BAB 7

245 18 0
                                    

Sara mengunyah mie siput sambil menonton drama di handphonenya. Angin petang yang meniup membuatkan suasana lebih nyaman. Tipulah kalau Sara kata dia tidak ingat akan kedua ibu bapanya. Namun hidup perlu diteruskan jadi Sara mencuba menjalani walaupun tanpa mereka di sisi.

Leka Sara menonton drama. Tangannya meraba pinggan. Dahinya berkerut apabila mie siputnya sudah tiada di atas pinggan. Rasanya dia goreng 5 dan dia baru makan 3 mana lagi 2 ?

"Sedapp" Sara memandang ke arah gerangan yang bercakap itu.

"Awak ! Bila masa awak makan ?! Bila masa awak datang ?! Kenapa awak makan?!" Bertalu-talu Sara melemparkan soalan.

"Sempat lah aku tengok setengah drama kau" Selamba Harraz berkata. Mie siput di tangannya disumbat ke mulut.

"Tu saya punya. Kenapa awak main ambil je" Harraz memandang wajah Sara. Senyuman sinis diberikan.

Harraz menilik mie siput tersebut sebelum menunjuk ke arah Sara.

"Cuba kau tengok dekat mie siput ni. Ada tak nama kau ? Tak ada kan ? So sesiapa je boleh makan" Kata Harraz dan cebisan akhir mie siput di sumbat ke dalam mulut.

Sara memandang wajah Harraz dengan hati yang panas. Kalau diikutkan memang dengan pinggan sekali dia sumbat masuk dalam mulut Harraz!

"Tapi saya yang goreng. Lagi satu awak tak tahu tanya dulu ke ? Main makan je!" Geram Sara dibuatnya.

"Bising lah kau ni. Aku stapler mulut kau kang. Aku makan 2 je" Tanpa rasa bersalah Harraz berkata.

"Awak ni!!!!" Sara kehilangan kata-kata.

"Sara, kenapa marah-marah ? Dari dalam aku dah dengar suara kau" Nasuha melangkah ke arah Sara dan Harraz. Punggung dilabuhkan di sebelah Sara.

"Ada beruk makan aku punya mie siput" Ujar Sara dengan mata menatap tepat ke arah wajah Harraz.

"Ehh kau nak kata aku beruk ea?!"

"Kenapa awak terasa ? Awak memang beruk ke ?" Sara silang tangan. Puas hati dapat kenakan Harraz.

"Kau ni kan!" Hilang kata-kata Harraz. Tak apa kali ini dia bagi chance Sara menang.

"Dah jangan gaduh nanti terkahwin" Sara dan Harraz memandang wajah Nasuha sebelum mereka bertatapan.

"Tak nak!"

"No!"

Serentak mereka berkata. Tangan naik memeluk tubuh.

"Eleyh kau Sara, dulu Harraz nak pindah kau bukan main lagi melalak macam dah tak akan jumpa" Sara menyiku lengan Nasuha. Aduhai Nasuha kenapa kau boleh buka cerita tu!!!!

Harraz memandang wajah Sara. Smirk.

"Mana ada! Awak jangan nak senyum-senyum. Sebelum saya tarik toncit rambut awak !" Harraz menahan gelak.

Disebabkan rambut Harraz agak panjang jadi dia membuat keputusan untuk mengikat rambutnya sedikit.

"Tarik lah kalau berani. Cepat aku nak tengok kau berani ke tidak" Cabar Harraz.

Sara turun dari pangkin. Harraz terus melarikan diri apabila melihat Sara mahu mengejarnya. Lari balik rumah.

"Sini cepat!! Ada bran ark ?!" Harraz semakin menyakitkan hari Sara.

"Awak sini lah!! Kenapa lari!!" Sara tidak mahu mengalah.

"Sara" lengan Sara dipegang oleh Nasuha.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now