Sem baru mula membuka tirai. Assignment semakin banyak. Makin penat dengan aktiviti kolej. Tapi tak apa demi segulung ijazah dan kegembiraan ibubapa yang paling aku sayang.
"Zah , minggu ni kan yang abang long kau nak buat majlis akikah anak buah kau ? " tanya Azwa pada ketika itu kami di hadapan televisyen dirumah sewa kami.
"Haah. Minggu ni. Kau nak balik dengan aku kan ? " kataku sambil mengunyah kacang.
Sungguh tak sopan anak dara cakap sambil makan. Mak mertua tengok terus reject . Buat malu je.
"Yup. Aku dah cakap dengan parents aku. Aku nak tidur rumah kau tau "
"Eehh apa ni balik tak ajak. Sampai hati " rajuk Ira yang baru turun dari biliknya.
"Tak payah nak merajuk sangat la. Aku dah cakap dari minggu lepas lagi. Kau yang sibuk sangat dengan buah hati kesayangan kau tu." Balasku .
"O..ye ke? Aku tak ingat." Katanya dengan menunjukkan barisan giginya dan jari telunjuk kanan dirapatkan dengan jari telunjuk kiri.
"Tula buzy sangat sampai tak ingat member. " rajuk Azwa.
Mula sesi pujuk memujuk antara mereka. Dah biasa sangat tengok mereka macam tu. Antara ukhwah yang paling aku suka tengok. Sejak dari mula masuk sini aku kenal dengan mereka. Kongsi suka dan duka bersama. Kandang ada yang konon-konon merajuk untuk bergurau antara satu sama lain. Yelah masing-masing buzy dengan pelajaran masing-masing. Walaupun masing-masing buzy ,kalau ada masa terluang kami akan berkumpul untuk berkongsi cerita masing-masing. Hubungan antara keluarga kami juga rapat.Apabila cuti panjang , kami akan memilih salah satu rumah keluarga antara kami untuk memenuhi cuti kami dengan penuh bermakna.Aku berharap kekeluargaan berkekalan hingga keakhirat.
"Yong,aku nak join tau?" ucap Ira.
"Join apa ? " sakatku.
"Ala tak lawak la yong. Aku nak join kau dan Azwa balik rumah kau.Ala aku nak ikut jugak. " rajuk Ira dengan mulutnya yang memuncung.
"Ehh bukan kau sibuk dating ke minggu ni." sakatku lagi.
"Ala jangan kak yong tak lawak la. Nak join jugak." pujuk Ira dengan muka kesiannya.
"Aku cakap 'tak ' pun kau mesti ikut jugak kan." kataku.
Biasa dah dengan Ira yang nak ikut jugak walaupun kau dah kata 'tak' beratus kali pun.Maklumla anak orang kaya jarang keluar sebab ibubapanya yang terlalu menjaga anak mereka walaupun mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing. Apabila Ira menyambung pembelajarannya kawalan ibubapanya berkurang. Tak semua keluarga kaya kita lihat bahagia seperti yang dipaparkan dalam televisyen.
Kami faham kenapa ibubapa Ira terlalu menjaga anak mereka kerana mereka takut anak mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral. Dengan semakin berleluasa aktiviti tersebut menyebabkan ibubapa diserang kebimbangan akan keselamatan anak mereka. Oleh itu,kita sebagai anak kita kena faham perkara yang dilakukan oleh ibubapa kita adalah untuk kebaikan kita.Suatu hari nanti kita juga akan menjadi ibubapa.
- - - - - - - -- - - - -- - - -- - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - -- -- - -- - - -
RUMAH KELUARGA IZZAH
Malam sebelum majlis akikah anak buah Izzah, semua sibuk meyiapkan persiapan untuk esok. Pelamin untuk baby juga sedang dipasang oleh dixsyaa.co yang merupakan pereka hiasan yang paling menjadi rebutan orang-orang untuk mendapatkan khidmatnya.Pengasasnya yang masih muda lagi dah berjaya menjadi antara pereka yang terkenal. Walaupun pengasasnya masih lagi belajar. Antara contoh yang perlu diikuti oleh golongan muda. Dalam dia belajar dia juga membuka bisnes.
