3 tahun kemudian.
Management and Science University"Izzah! Tunggu la aku. Kau ni kalau bab jalan mesti paling laju. Kalau kau masuk marathon ni. Aku confirm kau pasti dapat no1. Haishhh. Semput aku tahu tak? " panggil Azwa dengan kata-katanya yang dalam kemengahan.
"Dah habis dah bebelnya. Dah. Aku nak cepat la. Macam la kau tahu lepas ni kelas Prof.Nazri . Prof mana suka pelajar dia masuk kelas dia lambat. Aku malas nak dengar dia membebel je. " kataku mengenai prof pujaan ramai tu. Hensem tu boleh la hensem dan kaya boleh la kaya tapi dia jenis yang memilih tahu tak. Aku kena hadap dia selama 4 sem.Nak kata sombong tak la. Tapi dia tu... ada something pasal dia yang aku tak suka. Tapi aku pun tak tahu apa.
Ooo sebelum terlupa aku sekarang telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di MSU. Ada lagi dua sem untuk aku aku habiskan pelajaran aku. Sangat tak sabar nak habiskan pelajaran aku. Harhhh i can't wait anymore. Haha.
Aina dan Amirah pula masing-masing melanjutkan pelajaran keluar negara. Masing-masing dapat tajaan. Aku sebenarnya dapat jugak. Tapi tak sampai hati nak berjauhan dengan ibuku tersayang. Maklumla anak ibu yang tersayang. Haha. Balik kepada Aina dan Amirah. Mereka melanjutkan pelajaran di Mesir. Aina dalam bidang kedoktoran sama dengan aku. Manakala Amirah dalam bidang fisiologi. Harhhh!! Tiba+tiba rindu dia orang pulak. Dah lama tak jumpa. Hari tu last jumpa pun masa cuti sem. Tak habis lagi rindu sebenarnya. Haha
"Oii mengelamun je. Fikir pasal apa tu. Ha aku tahu ni mesti kau fikir pasal prof kesayangan hang tu kan ?" Gurau Azwa kepada ku.
"Haishhh sapa je yang jadi prof kesayangan aku tu. "
"Alaa prof.Nazri la."
"Heiii tolong sikit ye. Tak nak aku. Kau bagi free pun aku taknak lah. Dah la aku nak masuk kelas daripada aku layan kau yang tak betul ni. "Kataku sambil berlalu.
"Elehh yela tu cakap tak nak. Tapi dalam hati nak teramat sangat la. Hahaha" sindir Azwa.
"Bla la kau wa. Menyakitkan hati je. " kataku.
Sampai sahaja di pintu hall. Aku dapat rasakan prof dah sampai. Habis la aku kedengar dia membebel. Bisik hatiku. Ni semua Azwa punya pasal. Kata hati ku sambil memandang Azwa.Azwa yang ketika itu berada di sebelah ku turut memandang dengan muka takutnya. Haishh nasib kau la Izzah.
"Izzah! Azwa! Tak payah nak hendap-hendap dekat pintu tu. Masuk je la. " tegur prof.
Mati la prof dah nampak aku. Aku dengan perasaan takutnya menolak pintu hall. Izzah terima je la apa yang nak dikatakan oleh prof tu.
"Ha ni kena lambat pulak ni?" Tanya prof Nazri apabila melihat ku dan Azwa telah memasuki hall.
"Sorry prof kite orang ada masalah sikit tadi. Sorry again prof." Kataku sambil menunduk. Si Azwa di sebelah ku hanya mendiamkan diri dan menunduk memandang kakinya.
"Mermmm oklahh. Duduk tempat awak sana. Saya nak mulakan kelas ni." Katanya .
Aku dalam hati berasa aneh. Dah kenapa dengan prof hari ni. Selalunya kalau ada yang lambat masuk hall daripada dia mesti dia membebel. Hari ni tak pulak. Izzah orang dah tak membebel tu kira ok la tu. Daripada dia membebel kau nak dengar ke. Bisik hatiku.
"O..o..kk prof. Sorry again prof. " kataku sambil menundukkan sedikit kepala ku.
Aku dan Azwa terus berjalan ke arah tempat yang biasa kami duduki. Iaitu ditengah-tengah hall. Aku turut merasa pelajar-pelajar lain juga pelik dengan perangai prof hari ni. Tapi tak pe la. Tak perlu la aku nak dengar prof membebel . Hehe.
"Mermmm" balas prof ku.
