25

20 0 0
                                    

Malam yang terasa sunyi.Izzah memerhatikan bintang-bintang diberanda biliknya.Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.Macam mana 'dia' boleh ada datang sini? 'Dia' kawan abang cik ke? Kenapa masa aku nak lupakan kau, kau muncul balik? Sungguh aku terasa Allah sedang menguji aku. Aku perlu tabah dan sabar dengan dugaan ini.

"Haii makwe. Termenung jauh nampak." sapa abang cik diberanda biliknya yang bersebelahan bilikku.

Izzah tidak membalas sapaan abang cik nya kerana marah dan malu dengan abang ciknya.

"Merajuk ke makwe?" tegur bang cik lagi.

"Sombong ya."

"Merrmmm...Nampaknya kena cakap dengan pokok dan bintang-bintang la jawabnya.Dah tak ada orang yang nak layan." rajuk abang cik pula.

"Pokok,pokok, pokok nak tahu tak tadi ada orang tu yang tak tahu malu tenung anak teruna orang. Lepas tu kan, kena tegur dengan orangkan sampai gagap.Bawa dulang pun sampai nak jatuh tengok anak teruna orang.Siap curi-curi tengok lagi.Handsome sangat anak teruna orang tu ye."

"Hensem jugak kan kawan abang cik tadi. Dah la hensem,bijak pula tu.Ramai peminat pun boleh tahan.Untung la siapa yang jadi bini dia nanti.Tu yang sampai ada yang terpegun tengok kehandsomemannya kan?" kata abang cik lagi setelah tidak dilayan oleh adiknya.

"Bising la abang cik. Pergi la masuk sana.Pergi buat kerja sana selalunya ada kerja je kan." halau Izzah dengan disertakan sindiran terhadap abang ciknya.

"Aikk marah bebenor nampak. Kalau marahkan sebab lain jangan disalahkan benda yang tak ada kena mengena." balas abang cik sambil matanya melilau melihat kepekatan malam dan sesekali menjeling adik kesayangannya yang dari tadi tidak menoleh kearahnya langsung.

Izzah hanya menjeling abang ciknya.Dia malas nak membalas kata-kata abang ciknya. Dia dah penat dengan kejutan petang tadi.Abang cik yang tahu adiknya tidak mahu melayannya turut diam menikmati angin malam yang sejuk.

"Dia kawan abang cik masa dekat matrikulasi dulu."kata abang cik sambil menongkat kedua lengannya diatas penghadang diberanda biliknya.

Izzah terkejut tiba-tiba abang ciknya menyebut perkara petang tadi.Dia cuba menyembunyikan riak mukanya.Izzah ingin mengetahui apa yang berlaku kepada 'dia' yang menyebabkan 'dia' mendiamkan diri.

"Abang cik tak tahu pun dia tu kawan adik.Masa kenal dia pun abang tahu dia tu kaki perempuan. Asyik tukar-tukar makwe.Abang nak tegur rasa serba-salah.Sampaila suatu hari tu dia betul-betul jatuh cinta dekat seorang perempuan dekat matrik .Abang nampak dia sayangkan perempuan tu sangat.Boleh dikatakan setiap masa berchat la.Sampai solat dilambatkan.Sepanjang masa dengan telefon sahaja, Assigment yang dibagi kalau tak last minit siapkan tak sah.Abang dah tak kenal dia macam masa kali pertama berkenalan dengan dia.Sampai la result dia menurun dari hari ke hari.One day, abang tergerak hati nak tegur dia dengan sikap dia yang dah berubah tu.Mula-mula memang la dia mengamuk yela orang tengah hangat bercinta semua benda yang orang tegur nampak tak betul." diakhir katanya dia ketawa.

"Tapi, abang nampak dia banyak termenung dalam beberapa hari tu. Abang cuba tegur kenapa.Rupa-rupanya dia dah putus dengan perempuan tu sebab perempuan tu tipu dia.Dia kata perempuan tu sengaja jatuh cinta dekat dia sebab perempuan itu dicabar dengan  kawannya untuk kenakan dia.Yang lebih menyakitkan hati perempuan itu adalah saudara belah bapa dia.Tiap kali perjumpaan keluarga mereka akan berjumpa.Dia tak tahu nak buat apa.Masa itulah abang ingatkan dia tentang apa yang sepatutnya dia buat dari dulu.Ingat balik siapa dia yang dulu sebelum dia jumpa perempuan itu dan selepas dia jumpa perempuan itu.Dan disebabkan itu lah, hubungan persahabatan kami kian kuat.Sepatutnya abang lebih cepat menegur dia tapi sikap abang ingin menjaga hati orang sebenarnya adalah syaitan yang menghasut agar membiarkan kawan abang terus hayut dengan perkara yang sia-sia." keluhan berat dilepaskan.

