20 : Perkhemahan

10 2 0
                                        

Hari itu, setelah sekian lama... Ain bertemu kembali dengan Aiden. Mereka ditempatkan dalam satu kumpulan untuk perkhemahan sekolah hari ini.

Dan sekarang, semua ahli kumpulan Ain sedang duduk dalam bulatan. 10 orang setiap pasukan, ada 10 pasukan semuanya.

Ain memandang wajah setiap seorang ahli kumpulannya.

Ayuni Tihani, instafamous book review.

Aeril Syakhir, sahabat Luqman. Bakal profesor yang amat menyukai semua berkaitan sains.

Zahra Hanania, ratu fencing.

Arash Jibrael, Hacker24. Ain tahu kerana dia belajar hacking daripada jejaka itu.

Dayana Lucia, pelajar dari Indonesia dengan kemahiran memanah yang sangat baik.

Emir Rafael, salah seorang daripada 2 MVP pasukan bola sepak sekolah mereka.

Mikael Dayyan, pemain bola tampar terkenal dengan skil pemerhatian dan perancangannya.

Moana Ryu, pelajar kacukan Melaju-Jepun. Hebat dalam sastera dan muzik.

Akhir sekali, dia dan Aiden.

"Nampaknya hebat-hebat belaka ahli kumpulan ni." Aeril membuka bicara.

Mana mungkin mereka tidak kenal satu sama lain, masing-masing terkenal dengan kehandalan dalam bidang mereka.

"Semua orang penting." Ayuni ketawa perlahan.

"Kita kumpulan ke-5. Biasanya kedudukan kumpulan tengah ni selamat sikit," ujar Aiden yang kini sudah pulih, walau ingatannya masih belum.

"Siapa nak jadi ketua?" Zahra memandang setiap satu ahli kumpulannya.

"Mikael," seru Ain, dengan suara datar.

"Kenapa tak kau je?" Mikael bingung.

"Kau ada otak dan stamina. Lagi pun, kau paling tua," jawab Ain.

"Aiden, Arash, Emir dengan Aeril?"

"Dia orang kanak-kanak overdose gula. Tak matang." Selamba Ain berbicara.

"Kau layak. Aku cuma tahu ikut arahan." Emir menepuk bahu Mikael.

"Aiden, kau okey?" Tanya Moana.

"Okey, cuma nak cuba ingat balik benda yang aku lupakan." Aiden menjawab sambil tersenyum.

"Oh iya, apa aktiviti kita malam ini guys?" Dayana bertanya. Terselit slang Indonesianya.

"Cerita Perwira." Jawab Aeril yang sedang membelek jadual mereka.

Online, semestinya.

"Apaan tuh?" Dayana bingung.

"Duduk keliling unggun api, ceritakan kisah klasik pahlawan lah lebih kurang. Kalau reka pun boleh." Mikael memberitahu berdasarkan pengalamannya.

"Patutlah siang ni kosong. Dia nak suruh kita mengarang siap-siap." Arash mengeluh.

"Itulah kau, masa cikgu bagi taklimat kau tidur." Emir menepuk belakang Arash.

Ain termenung seketika, melihat sebatang pokok besar tempat dia dan Qizz asyik bercerita dan mengukir kenangan.

Air matanya jatuh tanpa dia sedari. Ayuni melihat hal itu.

"Ain, air mata kau," ujarnya. Bahu Ain dipaut.

Cepat-cepat Ain menghapuskan sisa air mata. Namun lebih banyak air mata yang keluar. Rindunya terlalu berat.

Setalamz : Nanti...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang