BAB 9

214 18 1
                                    

Asraf tersenyum lebar apabila melihat wajah cantik Sara. Kakinya melangkah mendekati Sara. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Sara Sajeeda, wanita yang dicintai sejak dari dulu lagi.

"Sara" Sara melepaskan keluhan berat apabila mendengar suara Asraf.

Perlahan-lahan Sara memusingkan tubuh kearah Asraf. Matanya memandang sekeliling. Tidak selesa apabila hanya berdua sahaja dengan Asraf.

"Sara,awak cari apa ?" Asraf mencuba melangkah merapati Sara.

"Mana isteri awak ?" Sara menjauhi Asraf.

"Kenapa awak cari isteri saya?" Sara mengerutkan dahi. Apa punya soalanlah.

"Tak eloklah kalau kita berdua-duaan. Awak tu dah berkahwin. Saya tak nak berlaku salah faham" Asraf tersenyum kelat.

"Tak apa, Nisa faham je" Alasan yang diberikan oleh Asraf membuatkan Sara mahu melepaskan tawa.

"Itu awak kata. Saya perempuan jadi saya tahu apa yang Anisa rasa" Kata Sara dan terus melangkah pergi.

"Tapi kita keluarga. Tak salah pun kan" Sara hentikan langkahnya. Matanya memandang kea rah Asraf.

"Ya kita memang keluarga. Tapi awak dan saya bukan mahram. Lagi-lagi bila awak dah bergelar seorang suami. Tolonglah belajar jaga isteri awak. Saya penat lah asyik disalahkan aja"

"Tapi kenapa dulu boleh ?" Sara menarik dan menghembus nafasnya. Menahan marah.

"Dulu awak dan saya masih kecil. Normallah kalau budak kecil main sama-sama. Tapi sekarang kita dah matang. Jadi tak ada istilah keluarga yang boleh menghalalkan kita berdua-duaan. Jadi tolong faham" Sara melangkah meninggalkan Asraf.

Asraf meraup rambutnya. Tidak boleh disangkal, walaupun dia sudah berkahwin namun dia masih cintakan dan sayang akan Sara. Apabila Sara berkata bergitu membuatkan hati Asraf sakit lagi-lagi apabila Sara cuba untuk menjauh darinya.

Sara melangkah tanpa menoleh kebelakang. Geram dia dengan Asraf. Sudahlah apa-apa yang berkaitan dengan Asraf dan Anisa dia yang akan disalahkan. Macam lah dia ni tergila-gila si Asraf tu.

Langkah Sara terhenti apabila Anisa menarik lengan Sara. Sara melepaskan keluhan. Dia yakin Anisa nampak kejadian tadi.Anisa menarik ke satu sudut yang agak jauh dari semua orang. Tubuh Sara ditolak rapat ke dinding. Sara meringis kesakitan apabila tubuhnya terhentak kuat pada dinding. Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditinju muka Anisa.

"Aku nak kau jauhkan diri kau daripada suami aku!" Telunjuk Anisa tepat dihadapan wajah Sara. Sara menepis lembut jari Anisa. Wajah Anisa ditatap tanpa rasa gerun.

"Kau ingat aku tak Nampak ke yang kau sengaja ajak suami aku berborak kan?" Sara melepaskan tawa halus.

"Aku bukan penyondol dan aku tak hingin dengan suami kau" Mengelegak darah Anisa mendengar kata-kata Sara.

"Kau jangan nak biadap! Kalau bukan kau yang ajak suami aku berborak tadi habistu siapa ?" Anisa masih tidak puas hati.

"Aku tahu kau tahu Nisa cuma kau tengah jaga hati kau sendiri kan?. Kau takut dengan kebenaran" Anisa mengeleng kepalanya.

"Kau jangan nak tipu aku Sara. Mengaku je lah yang kau suka dengan suami aku" Anisa masih tidak mahu berhenti menyalahkan Sara.

"Anisa, aku masih waras. Aku tak suka pun lah dengan Asraf. Berhenti tuduh aku bukan-bukan. Kau yang patut bagitahu suami kau berhenti ganggu aku. Berhenti tunding jari pada aku. Satu jari kau tunding pada aku 4 lagi jari kau tunding pada diri kau sendiri" Sara rasa puas berkata begitu. Selama ini apabila Anisa menuduhnya dia menjawab dengan sopan tapi kali ini dia akan menjadi lebih tegas.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now