewa rumah dekat-dekat sini" Ujar Nasuha. Senyuman diberikan.
Benar jika dengan tinggal di sini akan membebankan atuk dan opah, boleh sahaja dia sewa di mana-mana. Yang penting dekat dengan Sara, opah dan atuk.
"Apa kamu ni cakap macam tu. Tinggal aja dekat sini. Sekurang-kurangnya Sara ada kawan. Kami pun tak sunyi" Ujar Opah. Dia lagi suka sebenarnya.
Dia risau apabila anak saudaranya itu jauh darinya. Maklumlah semenjak ibu Nasuha meninggal, Opah yang menjaganya sehingga Nasuha membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
"Terima kasih maklong, paklong" Ikhlas dari hati Nasuha mengucapkan itu.
Jika tiada opah dan atuk dia yakin dia tidak akan dapat meraskan kasih sayang.
"Terima kasih jaga Suha walaupun Suha bukan anak kandung paklong dan maklong. Terima kasih sudi berkongsi kasih sayang. Suha janji Suha tak akan susahkan maklong dan paklong. Maklong dan Paklong dah tolong Suha ni pun Suha dah bersyukur" Ujar Nasuha dan terus memeluk tubuh Opah dan atuk. Bergetar anak mata opah dan atuk mendengar kata-kata Nasuha.
"Kami ikhlas jaga Suha. Kami nak Suha jadi orang berguna. Jangan risau walaupun ayah kamu yang tak guna tu tinggalkan kamu, paklong masih ada dengan kamu"Atuk menepuk bahu anak saudaranya.
"Suha doakan atuk dan opah sentiasa sihat" Nasuha mengelus tangan Opah. Senyuman diberikan kepada opah.
"Sara pun sama. Terima kasih opah dan atuk sudi jaga Sara. Sara janji selagi Sara hidup, Sara tak akan lupakan budi opah dan atuk. Sara sayang opah dan atuk" Kali ini Sara pula bersuara.
Sara melutut di sebelah Nasuha. Tangan atuknya dipegang.
"Sara sayang atuk dan opah dunia akhirat. Atuk dan opah lah penguat semangat Sara . Sara redha dengan pemergian ibu dan ayah. Opah dan atuk janji ya jangan tinggalkan Sara ? Sara tak sempat banggakan ibu dan ayah jadi Sara harap Sara dapat banggakan opah dan atuk" Ujar Sara. Bergenang air mata opah dan atuk.
"Sara, Suha, kamu berdua lah kebahagian kami. Kami tak akan puas selagi tak nampak kamu berdua bahagia. Selagi Allah beri kesempatan untuk kami bernafas, kami janji kami akan jaga kamu berdua. Kalau ada masalah jangan malu untuk bagitahu kami. Kami bahagia dengan kehadiran kamu berdua. Kami gembira bila kamu berdua sudi duduk dengan kami. Kami sayang kamu berdua sangat-sangat" Kata opah dan terus memeluk Nasuha dan Sara. Atuk turut memeluk mereka.
"Walau apa pun jadi, kami akan ada dengan kamu berdua. Kami akan jadi penyemangat kamu berdua untuk terus melangkah" Ujar atuk pula. Tangannya mengusap kepala Sara dan Nasuha.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...