Sedar sahaja dari tidur ku. Aku melihat pemandangan yang cantik. Iaitu pokok-pokok dan tasik yang indah. Aku tahu kini aku berada di Tasik Shah Alam. Aku tertnya bagaimana aku boleh berada disini. Aku cuba mengingati nya.
Apabila aku mengingatinya. Aku terasa ingin menangis lagi . Tapi ku tahan kan agar aku tidak terlalu mengikut perasan ku yang sarat dengan rindu itu.
Aku melilaukan pandangan ku untuk mencari Farah. Aku dapat melihat Farah berada di tepi tasik tersebut.
Aku terus menuju kearah Farah."Rah buat apa dekat sini? " tanya ku sambil menepuk bahunya sedikit.
Aku dapat melihat Farah macam terkejut. Maybe aku terkejut kan nya dari lamunnannya."Sorry sorry tak sengaja. " aku meminta maaf.
"Mermm takpa lah. Aku je yang menung jauh sangat. " katanya dan terus memandang kearah tasik.
Aku pula terus duduk disebelahnya ."Cantiknya pemandangan dekat sini " kataku teruja. Yelah last pergi sini dengan keluarga. Ayah ajak joging. Satu family ikut. Abang long yang jenis kuat kerja pun ikut. Haha
Keluarga aku sekarang dah besar. Abang long dah berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki. Kakak ipar aku baru sahaja melahirkan. Tu yang aku balik rumah semalam. Bayi abang long sangat comel yang bernama Muhammad Izwan Farid. Arhh tiba-tiba rindu pulak nak gomol budak kecik tu. Tersenyum aku mengingati wajah anak buah ku yang comel tu. Nampaknya tiap minggu la aku balik tengok si comel tu. Abang long sekarang duduk dekat rumah ibu ketika kak long dalam pantang lagi.
Rindu dengan keluarga pulak. Hehe."Heii ! Menung " tegur Farah.
"Mermm takde la. Terkenang keluarga je.Rindu dia orang pulak. " balasku dengan senyuman.
"Alaa biasa la tu. Mermm...kau dah ok ke? " tanya Farah. Aku dengar dari nadanya macam serba salah.
"Maksud kau?" Tanya ku. Sengaja untuk bertanyakan lagi.Dengan memandang tasik tanpa menoleh ke sebelah.
"Pasal...'dia' la. Ok dah?" Tanya Farah.
"Okk la kot" kataku. Masih lagi memandang kearah tasik. Aku cuba untuk sembunyikan wajahku dari pandangan Farah.
"Izzah. Aku tak kisah kalau kau nak menangis lagi. Bahu aku sentiasa ada untuk kau. I always with you. Remember?" Kata Farah.
~Flashback~
Ya aku ingat. Kata-kata aku ketika Farah dah kesedihan sebab perkara yang aku alami sekarang. Farah dulu pernah bercinta sejak zaman sekolah menengah lagi. Tapi selepas mereka melanjutkan pelajaran yang berlainan universiti hubungan mereka mula renggang.
Satu hari tanpa dijangka mereka bertembung di Mid Valley Megamall. Ketika itu aku,Farah, Azwa dan Ira saja jalan-jalan. Tak sangka terserempak dengan Akim, bekas teman lelaki Farah dulu. Farah melihat Akim bersama seorang wanita yang cukup seksi. Farah terus menegur Akim. Aku hanya mengikut dibelakang Farah. Aku tidak sempat untuk menahan Farah. Akim nampak terkejut apabila dia melihat Farah disitu.
"Akim! Apa ni? " marah Farah. Suara dia kalau mengamuk memang boleh tahan.
"A..aa..p..aa a..wa..k bu..at de..kat sini? " tanya Akim dengan gagap. Habis la kau bro kantoi dah dengan Farah. Nasib hang la kena kali.Farah memang dah lama tahu pasal si Akim ni. Cuma dia takda bukti.
"Apa? Ni perempuan mana pulak ni?" Tanya Farah. Aku dapat lihat wajahnya yang bertukar menjadi kemerahan.
Si Akim dah tak tahu nak jawab apa. Ya la dengan muka Farah yang garang semacam je. Farah ni jenis yang tak suka marah tapi kalau dah marah mengalahkan singa jantan. Boleh dikatakan seram la jugak.