Aku tahu abang cik masih berasa serba-salah terhadap perkara tersebut kerana aku dapat mendengar keluhan yang dilepaskan oleh bang cik.Kuat jugak persahabatan mereka.Aku tak pernah tahu pun mereka mempunyai hubungan sebegitu.Memang la abang cik ada cakap dia ada kawan baik yang selalu dating kerumah.Malahan aku baru tahu ibu dan ayah juga pernah jumpa dengan kawan baik abang cik itu. Cuma aku sahaja yang tak jumpa-jumpa. Katanya tiap kali dia balik mana aku nak ada dekat rumah.Ye ye sahaja. Dah mereka yang balik masa aku tak ada buat apa.

Tapi kalau aku ada masa itu, aku nak buat apa? Boleh ke aku move on dengan dia ada dekat situ? Kalau dia ada ketika aku ada disitu adakah aku akan luahkan apa yang aku rasa ketika itu? Cukup ke masa yang ada untuk aku berubah? Kalau aku tahu dari dulu, aku tidak akan menjadi seorang Izzah seperti yang sekarang.

"Cuma sejak abang cik kerja je kitaorang dah jarang berjumpa.Yelah masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.Abang cik dengan kerja abang cik.Dia dengan PHD dia.Masa dia sambung belajar,ada la jugak dia ajak abang cik sambung sekali cuma abang cik tak.Dah ada kerja tetapkan tak kan nak lepaskan.Lagipun ibu dan ayah tak ada yang jaga.Abang long dengan family dia,abang ngah tengah hangat bercinta mana nak melekat dekat rumah,adik pula dengan belajarnya.Lagipun adik duduk dekat asrama susah nak keluar lagi.Kalau ada assigment lagi susah.So,better abang cik kerja adalah jugak masa dengan ibuayah."

"Sorry." balas Izzah.

"Kenapa?" Tanya abang cik pelik melihat aku meminta maaf.

"Yela, pasal sikap adik petang tadi.Adik terkejut sangat tadi.Sampai salahkan orang lain,walaupun itu salah adik sendiri sebenarnya." kata Izzah dengan serba salah.Kepalanya ditundukkan tanda serba salahnya.

"Tak adalah.Adik tak salah. Abang faham.Abang cik sepatutnya tahu reaction adik sejak mula lagi macam mana.Tapi hati abang degil nak jugak bawa dia jumpa adik." kata abang cik lagi.

"Kejap. Abang cik dah tahu ke? Sejak bila ni?" Tanya Izzah pelik.Patutla abang cik relaks sahaja dengan perubahan perilakunya tadi.

"Adik tu satu-satunya adik abang ok.Mestila abang cik tahu siapa adik berkawan,siapa yang buat adik ketawa,gembira dan yang paling penting,yang buat adik abang sedih berbulan-bulan.Lagipun adik satu-satunya adik perempuan abang cik" kata abang dengan senyuman kacaknya.

"Abang ni saja je kan nak buat adik menangis.Nasib baik abang cik jauh kalau tak dah peluk dan cium-cium je." balas Izzah yang terharu dengan apa yang dibuat oleh abang ciknya.Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua kepipinya.Air mata terharu atas keprihatinan abangnya.Walaupun jarang berbual sejak belajar jauh ini,abangnya tetap memerhatikan dan mengambil berat atas keperluan dirinya.

"Tak nak peluk abang cik ke?" suara abang cik yang bertanya terasa dekat dan Izzah dapat melihat abang ciknya berada dihadapannya iaitu diberanda biliknya.Terus dipeluk abang cik kesayangannya.Semua tangisannya dilepaskan didada abang ciknya.Abang cik membalas pelukan adiknya dan mengusap rambut adiknya bagi menenangkan adiknya.

"Kejap abang long dengan abang ngah pun tahu ke?" Tanya apabila tersedar perkara tersebut.

"Mestila kita orang tahu.Sesibuk kita orang,kita orang mesti tahu pasal adik kita orang ini." Kata abang long yang Izzah baru perasan di dalam biliknya.Disebelahnya turut ada abang ngah yang memerhati sambil memeluk tubuhnya dan tersenyum.

Izzah terus berlari kearah abang-abangnya. Dipeluk abang-abangnya dalam satu pelukan.Sungguh dia terharu dikurniakan abang-abang seperti mereka.Ya Allah terima kasih atas kurniaan ini.Sungguh aku bersyukur atas kurniaanMu ini.Mereka berpelukan kesedihan dalam kegembiraan.Selepas semuanya sibuk dengan keduniaan dan malam itu mereka bercerita mengenai kehidupan masing-masing dan mengenang zaman kanak-kanak mereka. Malam yang dipenuhi oleh gelak tawa gembira adik beradik yag saling sayang menyayangi antara satu sama lain.Semoga kasih sayang antara mereka adik beradik berkekalan selamanya.

Kasih seorang abang untuk memastikan adik perempuannya bahagia dan tersenyum.Sanggup berkorban untuk memastikan adik permpuannya bahagia.Satu-satunya adik perempuan.Kasih yang tiada ganti selepas ibu dan ayah.Semestinya seorang abang sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan adik perempuannya.Beruntung siapa yang memiliki seorang abang.Hargaila mereka selagi mereka ada disisi yang dikasihi.

BestfriendWhere stories live. Discover now