Kembali menjadi student yang rajin menghadap assignment yang maha mengunung.Izzah masih lagi menetapkan pendirian untuk fokus pada pelajarannya. Khabar mengenai si 'dia' tiada yang membahasnya. Malahan abang ciknya turut sebolehnya mengelak dari menimbulkan cerita yang mengaitkan 'dia'.
Izzah sendiri turut tidak membangkitkan hal-hal mengenai 'dia'. Sebolehnya dia ingin elakkan perkara yang membabitkan 'dia'.
"Zah , kenapa ya manusia tak pernah puas dengan sesuatu perkara yang dia dah ada ? Dia asyik rasa tak cukup dengan apa yang Allah SWT kurniakan keatas dirinya." Tanya Farah ketika kami sedang duduk di cafe pada waktu petang. Sementara menunggu kelas yang seterusnya.
Selalunya kami akan duduk di cafe sambil memyiapkan assignment atau tugasan yang diberikan. Sambil-sambil perhatikan ragam-ragam manusia yang lalu sekeliling.
"Entah la. Aku pun tak faham kenapa manusia asyik rasa tak cukup dengan benda yang dia ada. Aku pun kadang tak faham dengan diri aku. Aku asyik rasa nak kasih sayang orang lain. Tapi aku dah ada kasih sayang ibu bapa yang membawa aku ke syurga. Malah aku ada kasih sayang rakan-rakan yang selalu membantu aku ketika susah. Tapi aku tetap rasa benda tu tak cukup untuk aku. Aku ingin rasakan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami dan kekasih halal dari Allah SWT. "
"Kalau difikirkan balik manusia memang akan rasa tidak cukup kerana tidak bersyukur dengan apa yang dia miliki. Aku cukup faham kenapa manusia tidak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Ini kerana dia telah diberikan semua pada awal kehidupannya sehinggakan dia terbiasa dengan apa yang dia ada. Dan ia menjadikan dia inginkan lebih lagi dari apa yang dia ada sekarang. Nampak orang lain ada benda yang dia tiada, dia inginkan benda yang sama. Ini menunjukkan dia tidak bersyukur dengan apa yang dia ada yang telah dikurniakan oleh penciptanya iaitu Allah Yang Maha Esa."
Balas Izzah dengan penuh perasaan. Kalau ia melibatkan dirinya yang dulu dia akan menjadi sangatlah penuh perasaan. Sebolehnya Izzah ingin melupakan dirinya yang dulu. Tapi Izzah tahu dia tak boleh melupakan 'Izzah' yang duhulu kerana disebabkan 'Izzah' yang dahulu la dia menjadi Izzah yang kuat seperti sekarang ini.
"Yup. Aku setuju dengan apa yang Izzah cakap." Balas Ira.
"Yup. Lagi dengan sekarang ni. Nampak orang ada kereta, kita pun nak kereta. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan . Lagi dengan ekomoni sekarang." Balas Azwa pula.
Izzah hanya mendiamkan diri dan terus memerhatikan keletah rakan-rakan sepejuangannya yang sedang sibuk mengejar masa untuk ke suatu tempat yang dituju.
"Zah, kau ada tergerak hati nak kahwin tak ?" Tanya Farah selepas melihat Izzah hanya mendiamkan diri tanpa mengulas lebih lanjut mengenai perkara yang ditimbulkan tadi.
"Kau dah kenapa ? Soalan apala yang kau timbulkan ni ?" Balas Izzah yang pelik dengan soalan yang diutarakan oleh Farah.
"Tak adalah. Takkan hati kau tak tergerak nak kahwin. Setiap manusia mestilah ada perasaan nak kahwin. Takkan kau tak ada pulak kan ."
"Memang la ada. Tapi aku malas nak fikir. Biarla dulu. Belajar aku pun belum habis lagi. Lagipun jodoh tak datang lagi." Balas Izzah sambil lewa dengan menyiapkan assignment.
"Eehhh. Sekarang ramai apa yang kahwin masa belajar ni. Elok je aku tengok. Lagipun jodoh kau datang apa ."
"Itu mereka yang boleh bahagikan masa . Aku tak pandai bahagikan masa-masa ni ." Alasan Izzah.
"And one more thing , bila pulak jodoh aku datang ni?" balas Izzah lagi.
Farah hanya tersenyum-senyum menampakkan barisan giginya yang putih. Sambil mengangkat keningnya sebelah kanan.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...