PakCik Samad melangkah mendekati Pakcik Rosman yang sedang duduk berehat di pondok. Biasa setiap pagi, memang menjadi rutin pakcik Rosman pergi ke kebun durian mililnya.
"Man" Rosman yang sedang meneguk air itu memandang ke arah Samad.
Pakcik Samad duduk di sebelah Pakcik Rosman.
"Ada apa Mad kau cari aku sampai ke kebun ? Tak pernah-pernah kau cari aku sampai ke sini" Ujar Pakcik Rosman. Pelik dengan kelakuan Pakcik Samad.
"Aku sebenarnya ada benda nak bincang dengan kau" Rosman senyum. Kepalanya dianggukan. Mungkin perkara penting sebab itu pakcik Samad sanggup mencarinya sehingga ke sini.
"Bincang ? Pasal apa ?" Samad menarik dan menghembus nafas. Rasa gelisah mula menjelama ke dalam diri.
"Tapi kau jangan marah" Rosman mengerutkan dahi.
"Cuba kau bagitahu pasal apa ?" Samad menghalakan pandangan ke kebun durian Rosman.
"Aku nak jadikan cucu kau, Sara Sajeeda sebagai isteri aku yang sah" Terkedu Rosman dibuatnya. Tergamam dan tidak boleh berkata-kata.
"Apa yang kau cakap ni Mad ? Kau nak cucu aku jadi isteri kau ? Kau sedar tak yang kau dah ada isteri. Bukan setakat isteri, kau dah ada 5 orang cucu dah pun" Ujar Rosman tegas.
"Aku ikhlas nak jadikan cucu kau isteri aku. Bagilah aku berbakti pada anak yatim piatu" Rosman merengus kasar mendengar kata-kata Samad.
"Berbakti ? Cucu aku masih ada aku. Dia masih ada keluarga ! Umur kita sebaya Mad. Kau fikir senang ke aku nak lepaskan cucu aku pada orang yang dia tak nak ?" Bantah atuk.
"Tapi aku ikhlas, man" Jujur Pakcik Samad.
"Kalau kau ikhlas, kau yakin ke cucu aku akan ikhlas ? Dia tu muda lagi. Biar dia cari orang yang sesuai dengan dia. Kau tu dah kahwin dan ada anak. Anak kau pun sebaya dengan cucu aku. Kau rasa tak pelik ke kalau anak kau ada mak tiri sebaya dia ?" Ujar atuk kegeraman.
"Tapi Man.."
"Tak usah tapi-tapi. Aku ni ada lagi. Masih kuat nak jaga cucu aku. Kau tak usahlah bagi alasan nak kahwin dengan cucu aku sebab nak jaga dia" Kata atuk dan terus melangkah meninggalkan Samad. Samad meraup wajahnya. Mengapa semua orang tidak bersetuju dengan keputusannya.
"Haa! Abang nak kahwin lagi ?! Abang dah gila ke ?!" Jerit Makcik Senah. Sungguh terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh suaminya.
"Abang mampu. Lagipun abang dah bagi segalanya pada awak kan ? Abang cuma minta awak untuk terima keputusan abang dengan lapang dada" Ujar Pakcik Samad tanpa rasa bersalah.
"Abang ni dah gila ke ? Abang nak kahwin dengan siapa ? Bagitahu saya ?!"
"Nanti awak tahu lah. Sekarang ni saya cuma nak awak setuju dengan keputusan saya!" Makcik Senah tidak puas hati. Dipukulnya dada Pakcik Samad.
"Macam mana abang boleh terfikir nak kahwin lain ? Apa kurangnya saya ?!" Kata Makcik Senah dengan air mata yang mengalir ke pipi.
"Awak tak ada kurangnya. Saya cuma nak tolong sesama manusia"
"Tolong ? Apa maksud abang ?! Tolong siapa ?!" Pakcik Samad melepaskan keluhan. Rasanya dia perlu jujur dengan isterinya.
"Awak kena janji dengan abang yang awak tak akan marah" Ujar Pakcik Samad. Makcik Semah mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan. Wajah suaminya dipandang.
Pakcik Samad mengambil nafas terlebih dahulu. Dia sudah nekad. Dia yakin, Sara Sajeeda itu jodohnya.
"Sara, cucu Rosman" Jawab Pakcik Samad. Terbutang mata Makcik Senah.
"Abang ni dah gila ke ? Sara tu sebaya dengan Aidil. Macam mana abang boleh terfikir nak kahwin dengan perempuan yang sebaya dengan anak kita !"
