Kem Herba, Sungai Congkak Hulu Langat Selangor.
Hari yang dinantikan telah pun tiba dikemuncaknya. Alahai ayatnya. Huhu. Hasil perbincangan yang telah kami buat dan sepakat oleh semua ahli-ahli dan Prof Adi sendiri. Kami menyediakan pelbagai aktiviti disana.
Setelah sampai di tempat kem, kami terus menguruskan pendaftaran pelajar yang menyertai kem tersebut. Daripada pendaftaran tersebut aku dapat tahu pelajar yang menyertai kem ini datang dari pelbagai jenis bangsa,keturunan dan darjat.
Ada juga anak orang kaya yang nak sertai kem ini. Dengan kita sebagai masyarakat yang prihatin janganlah memandang serong kepada anak-anak orang kaya ini. Tak semestinya mereka yang kaya itu sombong tapi ada juga yang baik. Jangan terpedaya sangat dengan cerita melayu itu.
Pendaftaran diuruskan oleh fasi yang menguruskan pendaftaran.Manakala yang lain mula menjalankan tugas masing-masing. Aku dan Nik pula hanya memantau keadaan sekiranya ada sesuatu masalah yang berlaku.
Aku memakai t-shirt lengan panjang berwarna putih, seluar sukan berwarna hitam dan kepala ditutup dengan shawl berwarna biru muda dipandankan dengan kasut newbalance berwarna biru laut berbelang hitam. Yang paling mengejutkan, boleh pula pakaian aku sama dengan Nik. Kasut yang sememangnya aku beli newbalance couple tapi aku beli satu sahaja boleh pulak sama dengan dengan dia.
Kau dah tempah kerisis la Nik.
"Weei zah asal baju kau sama dengan Nik ni? Kaurang dah janji ke ?"
Ha mula la Azwa ni.
"Mana aku tahu " aku hanya menunduk . Apabila aku mengangkat kepalaku untuk melihat sekeliling mataku bertembung dengan mata Nik. Terus aku memgalihkan arah mataku .
"Elehhh kata tak ada apa-apa. Tapi siap main mata lagi " sakat Azwa.
"Kau memang nak cari pasal ye wa?" Aku memandang Azwa dengan muka antara malu dan marah.
"Dah la pergi buat kerja ?"Aku terus berjalan ke kaunter pendaftaran. Ada juga la fasi-fasi yang kenal jeling-jeling aku dan segih-segih dengan aku. Aku tahu la nak menyakat aku. Tak payah la sampai macam tu sekali. Ni yang aku pantang ni. Manusia sekarang macam-macam.
"Haiii zah macam berjanji je? " kata Kak Aza. Kak Aza merupakan dari team usrah. Kak Aza bersama rakannya iaitu Kak Bella.
"Halahaii melepasla budak-budak lain nak pikat si Nik tu. Yela adik kita ni dah ambik dulu" kata Kak Bella pula.
"Diam-diam ye adik ni "
Umur aku dengan Kak Aza dan Kak Bella adalah beza setahun. Begitu juga dengan Nik. Aku dengan mereka boleh dikatakan rapat. Tiap kali team usrah buat program aku akan sertai. Yelah menambahkan pengetahuan yang sentiasa belum cukup.
"Mana ada apa-apa la. Kebetulan je tu" kataku bagi menutup perasaan seganku." Ha ni kenapa tak buat kerja ni. Pergi buat kerja " aku menunjukkan muka seperti orang yang tengah marah. Geram mereka asyik mengusik aku sahaja.
"Adik kalau ada jemputan kahwin jangan lupa jemput akak okey? " Kak Bella menyakat aku lagi.
"Lama lagi okey kak. " aku melayan gurau Kak Bella.
"La apa yang lama lagi. Adik lagi dua sem. Cik abang sem depan dah last. Boleh dah tu " Ha ambik kau ingat nak layan gurau Kak Bella sekali dia bagi bila kau nak langsungkan majlis. Mati la zah.
