Rumah
Sampai sahaja dirumah aku terus menuju kebilik dan menghempaskan badanku keatas katilku yang empuk.
Lega rasanya dapat baring.Dah la tidur tak cukup malam tadi.Mataku semakin kuyu dan apabila aku ingin terbang ke alam mimpi tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara seseorang."Adik !!!!!! solat dulu jangan tidur."
Aku sangat pasti itu suara abang ngah.Kalau bukan abang ngah sapa lagi .Lagipun yang ada kat rumah hanya aku dan abang ngah je .Ayah dan abang long pergi kerja.Manakala abang acik dengan ibu pergi pasar.So tak lain tak bukan suara abang ngah la tu .
Aku bangun dengan pantas supaya aku tidak dengar akan suara tadi mengulang tanyangannya.Aku mandi bersiap dan menunaikan solat fardhu zohor.Selepas aku terus menghempaskan badanku keatas katil dan aku berlayar ke lautan mimpi.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Kringggg !!!!!
Bunyi lonceng dari jam di sisi katilku mengejutkan aku dari tidurku yang lena.Aku capai jam lonceng dengan malas dan menekat punat di jam lonceng tersebut untuk memghentikan bunyi jam lonceng tersebut.
Aku baring menelentang menghadap siling bilikku.Menghilangkan rasa penat.
"Ting !"
Kedengaran bunyi yang datang dari telefonku.Menandakan terdapat notification dari akaun twitterku.Aku buka notification tersebut.
nevermore_ : Hoii ! apa cite dah lama tak dengar cerita.
Rupa-rupanya dari kawan yang telah lama menghilangkan diri.Aku tersenyum melihat chat tersebut dan membalas chat tersbut.
Izz_ : Apa hoii2 .Salam mana salam .harap je orang islam.Asal pulak aku yang tak dengar cerita.Sebenarnya aku ke kau yang tak dengar cerita.
nevermore_: alahaii merajuk ke sayang? Aku buzy la.Tahun ni kan aku nk exam.
Izz_ : mermm ~ yelaa .ko je la yang menang.one more thing aku bukan sayang kau la .sayang kau DIA bukan aku.
nevermore_ : alaaa aku tetap sayang ko la .ko je yang paham aku .alaa jangan la merajuk.aku tahu ko sayang aku jugak.
Izz_ : ehh please la sejak bila pulak aku cakap aku sayang ko ni.nak menipu no.1 en ko.tak payah nak sayang sangat la aku tak makan sayang ko tu.
nevermore_ : alaaa ada laa .weii jangan la merajuk .
Izz_ : bla la tak payah nak wat muka macam tu sekali.aku tak merajuk la .aku penat je hari ni.ni dah kenapa chat aku tak pernah ko chat aku petang2 ni.
nevermore_ : haha aku dah agak ko tak kan merajuk lama dengan aku .ko memang akan cair punya dengan aku.haha.
nevermore_ : alaa jangan la ckap macam tu.aku bosan la dan aku tiba2 rindu nak chat ko pulak.hehe
Izz_ : elehh perasan.yelah laa uhh .makwe ko yang cun tu mana ?? selalunya kan ko chat dengan dia.
nevermore_: alaa tak payah la cakap pasal dia tu.
Izz_: mermm ~ dah putus la tu.bila la ko nk berubah ni .
nevermore_ : entah laaa .hehe.
"Tuk tuk tuk "
Tiba - tiba pintu bilikku diketuk."Adik !! dah bangun belum .dah nak asar .dah mandi belum ??" tegur abang ngah dari luar bilik ku.
"Ye dah bangun, abang ngah.abang ngah! ibu dah balik ker ??"
" Dah .kenapa ?"
"Takda apa2 saja tanya "
"yelaa dah bangun mandi lepas tu solat asar"
"Yuppp"
Aku terus bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air dan menunaikan solat asar.

YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...