21

22 3 0
                                    

Pagi

Kesemua peserta telah berkumpul setelah mereka diberikan masa untuk bersiap selepas solat subuh.

Aku dan Azwa mula memastikan kesemua peserta perempuan turun ke tempat berkumpul. Aku turut memastikan semua suis ditutup.

"Zah,kadang kan aku rasa macam cemburu sikit dengan kau tahu tak. " kata Azwa sambil  ibu jarinya dan jari telunjuknya dirapatkan yang menunjukkan 'sedikitnya'.

Aku kehairanan dengan kata-kata Azwa. Sebelum ni tak ada pulak dia cakap cemburu bagai ni. Setahu aku aku tak kacau dia punya pakwe ke apa.

"Kau dah kenapa? Sebelum ni elok je? Kau sakit ke ?" Tanyaku pelik.

"Tak adalah. Aku jealous tengok kau dengan Nik." Kata Azwa dengan muka konon sedih.

"Dah apa hal pulak kau ni." Aku makin pelik dengan perangai si Azwa ni sejak sampai kem ada je yang nak disakatnya aku.

"Yelah. Tengok sana " kata Azwa sambil memuncungkan mulutnya menunjukkan arah yang ditengoknya.

"Alahaii. Sweetnya kaurang. Cakap je tak ada apa-apa. Tapi dalam diam baju asyik matching je. Dah berjanji ke malam tadi. Ye ye cakap malam tadi tak suka bagai. Ni tengok hari ni. Dari atas sampai ke bawah sama." Sakat Azwa.

Aku dah tak boleh nak terkata. Malu aku cuba sembunyikan. Sah muka aku nampak merah. Sebab aku dapat dengar ketawa Azwa.

Macam mana boleh sama. Kau menempah bala lagi la Nik.

Aku menghampiri Kak Bella yang berada di hadapan para peserta serta beberapa fasi lain.

"Ermmm berjanji lagi ke dek. Rasanya malam tadi kata tak ada apa-apa. Ni apa hal boleh sama ni." Sakat Kak Bella.

"Ala kak tak payah sebut la. Tadi dah kena dengan Azwa. " kataku menahan malu.

"Mir, semua peserta laki dah ada ke?" Tanya ku kepada Amir yang merupakan fasi yang bertanggungjawab menguruskan peserta lelaki.

"Aikk,asal tanya aku. Tanya la buah hati kau." Sakat Amir pulak.

"Haishh menyampah la macam ni. Asyik aku je yang kena. " rajukku.
Aku terus berlalu untuk melihat para peserta.

"Ehh buah hatinya dekat sini la. Asal pergi sana?" Sakat Amir lagi.

Aku buat tak tahu je dengar gurauan Amir itu. Aku dapat dengar ketawa Amir dan suara dia.

Ehh dia ada dekat situ ke? Aku jeling tempat Amir berdiri. Okey dia ada dekat situ. Aku terus menghadap para peserta. Tak boleh jeling lama-lama nanti dia perasan. Kang tak pasal-pasal kena sakat lagi.

"Oii kau dah pehal ketawa kuat sangat ni. Sakit err ?" Tanya Nik.

"Hahaha. Takla buah hati kau tu merajuk kena sakat. Pergila pujuk. Dia nak kau pujuk tu." Kata Amir lagi.

"Izzah??"

"Yela siapa lagi. Kau ada buah hati lain ke?"

"Tak ada la. Dah la buat kerja"

"Baik baik pujuk buah hati tu" laung Amir.

Sedang aku berbual dengan peserta kem, Nik memanggil para peserta untuk berkunpul.

"Okay. Semua peserta berkumpul. Semua okay ye. Kita mulakan aktiviti kita pagi ni dengan bacaan doa supaya perjalanan program hari ini berjalan dengan lancar."

"Memandangkan kita akan melakukan aktiviti yang mencabar. Kita akan akan membuat senaman pagi. Semua ambil ruang. "

Bermula senaman pagi yang diketuai oleh Nik sendiri. Yela dengan badan dia yang sado tu mesti la dia yang lead. Kalau bukan dia yang lead memang tak guna la badan dia yang sado tu.

