Sara menilik roti buku yang mahu dibelinya. PakCik Samad yang baru sahaja masuk ke dalam kedai tersebut terus melangkah ke arah Sara. Rindu betul dia dengan Sara. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Sara atau lebih tepat Sara menghindar darinya.
"Sara" Terhenti tangan Sara yang sedang menilik itu. Serta merta roti diletak semula dan mahu melangkah keluar.
Pakcik Samad menghalang Sara dari keluar. Sara ke kiri dia ke kiri, Sara ke kanan dia pun ke kanan. Tangan Sara naik memeluk tubuh. Wajah serius dipamerkan.
"Pakcik nak apa ? Saya ni nak balik. Banyak lagi kerja yang saya nak kena buat" Kata Sara.
"Saya cuma nak minta awak terima saya jadi suami awak" Tanpa rasa malu Pakcik Samad menyampaikan hasratnya.
Sara tertawa sinis.
"Pakcik, saya tak akan terima pakcik. Buat masa sekarang saya tiada niat untuk berkahwin. Jadi saya merayu pada pakcik tolonglah lupakan hasrat pakcik tu" Ujar Sara dan terus melangkah.
Pakcik Samad memusingkan badan ke arah Sara.
"Selagi awak tak kahwin, saya akan terus berusaha untuk kahwin dengan awak" Terhenti langkah Sara. Dahi dikerut. Tubuhnya dipusingkan semula untuk memandang wajah Pakcik Samad.
"Saya dah ada pilihan saya. Jadi pakcik tolonglah jangan cakap pasal kahwin depan saya. Saya tak berminat untuk jadi isteri nombor dua pakcik" Tegas Sara.
"Kalau awak tak nak bermadu, saya boleh ceraikan Senah dan jadikan awak satu-satunya isteri saya" Pakcik Samad masih tidak mahu mengalah. Selagi boleh pujuk dia akan pujuk.
"Pakcik! Apa yang pakcik cakap ni ?! Walau apa pun jadi saya tak akan kahwin dengan pakcik!" kesabaran Sara semakin menipis.
"Tapi kalau kita ditakdirkan bersama, mampukah awak menolak takdir" Terbutang mata Sara dibuatnya. Pandai pula orang tua ini berkata tentang takdir.
"Saya percaya pada takdir. Tapi saya minta sangat pada pakcik Samad tolong faham saya. Saya dah ada pilihan saya. Biar saya bina kehidupan saya sendiri. Saya tak perlukan simpati untuk saya terus hidup. Saya masih ada keluarga bukan sebatang kara. Jika betullah niat Pakcik mahu memperisterikan seseorang atas dasar simpati atau mahu mengumpul pahala, masih ramai lagi anak yatim piatu dekat kampung ni. Jadi saya minta untuk pakcik berhenti untuk meminta saya jadi isteri pakcik! Saya minta diri dulu" Sara terus melangkah meninggalkan Pakcik Samad.
Pakcik Samad terkelu apabila dihembus begitu. Sudah berkali-kali dia mencuba mendekati Sara namun masih tidak berjaya.
Ponponpon
Sara memandang ke arah kereta Range Rover yang berhenti di hadapannya. Dia kenal kereta itu. Tangan naik memeluk tubuh. Tiada niat mahu senyum."Tinkerbell, dari mana?" Sara menjeling apabila mendengar Harraz memanggil nama panggilan kegemaran Harraz itu.
"Sukahati saya lah dari mana. Awak sibuk nak tahu kenapa ?" Emosi disebabkan kejadian tadi terbawa-bawa.
Harraz mengerutkan dahi. Tidak pernah dia melihat Sara marah seperti ini.
"Garangnya, kau kenapa ? Gaduh dengan siapa ?" Harraz melontarkan soalan. Dipandang ke arah belakang Sara, mana tahu ada penyebab yang membuatkan Sara mengamuk begini.
"Hish awak jangan sibuk lah ! Saya tak ada mood nak bersoal jawab!" Sara terus melangkah meninggalkan Harraz.
Harraz turun dari kereta dan Harraz mengejar langkah Sara. Harraz berdiri betul-betul di hadapan Sara sehingga membuatkan langkah Sara terhenti.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...