Pagi yang sibuk dengan majlis akikah Muhammad Izz Ammar. Muhammad Izz Ammar yang membawa maksud yang terpuji,kekuatan dan yang kuat imannnya. Nama diambil sempena anak muda yang telah menghidupkan semangat jihad ke jalan Allah dalam golongan anak muda selepas beliau dijemput oleh Allah SWT. Semoga Muhammad Izz Ammar dapat menjadi seperti Ahmad Ammar yang telah berjihad ke jalan Allah SWT pada usia yang sangat muda dan dijemput oleh sang Pencipta juga pada usia yang sangat muda.Selepas arwah meninggal dunia,kehidupannya semasa hidup dijadikan pendorong untuk golongan muda mengikuti jejak langkah arwah.Semoga arwah ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman.
Tetamu mula memenuhi halaman rumah ibubapa Izzah yang dilitupi dengan beberapa buah khemah. Rombongan marhaban turut memenuhi ruang tamu rumah bagi majlis cukur jambul.
"Adik panggil kak long dalam bilik. Tadi katanya nak tukar baju Izz. Tetamu dah ramai ni." tegur abang long yang menyambunt tetamu ditemani oleh Puan Rohayah dan Encik Shahrul,ayah.
'Tok tok tok'
"Kak long dah siap ke ?" Tanya Izzah sambil membuka pintu bilik kak long.
"Belum lagi la,dek. Baru bagi susu ni ha.Tetamu dah ramai ke dek?" balas kak long yang gelabah menyiapkan anaknya.Izz yang diletakkan diatas katil hanya tersengih-sengih sambil menghisap tangannya.
Izzah hanya tersenyum dan berjalan ke arah anak buahnya. Dia tidak ingin membalas pertanyaan kak longnya kerana takut kak longnya makin kelabah untuk menyiapkan anaknya. Izzah mendekati anak buahnya dan memberikan ciumman yang bertalu-talu di pipi gebu anak buahnya. Izz yang tahu mamanya ingin menukar bajunya mula tidak reti duduk diam. Mula berpusing dan bergerak apabila mamanya mencapainya.Izzah yang melihat terus memengang anak buahnya dan dicium-cium.Izz terus terdiam. Nampak aura 'kakyong' masih ada lagi pada Izzah. Jangan kata orang sebaya je yang terdiam tetapi bayi pun boleh terdiam.
Majlis mula berjalan dengan lancar.Sanak saudara ramai yang membantu. Itula gunanya sanak saudara yang ramai.Azwa dan Ira turut membantu.Walaupun takat pass doorgift kepada tetamu yang hadir . Pun boleh la kawan.Apabila beransur ke petang tetamu mula berkurang yang datang pun cuma kawan abang long,abang ngah dan abang cik. Kalau dah kawan abang long,abang ngah dan abang cik yang datang memang kena masuk dalam la jawabnya.
"Adik abang long mana ?" Tanya abang cik kepada Izzah yang sedang bersembang bersama Azwa dan Ira diruang tamu rumah.
"Dalam bilik rasanya.Kenapa ?" Tanya Izzah.
Aku masih tak perasan belakang abang cik ada kawannya. Mata hanya fokus dekat abang cik sebab abang cik hari ni handsome sangat dengan baju melayu yang berwarna biru cair.Walaupun abang ngah pun pakai baju melayu warna yang sama.
Aku terasa lenganku disenggol oleh Azwa yang duduk disebelahku. Aku buat tak tahu sahaja. Makin dibiarkan makin kuat pulak Azwa menyenggol lenganku.
"Kau nak apa,wa ?" marahku kerana asyik disenggol sahaja dari tadi dengan Azwa.
"Ta..k..a..kkk..ku.." takut-takut Azwa membalas dalam keadaan berbisik.
"Kau dah apahal tergagap-gagap ni? Sebelum ni elok je." Kataku pelik melihat perilaku Azwa. Sempat aku menjeling Ira yang berada di hadapan aku turut seperti Azwa yang terkejut dengan apa yang mereka lihat.Disebabkan bengang dengan perilaku mereka seperti itu, aku turutkan juga melihat kearah yang mereka lihatkan.
Dapat dilihat oleh Izzah 'si dia' yang berada dibelakang abang ciknya.Masa bagaikan terhenti dengan tiba-tiba. Berbagai persoalan berlegar difikiran Izzah.
Macam mana dia boleh ada dekat sini? Rasanya aku tak hebahkan dekat kawan-kawan universiti melainkan yang rapat dengan aku sahaja. Nak katakan dia rapat dengan aku pun tidak. Nak rapat apa jadah, cakap depan-depan pun tak pernah. Melainkan masa uruskan kem itu hari.Itu pun berapa kerat ayat sahaja. Kejap. Abang cik cakap tadi kawan dia nak jumpa abang long.Takkan la dia tu kawan abang cik. Sejak bila pulak kau kawan dengan bang cik ni,Nik?
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...