BAB 10

240 30 6
                                    

Sedari tadi Asraf memerhati Sara melakukan kerja. Tidak lekang matanya memandang kearah Sara. Walaupun sudah dipaksa berkali-kali untuk tidak menggangu Sara namun hatinya memberontak. Baginya hanya Sara Sajeeda yang benar-benar dicintai tiada orang lain.

Sara terkedu apabila melihat Asraf yang sedang merenungnya. Sudahlah hanya itu sahaja jalan untuk menuju ke ruang tamu. Sara mengambil nafas sebelum melangkah.

"Sara" Sara tidak mengendahkan.

"Sara" Sekali lagi Asraf menyeru namanya namun Sara masih tidak mengendahkan. Sara melangkah bagaikan tiada siapa-siapa yang sedang menyeru namanya.

Belum jauh Sara melangkah, Sara terserempak dengan Anisa. Sara hanya memandang sekilas wajah Anisa. Jelas wajah tidak puas hati terlakar pada wajah Anisa. Anisa menghampiri suaminya.

"Awak jangan nak berSara-Sara sangat" Suara Anisa bergetar amaran

"Merepek. Bila masa saya sebut nama Sara" Asraf berdalih. Matanya masih mencari kelibat Sara.

"Awak jangn ingat saya pekak. Saya dengar awak sebut nama dia tadi" Anisa masih tidak berpuas hati.

"Sara tu ahli keluarga saya. Tak salah kalau saya nak berbual atau apa pun dengan dia. Awak orang luar jangan nak masuk campur urusan saya" Selamba Sahaja Asraf berkata tanpa memikirkan hati isterinya. Mengelegak darah Anisa mendengarnya.

"Orang luar ? Saya isteri awak Asraf. Isteri yang sah. Sampai hati awak anggap saya orang luar" Setitik air mata Anisa sudah jatuh ke pipi.

"Ehh serabut lah saya dengan awak ni. Tak habis-habis nak cari gaduh. Apa yang awak tak puas hati sangat dengan saya ?"

"Susah sangat ke awak nak lupakan Sara dan belajar cintai saya ? Setahun Asraf kita kahwin. Tapi awak masih ingat pada Sara. Hati saya sakit awak tahu tak ?" Anisa meluahkan perasaannya. Asraf meraup wajahnya.

"Sara is my first love. Untuk lupakan dia bukan benda mudah bagi saya. Kalau awak rasa awak dah tak tahan, kita jumpa dekat mahkamah" Ujar Asraf dan terus melangkah meninggalkan Anisa yang menangis. Bagai dirobek-robek hati Anisa. Dadanya dipegang. Sakit yang teramat.

Sara melangkah keluar rumah. Port Sara adalah di pangkin bawah pokok di tepi rumah atuk. Handphone dipoketnya dikeluarkan. Malas mahu duduk di dalam rumah, kalau di dalam rumah mesti makusu tak habis-habis mencari kesalahannya. Nasuha dan opah ke pekan. Atuk pula pergi ke kebun sebentar. Tinggalah maklang dan makusu anak beranak.

"Oi tinkerbell" Jerit Harraz dari berandar rumah nek som. Sara memandang kearah Harraz. Matanya dikecilkan.

"Apa oi oi ?" Harraz seperti mahu melepaskan tawa apabila mendengar Sara berkata begitu.

"Kau buat apa duduk situ?" Sara tersenyum sinis mendengar soalan Harraz.

"Tanam anggur" Jawab Sara dengan jelingan tajam.

"Kau jelinglah, nanti mata kau tercabut baru kau tahu" Sara mencebik.

Sara menjeling Harraz berkali-kali.

"Haa mana ada tercabut. Tipu je" Harraz melepaskan tawa.

Harraz melangkah semula ke dalam rumah. Sara menyambung bermain handphone.

"Oi" Terhinjut bahu Sara. Sara memandang kearah rumah nek Som sebelum memandang Harraz di depannya.

"Bila masa awak sampai ?" Bingung Sara dibuatnya. Tadi Harraz di rumah nek som sekarang sudah berada di hadapan rumahnya.

Harraz tidak menjawab. Plastik ditangannya dihulurkan kearah Sara.

"Apa ni ?" Sara mengambil huluran Harraz. Terbutang mata Sara apabila melihat strawberry.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now