𝟑𝟏 : 𝐄𝐠𝐨

104 7 0
                                    

Ash terdengar ketukan lembut di pintu biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ash terdengar ketukan lembut di pintu biliknya. Dia mengerutkan dahi, sedikit terkejut. Siapa pula yang datang waktu begini? Pintu terbuka, dan muncullah Bunga dengan senyum manis, membawa bungkusan makanan di tangannya.

"Assalamualaikum, bakal suami! Eh, maksud saya... Ash," usik Bunga sambil tersengih nakal.

Ash mendengus, cuba menahan senyum kecil yang hampir terbit di bibirnya. “Buat apa datang sini?” soalnya dengan nada acuh tak acuh, masih mengekalkan wajah dinginnya.

Bunga melangkah masuk tanpa menunggu jawapan, meletakkan makanan yang dibawanya di meja kecil sebelah katil Ash. "Saya bawakan makanan untuk awak. Takut awak lapar," katanya lembut, tapi ada nada manja dalam suaranya.

Ash cuba berlagak selamba. “Aku boleh makan sendiri. Tak perlu susah payah nak datang sini.”

Bunga hanya tersenyum, menatapnya dengan senyum sinis tapi manis. “Betul awak boleh makan sendiri? Kalau macam tu, silakan.” Dia mengambil sudu dan letak di tangan Ash yang berbalut itu.

Ash cuba, memang nak buktikan dia mampu. Tapi tangannya yang berbalut membuatkan sudu itu terketar-ketar, hampir jatuh. Bunga memerhati sambil menahan ketawa kecil, sengaja membiarkan Ash mencuba beberapa kali.

“Kalau tak boleh, cakap aje,” kata Bunga dengan nada menggoda.

Ash menjeling, terasa ego tercabar. “Aku boleh buat sendiri,” balasnya tegas, walaupun dalam hati dia tahu susah untuknya.

Bunga mengangkat kening, mencabar. “Baiklah, kalau macam tu, saya tak kacau. Kalau tak boleh pun, awak jangan minta tolong saya, ya?”

Ash akhirnya mengalah. Dengan malas, dia menyerah sudu itu kepada Bunga. “Fine. Tapi jangan kecoh.”

"Baik matang. "

Bunga tersenyum lebar, menang dalam cabaran kecil mereka. Dengan penuh sabar dan lembut, dia menyuap Ash. Ash cuba mengelak mata Bunga, rasa ego yang tadi ada kini hanya bertukar jadi rasa segan yang tak terkawal.

Sedang Bunga menyuap Ash dengan penuh perhatian, pintu bilik terbuka dengan tiba-tiba, disertai gelak ketawa yang riuh. Tiga lelaki melangkah masuk  Daniel, Gibran, dan Talhah, rakan-rakan karib Ash.

Namun, langkah mereka terhenti serta-merta sebaik melihat pemandangan di hadapan mereka. Bunga yang sedang menyuap Ash, sementara Ash pula duduk kaku, cuba menahan rasa segan yang jelas terpancar di wajahnya.

“Ohhh, siapa yang manja kena suap ni?” usik Daniel sambil bersandar pada pintu dengan tangan berpeluk. Wajahnya memancarkan ekspresi nakal yang cukup mengundang.

Gibran ketawa kecil sambil mengangkat kening. “Ash yang kita kenal ni mana pernah manja-manja nak kena suap. Apa dah jadi ni?”

Talhah pula menahan senyum sambil menatap mereka berdua. “Patutlah lama tak nampak Ash lepak dengan kami. Rupa-rupanya ada nurse peribadi ya?”

Ash mendengus sambil menjeling tajam ke arah mereka, tapi wajahnya sedikit memerah. Dia cuba menolak tangan Bunga yang memegang sudu. “Dah, aku tak payah disuap lagi. Kau orang pun bising sangat!”

Bunga tersenyum sambil mengangguk ke arah kawan-kawan Ash. “Mereka semua datang nak tengok awak, Ash. Tapi saya rasa saya kena berundur dulu. Jangan sampai kacau waktu bonding abang-abang ni, ya.”

Daniel menepuk bahu Talhah, sambil berbisik kuat pada Gibran, tapi cukup jelas untuk Ash dengar, “Nampaknya Ash dah jadi hero drama romantik. Tertinggal jauh kita.”

Ash melontarkan pandangan marah tapi tak dapat menahan senyum kecil di hujung bibirnya. “Diamlah korang,” gumamnya.

Bunga bangkit untuk keluar, tapi sebelum pergi, dia melemparkan satu senyuman pada Ash yang buatnya sedikit kelu. Ash hanya memandang, diam-diam merasakan sesuatu yang lebih dalam.

Sebaik saja Bunga keluar, Daniel, Gibran, dan Talhah bersiul-siul nakal. “Sampai tahap kena suap, Ash? Dahsyatlah kau ni,” usik Talhah.

Ash hanya mendengus, tapi rakan-rakannya dapat menangkap sedikit senyuman di wajahnya yang cuba disembunyikan.

Daniel, Gibran, dan Talhah terus menggoda Ash tanpa henti. Daniel duduk di kerusi sebelah katil Ash sambil tersenyum sinis.

“Ash, kau tak nak share ke? Dari mana tiba-tiba muncul Bunga ni?” Daniel bertanya dengan nada pura-pura serius, walaupun matanya bersinar nakal.

Gibran pula angkat kening sambil menggosok dagunya. “Selama ni asyik cakap perempuan leceh, tak nak peningkan kepala… tapi Bunga ni lain sikit, eh?”

Talhah tak mahu ketinggalan. Dia buat-buat terharu sambil meletakkan tangan di dada, “Aku rasa tersentuh, weh. Akhirnya Ash, si hati batu, ada juga soft spot dia.”

Ash merengus sambil memandang mereka dengan muka menyampah, tapi telinganya jelas memerah. “Sudahlah, korang ni merepek je.”

Daniel terus mengusik sambil buat muka simpati, “Weh, Bunga siap bawa makanan, suapkan kau lagi. Kalau kami sakit, ada siapa nak suap ke?”

Ash memandang mereka dengan muka mencabar. “Kalau kau sakit, pergilah cari nurse.”

Gibran ketawa terbahak-bahak. “Eh, macam jeles je ni? Ash, janganlah malu mengaku kalau kau dah… tersangkut.”

Ash mendengus kasar sambil memalingkan muka, tetapi dalam hati dia terasa tersipu-sipu. Talhah ketuk bahu Daniel sambil mengangkat jari seolah-olah baru mendapat idea.

“Weh, kau rasa Bunga tu tahu tak Ash ni sebenarnya romantik dalam hati?”

Ash buat muka bengang, sambil bersandar di bantal. “Diamlah korang, nak bising pun dekat luar.”

Namun, Daniel tetap tak berhenti. “Nanti kalau kau dah kahwin, jangan lupa jemput kita jadi pengapit. Kami akan bagi ‘testimoni’ lengkap betapa ‘romantik’nya si Ash ni.”

Semua ketawa kuat, manakala Ash hanya mampu menggeleng kepala, berusaha menyembunyikan senyuman yang mula terukir di bibirnya.

Semua ketawa kuat, manakala Ash hanya mampu menggeleng kepala, berusaha menyembunyikan senyuman yang mula terukir di bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry !

Caa lma tk update ..

Vote and comment, bubyeeeeee !

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now