"Okk kelas kita mulakan kelas kita hari ni. " mukadimah prof Nazri untuk memulakan kelasnya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Waktu tengah hari."Weii Izzah kau ada dengar cerita tak dekat u ni? " tanya Azwa kepada ku ketika kami sedang asyik makan tengah hari.
"Cerita apa? Penting ke aku kena tahu ke? " tanyaku pelik dengan soalannya.
"Entah kau dengar cerita pasal apa wa? " tanya Ira yang juga merupakan kawan rapat yang aku kenal ketika pendaftaran masuk ke sini. Ira ni ambil bidang pengurusan. Ira dan satu lagi kawan kami iaitu Farah. Mereka mengambil bidang yang sama.
"Takda la. Aku dengar ada hot story dekat u ni. " kata Azwa dengan nada berbisik dan menoleh sekelilingan. Dah kenapa la dengan dia ni.
"Hot sangat ke?" Tanya Ira. Farah yang dari tadi hanya mendiamkan diri memandang aku sambil mengangkat keningnya. Farah ni jenis yang tak minta gosip-gosip ni. Macan aku la. Haha.
"Ni kau orang tahu tak yang u kita ni ada anak kerabat diraja? Dan kau orang tahu tak kerabat diraja tu hensem gila. " kata Azwa dengan semangat tapi masih dengan nada yang perlahan.
"Tak! " kataku serentak dengan Farah. Halmaklumla aku dengan Farah jenis yang tak suka cerita pasal lelaki. Masing-masing pernah di kecewakan oleh lelaki.
Tiba-tiba aku rindukan dia pulak. Kau macam mana la sekarang? Adakah kau dah bahagia sekarang? Aku rindu nak bergurau, bersembang, menyakat kau yang tak reti kenal maksud mengalah. Izzah apa ni kata nak lupakan dia tapi kau masih lagi ingatkan dia. Hati kau tak tetap la zah. Please la kau tak boleh mudah mengalah. Kau perlu kuat hadapi semua ni. Kau dah dapat bertahan untuk 3 tahun. Apa salahnya kau bertahan untuk selamanya. Tapi apa-apa pun aku tetap doakan kau bahagia bersama pilihan hati kau. Bisik hatiku.
"Oii! Mengelamun pulak" tegur Ira.
Dengan menampar lengan ku yang gebu ni. Haha."Apa kau ni. Sakit tahu tak? Nak tegur pun perlahan la sikit. Boleh lebam lengan aku ni tahu tak?" Kataku dengan sakit hati. Dan menggosok lengan ku yang ditampar oleh Ira.
"Alololo bucuk bucuk. Meh aku usapkan. Sorry la. Tak sengaja. Kau mengelamun jauh sangat. Sampai aku tegur tak menjawab. Aku pukul la sikit bagi kau sedar. Sorry ye sayangku adik manis." Pujuk Ira kepadaku. Dia usap lenganku yang ditampar tadi sambil menujukku.
Dah la pujuk cara budak-budak. Ingat aku ni budak-budak lagi ke? Aku dah besar ok. Ni yang buat aku nak merajuk dengan dia. Boleh tahan jugak bekas tamparan dia dekat lengan aku ni. Sebenarnya takde la sakit mana. Saja nak manja-manja dengan Ira.
Eehh sejak bila pulak kak yong ni dah suka manja-manja ni. Wah kak yong dah jadi perempuan melayu terakhir la. Untuk pengetahuan kau orang kak yong yang dulu bukan la kak yong yang sekarang. Kak yong yang dulu jenis yang susah berinteraksi dengan kawan yang dia tak rapat tapi sekarang dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa. Tapi tidak pada lelaki. Aku jadi takut untuk berkawan dengan lelaki. Takut hati ini jatuh cinta sekali lagi dan menjadi seperti dulu. Cukup la sekali aku pernah menghadapinya. Aku tidak ingin merasai sakit itu sekali lagi.
Kak yong yang dulu tidak terlalu menitik beratkan keagamaan tetapi sekarang telah menitik beratkan tentang keagamaan. Terutamanya pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pakaiannya telah dilabuhkan. Walaupun dulu dia menutup aurat dengan hanya cukup berseluar panjang dan t-shirt. Sekarang aku kerap memakai jubah. Dan tudungku dilabuhkan lagi melepasi dadaku.
Kerja gila yang aku lakukan ketika sekolah menengah dulu telah aku tinggalkan ketika sekolah menengah.Tapi adala kadang-kadang buat kerja gila dekat kawan-kawan aku ni. Kadang-kadang la.Haha. Yela sekarang aku kena fokus di universiti untuk membanggakan ibubapa ku. Misi utama ku.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...