BAB 8

197 19 2
                                    

"Sara, harini Neksu kamu dengan Neklang nak datang" Ujar opah. Sara angguk tetapi wajahnya berubah kelat.

"Opah tahu kamu tak selesa dengan anak Neksu kamu, Asraf kan ?" Perlahan-lahan Sara angguk.

"Dah,jangan risau, opah ada. Kalau dia buat benda yang kamu tak suka kamu bagitahu opah pandailah opah nak ajar dia nanti" Mahu tidak mahu Sara menganggukkan kepala.

Asraf anak lelaki Mak usu. Dulu Sara dan Asraf merupakan kawan bermain namun apabila melonjak dewasa, Sara sudah tidak bergaul dengan Asraf. Sebab pertama umur dan sebab kedua ialah Asraf pernah dijodohkan dengan dirinya. Hal itu menyebabkan Sara tidak selesa. Lagipun sekarang Asraf sudah berkahwin.

Sara dan Nasuha mengemas rumah opah bagi menyambut tetamu yang akan tiba tidak lama lagi.

Nasuha memerhati setiap kerja yang Sara lakukan terserlah sifat Sara yang agak tidak suka. Sesekali juga Sara akan mengeluh. Bukan Nasuha tidak tahu sebabnya. Sebabnya sememangnya Asraf.

"Sara" Suara Nasuha membuatkan Sara menghentikan kerjaannya. Wajah Nasuha dipandang dengan sebelah kening yang berjongket.

"Kau okay kan ?" Sara mengerutkan dahi sebelum mengangguk perlahan.

"Aku tahu kau tak suka bila Asraf datang sini. Kau jangan risau aku akan selalu ada dengan kau. Aku yakin dia tak berani buat benda bukan-bukan. Lagipun dia kan dah kahwin dengan Anisa" Nasuha mencuba untuk membuat Sara lebih tenang. Sara angguk. Sara cuba untuk menenagkan dirinya.

"Assalamualaikum" Suara Maklang menyentakkan Sara dan Nasuha. Laju kaki mereka melangkah ke hadapan. Tetamu sudah datang.

Sampai sahaja di ruang tamu, opah dan atuk sudah bersalaman dengan tetamu terlebih dahulu. Sara dan Nasuha menghampiri tetamu dan bersalaman. Sara lega apabila tiada kelibat Asraf. Sekurang-kurangnya tidak perlu dia bersua muka dengan Asraf.

"Ehhh Sara" Maklang menghampiri Sara. Tubuh Sara disauk ke dalam pelukkan.

"Rindunya neklang dengan Sara"

"Yelah Maklang, Sara je yang maklang rindu. Suha maklang tak rindu" Ujar Suha dengan bibir yang tercebik.

"Ala kamu ni Suha, meh lah sini. Sayang  maklang ni" Maklang mendepakan tangan kearah Nasuha. Nasuha mendekati Maklang dan memeluk erat tubuh maklang.

"Ala mengada. Kesianlahkan budak tak ada mak bapak. Mengemis kasih sayang"  Suara Makusu yang baru tiba itu membuatkan suasana hening seketika.

"Kalau kau rasa kau nak buat kecoh kau boleh balik. Aku tak suka dengan perangai manusia yang busuk hati" Kata-kata atuk membuatkan makusu sentap.

"Ala bang, tak kan lah itu nak amik hati"

"Kau dah tua dah Milah. Kau tahu bezakan baik dengan buruk. Kalau datang sini semata-mata nak menyakitkan hati orang lebih baik kau balik" tegas atuk. Cukup tidak berkenan dengan kata-kata adik bongsunya itu.

"Abang ni sentiasa nak menangkan Sara dengan Suha" Omel Makusu.

"Abistu kau nak aku biarkan perangai tak semengah kau tu menyakitkan hati orang? Patutlah Salman tinggalkan kau, dia pun tak berkenan dengan mulut kau yang macam longkang" Kali ini makusu benar-benar sentap dengan kata-kata atuk. Berubah air muka makusu dibuatnya.

"Haa kenapa ? Marah ? Sakit hati ? Haa macam tu lah perasaan orang lain bila kau dengan sedap mulut menyakitkan hati orang. Kau fikir kau sorang je ada perasaan ?"

"Bang, dah lah tu. Kita kan datang sebab nak berkumpul dengan adik beradik" Opah menenagkan atuk. Atuk mendengus kasar.

"Dah masuk. Kak long dah sediakan makan tengah hari" Kesemua mereka masuk ke rumah. Sempat makusu melanggar bahu Nasuha. Nasuha melepaskan keluhan. Entah apa yang membuatkan makusu tidak suka padanya.

Makusu memandang ke sekeliling rumah. Apabila tidak ada orang barulah dia menghampiri Sara dan Nasuha yang sibuk mencuci pinggan.