Setelah senaman pagi selesai, peserta di benarkan untuk sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti pada pagi itu.

Aku hanya mencapai kueh-kueh yang dihidangkan. Lalu,aku menghampiri tempat yang diduduki oleh para fasi.

"Aikk dek makan kueh je ke? Jaga badan ke ?" Tanya Kak Bella.

"Tak payah jaga badan sangat la dek. Adek tu dah kurus pun. Lagipun kalau gemuk abang kesayangan adek ada boleh tolong adek ajar kuruskan badan yang sihat." Kata Kak Aza. Diakhir katanya yang menyakat aku.
Fasi lain dah senyum-senyum.

Aku hanya buat tak tahu je . Makin dilayan makin menjadi-jadi sakat mereka.

"Amir, nanti siapa punya slot dulu?" Tanya Nik yang baru datang ke tempat kami makan.

"Faris dan Isya punya slot tak silap aku. Asal? " jawab Amir.

"Ala Nik saja je tu nak datang sini. Nak lepas rindu dekat buah hati kesayangan dia tu. Maklumla buah hati dia kan cantik bak bidadari." Balas Azwa.

Hukkk hukk

"Aikk dek awatnya adek yang batuk ni. Rasenya Azwa tak cakap pasal adek." Kata Kak Bella.

Saje je mereka menyakat aku. Macam la tak tahu siapa yang mereka cakap buah hati si Nik tu. Kalau bukan aku siapa lagi kan?

Eeh overnya kau zah. Sedarlah diri tu zah oiii.

Aku hanya menjeling mereka yang menyakat aku sambil mencapai air aku untuk menghilangkan batuk. Sempat aku menjeling Nik yang berada di sebelah aku.

Muka dia boleh nampak merahnya. Haishh tahula kulit tu putih takyah la nampak sangat muka malu-malu kucing tu. Memang aku lagi cairla dengan kau.

"Dah takyah nak main mata sangat la. Ingat kiteorang jealous ke? Sikit pun tak la " kata Azwa yang sempat melihat mata aku memandang Nik.

Mereka yang lain dah ketawa dengan gurauan Azwa.Aku hanya menjeling Azwa dengan gurauannya.

"Dah la cepat makan. Lambat nanti aktivitinya nak habis." Arahku bagi menutup malu.

Aku terus menuju kearah tapak perkumpulan para peserta. Ramai peserta telah berkumpul. Hanya beberapa lagi yang masih makan. Bagusla para peserta menepati masa yang ditetapkan. Tujuan program pun untuk mendidik para peserta supaya mendisiplinkan bagi menempuhi alam-alam universiti dan alam kerja yang bakal mereka hadapi.

Slot seterusnya diteruskan. Aktiviti yang dilakukan ialah meredah hutan sambil mengenali pokok yang ada disekeliling.

Inilah masa untuk anak-anak muda mengenali alam dan menghargai alam yang semakin dipandang sepi oleh anak muda zaman sekarang. Inilah antara langkah yang harus dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Anak muda perlu didedahkan dengan perkara sebegini agar mereka mempunyai perasaan mencintai alam sekitar yang semulajadi daripada maha pencipta yang agung iaitu Allah SWT.

Masyarakat juga perlu mengamalkan dalam kehidupan harian agar perkara ini tidak luput dek zaman. Sekiranya perkara ini tidak didedahkan kepada masyarakat ia akan menyebabkan masyarakat masa hadapan mendapat impaknya. Orang lain yang buat orang lain yang menerima padahnya.

Menjaga alam dan menghargai alam adalah tanggungjawab hamba Allah. Alam ini adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa. Sebagai umat yang mengasihi dan menghormati Allah, kita haruslah memjaga alam ni dengan sebaiknya agar tidak dimurkai oleh Allah SWT.

BestfriendWhere stories live. Discover now