"Adik dah siap packing ? " Tanya ibu yang baru keluar dari dapur selepas bersembang dengan makcik-makcik saudara.
"Lagi sikit bu. Kenapa ?" balasku dengan tangan ligat menyiapkan doorgift untuk esok.
"Tak adalah . Nampak rancak sembangnya. Sampai ke belakang dengarnya." balas ibu sambal duduk disebelah Izzah.
Izzah hanya tersenyum dengan kata-kata ibunya.
"Ni ibu kita orang cerita lepas ni siapa pulak yang nak naik pelamin.Tengok pelamin depan tu semua anak dara dah pasang angan-angan nak pelamin macam mana nanti." balas Kak Anim aka kak long aka bini abang long.
Izzah yang mendengar kata kak longnya hanya mampu tersenyum. Lainla budak dua ekor tu,iaitu si Ira dengan si Azwa.Pantang orang cerita pasal kahwin tersengih-sengih.Kalau boleh senyum tu nak kena sampai ke telinga. Lain la Izzah kalau orang bercerita pasal kahwin hanya mampu senyum dan diam je. Lagi-lagi kalau ada yang tanya bila nak kahwin. Memang tak boleh nak kata apa la. Bukan tak berminat nak kahwin ye, tapi biarlah dah habis belajar dan mempunyai kerjaya yang stabil untuk membina rumahtangga yang stabil.
"Siapa yang nak naik dulu? Adik ke ?" Tanya ibu sambil melirik ke arah Izzah.
"Apa ibu ni.Tak nak la,adik.Belajar pun belum habis lagi." kata Izzah.
"Eleh yela tu.Sebenarnya tak sabar nak naik pelamin tu." usik Azwa sambil tangannya menyenggol tangan Izzah yang sedang menyiapkan packing doorgift.
Izzah yang terasa rimas dengan senggolan tangan Azwa hanya menjeling kepada Azwa.
"Entah,Yong . I know you la." sakat Ira pula.
Terus Izzah menjeling Ira pula.
"Kaurang jangan macam-macam ye.Tak ada maknanya aku tak sabar. Kalau aku nak naik pelamin sangat, aku naik pelamin depan tu pun boleh apa.Pelamin juga la kan. Lagipun,abang ngah dan abang cik pun belum lagi." balasku panjang lebar agar mereka faham.
"Ibu tak kisah kalau adik nak naik dulu dari abang ngah dan abang cik. Ibu nak jugak merasa menantu lelaki." balas Puan Rohayah,ibu Izzah.
"Bu~ tak nak la. Adik nak belajar lagi." Air mata yang tertahan sejak tadi ditahan agar tidak mengalir dan dilihat oleh ibunya dan rakan-rakannya.
"Yela. Ibu main-main jela.Dah dah." balas Puan Rohayah sambil memeluk anaknya.
Puan Rohayah rasa serba salah menyebabkan anaknya begitu. Sepatutnya dia lebih memahami anaknya selepas yang dilalui oleh anaknya sebelum ini. Puan Rohayah memeluk anaknya dan menenteramkan anaknya.Rasa serba salah yang semakin menebal dalam diri menyebabkan Puan Rohayah menyalahkan dirinya yang telah menyebabkan anaknya menangis sehingga sebegitu sekali. Sepaptutnya dia tidak mengungkit perkara yang telah berlalu.
Hati ibu mana yang tidak sakit melihat anaknya menangis disebabkan oleh dirinya sendiri. Seorang ibu semestinya ingin melihat anak mereka gembira bersamanya.Disebabkan itulah, syurga seorang anak berada dibawah telapak kaki ibunya.Walaupun anak tersebut seorang lelaki mahupun seorang wanita. Hargailah ibu masing-masing semasa mereka ada disisi.
Maafkan ibu, sayang.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...