"Abang yakin dia jodoh abang" Selamba sahaja Pakcik Samad melontarkan ayat.
"Jodoh ? Dia tu muda lagi. Abang ingat dia nak kahwin ke dengan lelaki yang sebaya dengan atuk dia ?!" Pakcik Samad melepaskan keluhan. Wajah isterinya dipandang.
"Sebab itu abang nak minta tolong awak. Tolong pujuk Rosman dan isteri dia" Wajah Pakcik Samad penuh pengharapan.
"Tak ! Saya tak nak !"
"Kalau awak tak nak, saya ceraikan awak. Awak pilih, awak nak ikut kemahuan saya atau saya ceraikan awak!" Ugut Pakcik Samad. Terkaku Mak Senah dibuatnya.
"Sampai hati abang kan ? Abang sanggup buat saya macam ni ?" Wajah Mak Senah basah dengan air mata. Pakcik Samad melepaskan keluhan.
"Senah, saya cuma nak awak tolong saya. Saya cuma nak bantu Sara. Dia anak yatim piatu" Mak Senah melepaskan tawa sinis.
"Apa kaitan dia anak yatim piatu dan awak yang nak kahwin dengan dia ? Awak tu dah tua. Ingat sikit !" Kata Mak Senah dan terus melangkah pergi. Pakcik Samad meraup wajahnya. Keluhan dilepaskan. Bagaimana cara untuk dia bersama dengan Sara ?
Aidil yang baru sahaja balik dari melepak melangkah masuk ke rumah. Baru sahaja mahu memulas tombol pintu biliknya, suara tangisan ibunya di dalam bilik membuatkan Aidil berpatah balik dan menolak perlahan pintu bilik ibunya.
Aidil melajukan langkah apabila melihat ibunya menangis teresak-esak. Aidil melutut di depan ibunya.
"Mak ? Mak kenapa ? Kenapa mak nangis ?" Soal Aidil. Mak Senah masih menangis.
Aidil semakin bimbang. Tidak pernah ibunya begini.
"Mak, mak bagitahu Dil, mak kenapa ? Mak jangan buat Dil macam ni" Aidil mengemgam tangan ibunya.
"Abah.." terhenti kata Mak Senah. Tak sanggup dia mahu menjelaskan.
"Kenapa dengan abah ? Ada apa-apa jadi pada abah ke ?" Aidil mula gusar. Dia takut perkara buruk berlaku pada ayahnya.
"Abah nak kahwin lagi" Mak Senah menekup kembali wajahnya. Aidil diam. Memproses apa yang baru sahaja didengari.
"Kahwin ? Dengan siapa ?" Mak Senah mengesat air matanya. Wajah Aidil dipandang.
"Sara, kawan sekelas Aidil dulu" Semakin terdiam Aidil dibuatnya. Tak kan lah bapanya sudah hilang akal !
"S—Sara Sajeeda ?" Mak Senah angguk.
"Abah suruh mak pujuk atuk dan opah Sara. Mak tak nak. Mak sayang abah. Mak tak mampu nak berkongsi kasih sayang. Mak tak rasa semua ni atas kehendak abah. Mak rasa budak perempuan tu yang paksa. Tak akan lah abah kamu sanggup buat mak macam ni" Simpul Mak Senah. Dia yakin suaminya tidak akan menduakannya. Dan dia sangat yakin ini semua angkara Sara Sajeeda ! Budak tak guna tu !
"Mak rasa si budak Sara tu goda abah. Selama ni abah tak pernah macam ni. Semejak Sara tu balik semula ke kampung ni, huru hara jadinya. Mak yakin abah sayang mak" luah Mak Senah. Aidil mengemgam tangganya. Jelas api kemarahan menghiasi wajahnya.
"Mak jangan risau. Dil akan uruskan. Kalau betul lah dia goda abah, Dil akan pastikan dia menyesal !" Tekad Aidil. Dia perlu pertahankan rumah tangga ibu bapanya. Dia tidak mahu rumah tangga ibu bapanya goyah !
"Dil kena tolong mak. Selagi budak tu ada dekat sini, abah kamu akan buat apa-apa aja untuk kahwin dengan dia. Mak tak kisah apa pun Aidil nak buat pada dia, asalkan dia tak ganggu abah lagi. Mak merayu Dil, tolong mak" Mak Senah mengengam erat tangan Aidil.
"Mak, jangan risau. Dil akan buat apa sahaja untuk mak. Dil janji" Janji Aidil. Mak Senah angguk.
Aidil merenung lama tangan ibunya yang mengengam tangannya. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia perlu halau Sara keluar dari kampung ni !
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...