"Weii weii tengok tu. Tengok la." Kata Ira sambil menampar-nampar lengan aku supaya melihat benda yang di tunjukkan.Tengah elok-elok makan dia pulak tampar-tampar lengan aku ni. Nasib baik aku tak tercekik. Tadi dah tampar lengan aku. Ni tampar lagi. Lengan aku memang tempat untuk dia tampar je ke. Sakit tahu tak. Sebel hati ku.
"Kau boleh tak jangan nak pukul lengan aku je. Lebam kang kau yang kena ganti kang. Sakit yang tadi baru nak hilang kau tambah lagi. Habis lebam tangan aku yang gebu ni. Habis mas kahwin aku tahu tak? " kataku dengan marah. Tak la marah sangat hanya marah-marah sayang je.
"Alaa sorry la. Aku tak sengaja. Lagipun aku nak sangat kau tengok mesti kau cair punya. Sorry laa." Kata Ira sambil memujuk ku.
"Yela. Kalau ye pun tak payah la nak kuat sangat. Sakit tahu tak " kataku dengan masih menggosok lengan ku yang ditampar tadi.
"Okk aku dah minta maaf kan. So sekarang kau boleh fokus tak dengan apa yang aku nak tunjuk kan ni? " kata Ira dengan nada suara yang mungkin sakit hati dengan bebelan ku tadi.
"Yela apa nya " kataku dengan menghadap muka Ira. Farah dan Azwa yang dari tadi memerhatikan pertelingkahan antara aku dan Ira hanya mendiamkan diri kerana mereka faham akan perangai aku dan Ira macam mana.
"Tu kau nampak tak lelaki yang pakai kemeja putih yang lipat lengan bajunya tu? " arah Ira sambil menujukkan arah yang dimaksudkan.
Aku terus memandang Ira."Kau fikir dia seorang yang kau tunjuk tu pakai kemeja putih? Ada jugak yang kena debik dengan aku karang " kataku
"Okk okk sorry. Tu yang dengan Haris tu. Satu meja dengan Haris tu. Nampak tak? " tanya Ira lagi. Haris adalah kawan kepada Ira dan Azwa. Katanya dulu satu sekolah. Boleh dikatakan dia orang rapat la jugak dan lepak bersama-sama. Aku kadang-kadang je join dia orang. Sebab dah tak biasa dengan lelaki untuk duduk satu meja. Kalau ada lelaki yang duduk satu meja memang aku terus ajak Farah bangun cari meja lain. Serik tahu tahu tak. Walaupun dulu tak pernah jumpa. Kalau ada kerja dalam kumpulan campur memang tak boleh nak dielakkan la. Aku hanya mampu menahan perasaan sahaja.
"Ohh my seriously ?" Tanya Azwa yang dari tadi melihat gerangan yang dimaksudkan oleh Ira itu. Aku pula masih lagi mencari gerangan tersebut.
"Serious aku cakap tengok depan-depan lagi hensem rupanya. Dah la kerabat diraja. Owhh kalau jadi laki aku ni. Mahu aku tak kasi orang lain tengok dia. Aku kurung dia dalam bilik je. Haishh " sambung Azwa.
"Tu la yang aku maksudkan dari tadi. Hensem sangatkan wa. Memang cair terus hati kau. Huhu " kata Ira pula.
Aku yang mendengar dah geli geliaman. Tolong la lelaki je kot . Aku masih lagi mencari gerangan yang Ira dan Azwa sibuk katakan itu. Kemeja putih......duduk dengan Haris....Haris.... ohh dah jumpa Haris. Ok sekarang kemeja putih lengannya dilipat. Aku melihat seorang demi seorang dimeja itu. Ok dapat kemeja putih aku mula memandang keatas untuk melihat wajahnya yang dikatakan kegilaan budak-budak u aku ni.
Tiba-tiba... aku dapat merasakan nafs ku terhenti. Aku rasa macam tak cukup oksigen untuk bernafas. Aku terus memerhati wajah itu tanpa disedari tuannya. Ya allah. Aku lafazkan dalam hatiku.
Apabila tuan punya badan menoleh kearah ku . Aku terus menghadap ke hadapan. Sungguh aku masih terkejut dengan apa yang aku lihat. Aku tertanya-tanya. Macam mana dia boleh sampai sini. Bukan patutnya dia ada di Terengganu je ke? Izzah masa tu kan dia nak melanjutkan pelajaran. Haah la. Dekat mana ya dia melanjutkan pelajaran. Selangor. Yup selangor aku pasti. Tapi bukan ke dia masuk universiti lain. Tak silap aku swasta punya kan. Macam mana dia boleh ada dekat sini. Ya allah . Bisik hati ku.
