BAB 12

243 29 0
                                    

Sudah tiga hari selepas kejadian Sara dibelasah oleh Milah dan Anisa. Lebam di wajah Sara kian pudar. Sara sudah kembali ceria seperti sedia kala. Walaupun hanya kesan lebam sudah hilang namun kesan pada diri Sara masih utuh. Bukan baru kali ini dia diperlakukan begini.

Awal pagi Sara sudah bangun. Bahan-bahan untuk membuat creampuff sudah disediakan. Tinggal buat sahaja. Apabila azan subuh berkumandang, cepat-cepat Sara menunaikan solat.

Solat subuh sudah ditunaikan sekarang masa untuk membuat creampuff. Dia tidak mempunyai masa yang banyak. Rasa macam masuk pertandingan memasak pula. Lincah tangan Sara.

Nasuha mengeliat. Tubuh dibangunkan dari katil. Apabila Nasuha memandang ke katil sebelah Nasuha mengerutkan dahi apabila tiada bayang Sara. Nasuha mencapai getah rambut dan bangun dari katil. Nasuha melangkah ke dapur apabila melihat lampu dapur sudah menyala.

Dari belakang dapat Nasuha saksikan Sara sedang bertungkus lumuh membuat creampuff. Nasuha mengerutkan dahi. Seingatnya tiada tempahan harini tetapi mengapa Sara buat creampuff. Mesti ada sebab tertentu ni. Nasuha melangkah mendekati Sara.

"Sara!" Terhinjut bahu Sara apabila disergah begitu. Sara hanya memandang sekilas wajah Nasuha yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Kenapa kau buat creampuff hari ni ? Kau tahu kan tak ada order ? Ke ada orang order tapi aku tak tahu ?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Nasuha. Nasuha memerah otaknya takut-takut dia terlupa.

"Tak adalah. Saja nak buat" Jawab Sara. Nasuha mengecilkan matanya memandang wajah Sara.

"Lebih baik kau bagitahu aku" Nasuha masih mahu tahu tujuan sebenar Sara. Tidak mungkin Sada buat tanpa sebab.

"Aku buatkan untuk Harraz" Jawapan Sara membuatkan Nasuha terkedu sebelum tersenyum penuh makna.

"Ouh untuk Harraz. Untung Harraz kan ? Sanggup kau bangun pagi-pagi hanya untuk buatkan Encik buah hati creampuff" Sara memandang ke arah Nasuha apabila mendengar kata-kata Nasuha.

"Merepek lah. Aku memang dah niat nak buatkan dia" Sekali lagi Nasuha tersenyum.

"Jangan malu-malu. Aku tahu kau sanggup buat apa saja untuk Encik buah hati kan ?" Sengaja Nasuha tekan pada perkataan buah hati.

"Hish Suha!" Wajah Sara sudah merah.

"Okay-okay, sorry. Kau sambung lah buat creampuff untuk buah hati kau tu" Kata Nasuha sebelum berlari masuk ke dalam bilik mandi.

Sara tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Tidak tahu mengapa rajin sahaja dia pagi ini untuk membuatkan Harraz creampuff selepas mengetahui Harraz mahu pulang ke kuala Lumpur sebentar lagi.

Selesai sahaja membuat creampuff, cepat-cepat Sara letakkan creampuff ke dalam tupperware. Tudung sarung di dalam bilik diambil dan disarung ke kepala. Tupperware yang berisi creampuff diambil dan dibawa ke rumah neksom.

Terbutang mata Sara apabila melihat Harraz sudah reverse range rovernya.

"Harraz!" Jerit Sara sedikit kuat.

Harraz menghentikkan keretanya apabila mendengar suara orang memanggilnya. Cermin sisi dipandang, Harraz mengerutkan dahi apabila melihat Sara yang sedang berlari anak ke arahnya. Tingkap kereta dibuka.

"Harraz"

"Kau dah kenapa ? Jogging ke ?" Soal Harraz. Sara geleng.

"Sara nak bagi awak ni" Sara menghulurkan tupperware ke arah Harraz. Harraz menjongketkan sebelah kening.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now