Perempuan dekat sebelah Akim macam dah tak senang duduk. Mata dia dah melilau-lilau kekiri kanan. Aku dah pelik kenapa dengan perempuan ni. Patutnya si Akim je yang perlu risau sekarang. Tapi perempuan ni pulak yang terlebih risau.
Bagi memendekkan cerita,Farah terus putuskan hubungan dengan si Akim. Tapi peliknya kenapa Farah cakap dia kecewa dengan perempuan tu. Ada apa-apa ke. Aku dah pelik je tapi tak berani nak tanya hanya mampu mendiamkan diri dan memandu ke rumah. Mungkin aku kena tunggu Farah lega baru bercerita.
Malamnya, Farah bercerita rupa-rupanya perempuan yang bersama Akim itu kawan rapat Farah sejak dari sekolah rendah lagi. Kawan nya telah menikam belakangnya. Kesian aku tengok Farah. Dah la kena tipu dengan lelaki lepas tu kena tikam belakang pulak dengan kawan rapatnya. Pada masa tulah, aku pujuk Farah. Tenangkan dia dengan kata-kata semangat yang aku sematkan dalam diri aku sebelum ni. Walaupun situasi aku taklah berat mana. Haha.
~End flashback~
"Oii menung. Betul la kata Azwa. Kalau kau tak termenung bukan kau la tu. " kata Farah.
Aku hanya mampu tersengih sahaja. Realiti hidup perlu la terima. Allah dah tentukan untuk setiap umatnya. Ya.
"Heii ok tak? Nak aku bawak kau balik pergi u ke? " tanya Farah.
"Gila. Taknak aku. Baik aku balik rumah je terus. Boleh la jugak tidur. Lagipun aku tak sedia lagi nak jumpa dia. " kataku. Diakhir percakapanku nada suara ku di perlahankan. Seperti aku cakap dengan angin sahaja. Tapi aku yakin Farah mesti dengar punya. Telinga diakan tajam. Haha.
"Merrm..so bila nak balik? Aku dah mengantuk ni. Tadi memang niat nak balik terus lepas makan tadi. Tapi tak tahu pulak ada tragedi yang bakal berlaku. " kata Farah.
"Sorry la. Aku memang tak boleh la tengok muka dia. " kataku sambil memandang Farah dengan rasa serba salah.
"Ala takpa. Aku gurau je tadi. Chill ok sis. Senyum la. Senyum la. Ha baru comel kawan aku ni. Haha " pujuk Farah.
Aku hanya membalasnya dengan senyuman bagi menyedapkan hatinya. Aku tak nak orang lain bimbang pasal aku. Biarlah aku yang rasa sakit ni sendiri. Aku dah biasa macam ni.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di rumah kami.Disebabkan rumah keluarga kami jauh-jauh. Kami menyewa disebuah rumah. Tapi sebenarnya bukan menyewa. Kami duduk dirumah yang bapa Farah belikan. Farah ni anak tunggal dalam keluarga. So bapaknya belikan rumah untuk anaknya taknak anaknya menyewa.
Yela bapaknya Farah tu bisnesman. Lepas tu harta nya semua mesti pergi dengan Farah. Itu juga adalah sebab Akim couple dengan Farah. Perkara itu menyebabkan Farah kecewa dengan semua lelaki. Dan kawan baiknya ketika sekolah dulu jugak pernah berkawan dengannya semata-mata Farah anak seorang bisnesman terkenal.Sehingga sekarang dia tidak percaya mana-mana lelaki dan sesiapa yang ingin berkawan dengannya. Tapi bukan kami. Haha.
Sesampai sahaja di rumah tadi, aku terus menuju ke bilik ku tanpa sedar bahawa Ira dan Azwa telah berada di dalam rumah tersebut.
Aku ingin memohon petunjuk daripada Allah. Apa yang perlu aku lakukan sekarang. Sungguh aku buntu. Antara kawan dan sayang yang berputik di hati ini. Aku rindu untuk berbual dengan dia seperti dulu. Tetapi dulu hanya di laman sosial. Sekarang aku perlu berhadapan dengan dia.
Aku tak sangka aku satu u dengan dia. Setahu aku dia sememang belajar di Shah Alam tapi bukan di MSU. Aku yakin itu. Sebelum ni dia ada bagitahu aku. Tapi macam mana dia boleh ada dekat sini? Dia tipu aku ke sebelum ni? Kenapa?
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...