Aku hanya mampu menunduk kan kepalaku. Aku sungguh terkejut dengan perjumpaan yang tidak ku sangka-sangka. Selama 3 tahun aku menuntut disini aku tidak pernah melihatnya. Sungguh Ya Allah.
"Oiii menung apa tu zah. Kau dah nampak gerangan yang aku maksudkan kan? " tanya Ira.
"Oii menung lagi dia ni. Kau kenapa nampak hantu ke? " tanya Azwa pula.
"T..a.. k." Kataku dengan gagap.
"Dah tu kau nampak apa. Muka pucat kenapa. " kata Azwa.
Aku mengengam tangan ku. Aku menarik nafas ku untuk menenangkan perasaan ku yang gundah- gelana ini.
"Aku nampak dia " kataku sambil memandang Farah. Farah tahu siapa yang aku maksudkan. Kerana aku pernah bercerita pasal 'dia ' kepada Farah.
"Siapa 'dia ' tu? " tanya Ira dan Azwa serentak. Aku memang pernah bercerita tentang masalah ku dulu kepada mereka. Mungkin Ira dan Azwa lupa. Tapi Farah tidak. Aku yakin. Kerana kami pernah melalui perasaan yang sama.
"Betul kau nampak dia? Bukan hanya mainan perasaan kau? " tanya Farah bagi mendapatkan kepastian.
Aku hanya mengangguk tanda balasan terhadap pertanyaannya. Aku mengabaikan pertanyaan Ira dan Azwa. Kerana aku masih fokus terhadap Farah. Dan aku masih ada dalam keadaan terkejut.
Farah pula mengusap tangan ku bagi memberikan kekuatan. Dia la kekuatan ku masa ini. Sungguh aku takut 'dia' sedar akan kehadiranku di sini.
"Eehh ehh dia pandang la. Hensemnya la. Ehh zah dia pandang kau la. Perhhh tenungan dia tajam gila." Kata Ira.
Kata-kata Ira membuatkan aku takut. Aku belum bersedia nak jumpa dia lagi . Sungguh aku tak bersedia lagi.
Genggaman tanganku dan tangan Farah, aku kuatkan. Aku memandang Farah."Rahh. Balik jom. Please." Kataku dengan muka kesian.
"Ok jom " kata Farah lalu menarik tangan ku.
"Eehh nak pergi mana tu? " tanya Azwa.
"Aku nak hantar Izzah balik. Dia tak sihat pulak tiba-tiba. " kata Farah bagi pihak aku. Aku dah tak berdaya nak berada disitu dan bercakap.
"La tadi kata nak pergi jalan-jalan. " kata Ira dengan nada kecewa.
" Sorry la. Lain kali la kita pergi. Wa kau balik dengan Ira tau. Aku nak bawak Izzah balik. Bye. " kata Farah sambil menarik tangan ku. Aku hanya menundukkan kepala ku sahaja dak mengikut arah Farah menarik tangan ku. Sungguh aku tak berdaya.
Sepatutnya kita orang naik satu kereta. Tapi Ira dengan Farah balik kampung minggu lepas. Azwa pulak kampungnya memang satu hala dengan rumah aku. So pagi tadi kita orang datang sama. Ira pula bawa Farah dari kampung. Kampung dia orang dekat la jugak.
Sorry wa ira. Aku tak pasti aku dapat bertahan lebih lama dekat situ. Kalau aku lebih lama dekat situ. Kemungkinan dia boleh tahu aku ada disitu. Aku belum bersedia berjumpa dengan dia. Aku tak kuat. Walaupun aku rindu sangat nak jumpa dia. Sorry wa ira. Bisik hati ku yang serba-salah.
Sampai sahaja di kereta aku terus menghamburkan tangisan ku. Tangisan yang ku tahan selama ini. Sembunyikan disebalik senyuman ku, kegembiraan ku. Sedih yang hanya aku tanggung selama ini. Rindu yang terpendam. Sesak dada ku.
Farah pula hanya mendiamkan diri melihat tangisan ku yang jarang aku tunjukkan kepada sesiapa. Farah hanya mendiamkan diri dan memandu ke destinasi.
Aku hanya menangis dan terus menangis melepas lelah yang sarat dia dadaku. Aku tidak langsung terfikir kemana arah kereta ku yang dibawa oleh Farah. Aku hanya menangis sehingga penat dan tertidur di tempat sebelah pemandu.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...