"Haa baguslah sedar diri. Kita ni kalau menumpang rumah orang kena beradap. Nasib baiklah sedari diri" Sindir makusu kepada Sara dan Nasuha.

"Basuh bersih-bersih. Pastikan tak ada minyak melekat. Kalau benda tu pun nak kena ajar lebih baik kau berdua mati sahajalah" Sara dan Nasuha mengerling sesama sendiri dengan hujung mata.

Selepas puas menyakitkan hati Sara dan Nasuha barulah makusu pergi dari situ.Hilang sahaja kelibat Makusu Nasuha terus melepaskan span basuh pinggan dari tanggannya.

"Aku kalau dapat mulut makusu memang dengan mulut dia aku sental. Berdesing telinga aku dengar dia mengata kita" Ujar Nasuha kegeraman.

"Ala Suha, kau macamlah tak kenal dengan mulut neksu tu. Dia jadi gitu kan sebab arwah ayah dengan ibu aku tolak pinangan dia. Tak cukup dia benci aku dia benci kau pula. Kita sabarjelah ea" Kata Sara.

"Kau bagi sikit kesabaran kau pada aku. Kalau lah aku ni jahat memang aku bagitahu paklong. Biar padan muka dia kena basuh macam tadi"

"Biarlah dia. Kalau kita cakap pun bukannya dia boleh berubah. Tahan je lah. Lagipun 2 hari je dia dekat sini"

"Nasib baik 2 hari kalau 2 tahun memang aku stay hotel sementara dia stay sini" Ujar Nasuha. Span di ambil semula dan dipicit-picit. Nasuha membayangkan dia memicit wajah makusu.

"Ehh Milah mana anak menantu kau ? Sibuk sangat nak ikut tapi batang hidung tak Nampak-nampak" Kata Maklang.

"Sekejap lagi sampailah tu. Biarlah diaorang nak dating dulu. Dah kahwin kan" Makusu menguatkan suaranya apabila melihat Sara dan Nasuha melangkah ke ruang tamu. Maklang mengeleng kepala apabila mengetahui sebab adiknya itu menguatkan suara tadi.

Sara dan Nasuha duduk jauh sikit dari mereka. Kalau ada maklang sahaja memang dia duduk bersama di ruang tamu kerana hanya maklang sahaja yang melayan mereka sebagai manusia.

"Ehh kamu berdua sini. Tolong urut kaki aku. Sedap je kan duduk situ" Seperti biasa makusu memang tidak puas hati apabila melihat wajah Sara dan Nasuha. Ada sahaja benda yang tak kena.

"Wah, wah wah. Besar pangkat kau nak suruh orang macam tu" Maklang tidak puas hati. Entah mengapa adiknya begini.

"Ala bukan selalu pun"

"Kalau abang dengar memang nahas kau tau tak. Sesukahati kau je kan. Kalau ikutkan hati aku ni Milah memang aku koyakkan mulut kau" Makusu mencebik.

"Bisinglah kak, ehh budak sini. Kau duduk situ lagi buat apa ?"

Sara dan Nasuha melangkah mendekati Makusu. Bukan apa mereka tidak mahu membuat kecoh.

"Sara, Suha jangan ikutkan kehendak orang tua tu. Biarkan kaki dia sakit kalau patah sekali pun lagi bagus. Kamu berdua sini duduk dengan maklang" Maklang menepuk tempat kosong di kiri dan kananya.

"Kau suruh anak atau menantu kau urut kau" Ujar maklang. Sara dan Nasuha duduk di sebelah maklang.

"Ehh kak, menantu aku tu anak orang. Takkan lah aku nak menyuruh dia"

"Tahu pula kau menantu kau anak orang. Abistu Sara dengan Suha ni anak apa?" Makusu terdiam seketika.

"Belajar layan orang elok-elok. Aku takut bila ada cucu nanti perangai kau berbalik pada cucu kau. Jangan suka menyakitkan hati orang" Makusu bangun dan terus berlalu dari situ. Maklang tidak mengendahkan.

"Biarkan dia. Biar dia fikir perangai tak elok dia tu. Dah tua tapi perangai serupa budak-budak" Maklang membebel.

"Maklang, Kina tak ada balik ke ?" Nasuha mengalihkan perhatian maklang.

"Belum lagi. Lagi seminggu baru dia balik sini. Biasalah kerja dekat negara orang bukan senang-senang nak cuti" Nasuha dan Sara angguk.

Gelak tawa Maklang, Sara dan Nasuha membuatkan hati makusu sakit. Kepala Sara dan Nasuha yang bersandar pada bahu maklang semakin membuatkan makusu tidak berpuas hati Buku lima digengam erat. Matanya mencerlung tajam kearah mereka.

"Kauorang tunggu nasib kauorang! Kenapa hidup kauorang bahagia!!" Gumam makusu.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now