BAB 11

233 27 0
                                    

Neksom menuam wajah Sara. Sesekali Sara berdesis kesakitan menahan sakit. Air mata diseka dengan telapak tangan. Harraz hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Kalau diikutkan hati memang dikerjakan Asraf tadi kerana Asraf punca segalanya.

Alangkah terkejutnya neksom tadi apabila Harraz membawa Sara kerumahnya dengan keadaan Sara yang begini. Takut-takut Sara diapa-apakan dengan orang rupanya Sara dipukul oleh Milah.

Atuk menghentikan motornya di hadapan rumah nek som.

"Assalamualaikum" Harraz bangun dari sofa apabila mendengar salam atuk.

"Waalaikumsalam, masuklah tok" Kalang kabut Atuk masuk ke rumah nek som.

Terhenti langkah atuk apabila melihat keadaan Sara. Kaki melangkah merapati Sara. Air mata Sara semakin laju meluncur apabila melihat atuk dihadapanya.

"A—atuk" Atuk mendekati Sara. Wajah Sara diusap

"Ya Allah. Apa dia dah buat pada kamu ni?"

"Atuk, Sara tak salah. Sara tak rampas hak sesiapa" Sara mengongoi.

"Atuk tahu Sara tak salah. Maafkan atuk. Ya Allah. Atuk tak sangka dia buat macam ni pada Sara" Atuk memeluk tubuh Sara.

"Ya Allah, cucu aku" Opah masuk ke rumah neksom dengan wajah yang basah dengan air mata.

"Ya Allah, mana sakit sayang ? Bagitahu opah mana sakit ?" Opah menelik wajah cucunya yang merah. Diusap-usap pipi Sara.

"Opah" Sara memeluk opah pula.

Nasuha mengengam erat penumbuknya apabila melihat keadaan Sara. Bukan masuk ke rumah nek som malah Nasuha pulang ke rumah atuk. Pintu rumah atuk ditolak kasar. Apabila melihat Anisa yang sedang duduk di sofa sambal menangis, Nasuha menghampirinya dan pipi Anisa di tampar sekuat hati.

"Kau buat apa pada Sara ?" Jari telunjuk Nasuha tepat di hadapan wajah Anisa.

"Aku pertahankan hak aku!" Anisa berdiri namun tubuhnya ditolak oleh Nasuha sekuat hati sehingga Anisa terduduk semula.

"Kau ni bodoh ke ? Hak kau ? Bila masa Sara rampas hak kau ?" Mata Anisa ditatap berani.

"Ehh Suha, kau jangan nak berani apa-apakan menantu aku"

"Makusu diam!" Makusu berdiri tubuh Nasuha didekati.

"Kau jangan nak biadap!" Nasuha menahan tangan makusu yang mahu menamparnya. Tangan makusu ditolak kasar.

"Saya biadap? Yang biadap perempuan tu !" Nasuha menunjuk kearah Anisa.

"Dengan sesuka hati dia pukul anak orang. Yang tu tak kira biadap ke!"

"Patutlah dengan aku pun kau tengking-tengking. Mesti dulu mak bapak kau tak ajar adap kan ? Maklumlah mak dah mampos" Sinis kata-kata makusu.

Pang
Tertelang wajah makusu apabila penampar atuk singgah di pipinya.

"Makusu tahu tak benda yang jadi ni disebabkan mulut makusu. Bawa-bawalah mengucap. Ingat tuhan"  Kata Nasuha. Susah betul nak betulkan makusunya ini. Jauh sangat terpesong.

Terdiam mak usu di buatnya. Wajahnya yang ditampar dipegang. Sakit mendengar kata-kata Nasuha dan sakit ditampar menjadi satu.

"Kau memang dah melampau Milah ! Siapa benarkan kau sentuh cucu aku!" Atuk berdiri betul-betul di depan makusu. Wajah atuk merah menahan marah.

Makusu bergetar ketakutan apabila melihat atuk sudah naik angin. Makusu berundur setapak kebelakang.

"Aku tak pernah naik tangan pada cucu aku ! Kau siapa berani buat macam tu pada cucu aku !!!" Atuk mahu menerpa kearah makusu namun opah menghalang.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now