19

51 2 0
                                    


Kira-kira pukul 11 pagi, kesemua peserta telah siap mendaftarkan diri. Peserta yang menyertai kem ini bertambah ramai. Nasib baik prof cakap siap sedia dari awal takut ada penambahan peserta.

Kesemua peserta diminta berkumpul di padang untuk sesi perasmian oleh pihak penganjur. Dimulakan dengan baca doa yang dibimbing oleh Nik.

Suaranya sungguh menusuk kalbu. Syahdu mendengar bacaan doa dia.

Selepas sahaja menghabiskan bacaan doa, program diteruskan dengan ucapan dan kata-kata perasmian oleh pihak penganjur. Selepas sahaja program dirasmikan, program diteruskan dengan sesi pengenalan.

Sesi ini yang akan mengendalikannya adalah aku dan Nik. Sesi dimulakan dengan pengenalan para-para fasi. Belum apa-apa aku dah kena bahan dulu dengan budak-budak ini. Soalan semua merapu nak mengenankan aku dengan si Nik.

"Akak dengan abang ni ada apa-apa ke? "

"Couple ye?"

"Baju sama? Kasut sama? "

"Bila nak langsung bang kak? "

Berbagai lagi jenis soalan yang ditanyakan. Aku dengan muka merah penuh malunya hanya menunjukkan muka yang kononnya garang supaya mereka takut. Tapi makin giat pula mereka membahan aku dan Nik.

"Mermm.. dah tak payah nak buat cerita mengarut sangat la. Kalau ye pun abang dengan akak Izzah ada affair kenapa? Kaurang jeles? " Nik pula melayan soalan mereka tu.

Haihhh makin merah la muka aku. Dengan fasi-fasi lain turut ketawa dengan soalan-soalan dari peserta dan kata-kata balas daripada Nik.

Memang aku dijadikan bahan la ni.

Aku mengalihkan perhatian mereka kepada sesi yang sepatutnya dilakukan. Sesi diteruskan dengan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh dua orang fasi iaitu lelaki dan perempuan.

Fasi yang menguruskan setiap aktiviti yang dilakukan dikecualikan daripada membimbing setiap kumpulan.

Apabila selesai pembahagian kumpulan. Peserta dibenarkan untuk membuat kerja sendiri. Kumpulan yang ditugaskan menjadi kayu api memulakan tugasnya dan dibimbing oleh fasi masing-masing.

Kem kali ini kami hanya menggunakan dom sahaja. Yelah takkan la nak dirikan khemah dengan bilangan peserta yang ramai ini. Tapi aku kalau boleh nak mereka rasa tidur di khemah macam mana. Tapi tak apalah mungkin bukan rezeki.

Selepas itu,kesemua peserta dilepaskan untuk mendirikan solat jamak secara berjemaah. Imam yang bakal membimbing solat sepanjang mereka berada disini adalah dalam kalangan mereka sendiri. Yelah bagi memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi imam. Supaya mereka dapat merasai menjadi seorang imam. Dan ini merupakan langkah untuk mereka perlu bersedia menjadi imam di masa hadapan.

Sebelah petangnya, mereka dibenarkan untuk berehat dan bersiap sedia untuk di kerjakan oleh para fasi pada sebelah malamnya.
Hahaha.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Selepas menunaikan solat Jamak secara berjemaah mereka di minta berkumpul di ruang makan untuk makan malam. Masa inilah untuk melihat siapa yang menepati masa. Setiap kem yang diadakan semestinya mengutamakan ketepatan masa. Mengajar manusia supaya menenepati masa kerana masa itu emas. Kita perlulah menghargainya.

Aktiviti pertama malam itu adalah aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan akan berkumpul untuk membincangkan nama kumpulan, bendera kumpulan,cheers kumpulan dan persembahan yang akan dilakukan pada malam terakhir kem tersebut. Pada masa yang sama diadakan sesi ice breaking antara ahli kumpulan.

BestfriendWhere stories live. Discover now