"Cantik sangat tu dik. " kata Kak Aza.
Habis la dah ada penyokong.
"Eehh akak ni. Takda maknanya ya. Adik cakap dengan dia pun tak pernah lagi. Takkan lepas kahwin nanti nak cakap dengan dinding. "
"Owhhh belum cakap ye. Kejap ye. Nikk!! "
Mati la aku Kak Bella panggil Nik. Akak, Izzah main-main je la. Mati la aku. Berharap la Izzah bahawa Nik tak datang kesitu.
Apabila mendengar ada yang memanggilnya. Nik menoleh kearah suara yang memanggil namanya. Dia melihat Kak Bella memanggilnya.
"Sini kejap " kata Kak Bella dengan mengangkat tangannya untuk menarik perhatian Nik.
Nik terus berjalan kearah Kak Bella, Kak Aza dan kearah aku. Aku pula dah tak senang duduk. Kak Aza yang memerhati dari tadi dah ketawakan aku. Kak Bella dengan muka selambanya memanggil Nik.
Opps jangan salah faham ok Nik dengan Kak Bella ni boleh dikatakan sepupu yang rapat. Tu yang Kak Bella selamba je panggil Nik.
Ok back to the story
Nik berjalan kearah kami. Jantungku seperti berhenti berdegup. Nik berjalan dengan penuh berkarismanya. Tangan sebelah kiri dimasukkan kedalam kocek seluar sukannya. Lengan dan badannya memang stock orang-orang muda zaman sekarang. Iaitu abang-abang sado. Memang idaman semua perempuan la.
Tolong la Nik jangan hensem sangat. Ya Allah Izzah insafla. Zina mata tahu tak. Ishh ishh
"Yupp,ada apa-apa masalah ke? " tanya Nik sesampai sahaja di tempat kami. Dia memandang setiap wajah orang yang berada disitu.
Ketika pandangan dia jatuh kepada aku. Aku terus mengalihkan muka aku dari pandangan nya. Segan tahu tak?
"Hermmm hermm. Takda la. Ni cik adik ni nak cakap dengan Nik tapi dia malu pulak. " kata Kak Bella. Memang straight to the point betul Kak Bella ni cakap.
"Apa akak ni mana ada!!"
Aku terus memukul tangan Kak Bella. Cakap macam orang tu tak da dekat situ. Membuatkan aku bertambah segan tahu tak. Haishh.Apabila aku memandang Nik, dia juga turut memandang aku. Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku. Malu la.
Ketawa Kak Azwa dan Kak Bella meletus melihat gelagat aku.
"Dah la orang nak sambung buat kerja. Akak berdua pun buat kerja. Jangan nak curi tulang. " kataku pura-pura garang.
Selepas itu,aku terus pergi dari situ. Tak tahan lama-lama dekat situ. Rasa macam tak cukup oksigen nak bernafas. Udara bukan main nyaman dekat sekeliling boleh pula aku tak cukup nak bernafas.
Jantung ni pun satu. Ada Nik tu terus tak boleh nak berdegup dengan betul. Selama ni lancar je jantung ni berdegup.
Aku memerhati fasi yang menguruskan pendaftaran. Aku memandang kembali kearah tempat aku bertemu dengan Kak Aza dan Kak Bella. Aku melihat mereka masih lagi berbual. Sesekali Kak Bella memandang aku dan tersengih-sengih. Nak sakat aku la tu. Kak Bella Kak Bella. Pandanganku bertembung dengan pandangan Nik.
Haishh asyik bertembung dengan kau je. Tak da orang lain agaknya aku perlu bertembung.
Aku terus menumpukan kepada kerja yang perlu aku lakukan. Kebetulan ketika itu ada fasi yang memerlukan bantuan daripada apa aku.
Boleh tahan ramai juga yang menyertai kem ini. Aku dapat agak mesti lebih daripada target ni.
Tapi kami memang menyediakan keperluan lebih sekiranya peserta yang menyertai bertambah. Yelah kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...