Akhirnya hubungan aku dengan keluarga kembali menjadi seperti dulu. Aku tidak sangka aku sanggup layan perasaan aku berbanding keluarga yang telah membesarkan aku selama ni. Lelaki yang belum tentu menjadi imam aku suatu hari nanti.
Sekarang masa untuk aku membetulkan hubungan aku dan kawan-kawan. Hanya kerana seorang lelaki aku mengenepikan rakan-rakan aku.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sekolah
Hari pertama aku datang sekolah sebagai pelajar form 5 . Yup SPM tahun ni.
Misi pertama untuk hari ini adalah cari rakan-rakan ku yang dah lama tak jumpa. Rindunya dekat dia orang. Wait for me girls. Haha
"Assalamualaikum "
sapaku kepada rakan-rakan ku. Aku berlari dan terus memeluk mereka.
"Rindunya dekat korang ni. Miss you so much! "Apabila terasa mereka tidak membalas pelukan ku dan salam ku aku terus melonggarkan pelukan dan memandang mereka. Mereka menunjukkan muka blur. Ni mesti tak percaya aku dah kembali ke asal. Terkejut la tu selama ni aku ketepikan.
"Weii tak payah nak buat muka terkejut sangat. Ni kakyong korang dah balik ni. Tak rindu ke? Tak nak peluk kakyong korang ke? " kataku dengan selamba.
Aku lihat mereka masih lagi terpinga-pinga. Aku lihat Aina menoleh kearah Amirah. Mereka berpandangan beberapa minit sebelum memandang aku semula. Lepas tu mereka memandang antara satu sama lain kembali.
Haii aku jadi tunggul la jawabnya dekat sini. Ni dah kenapa pandang-pandang ni. Ni mesti dye orang umpat aku dalam hati ni. Haishh sabar je la aku dengan depa ni. Bisikku dalam hati.
"Oiii tak payah nak umpat aku dalam hati sangat la. Aku tahu korang terkejut. Ni kakyong korang ni dah balik. Tak nak peluk ke? Tak rindu? " ulang kataku.
Mereka masih lagi seperti tadi. Aku malas nak cakap lama-lama terus nak pergi. Tiba-tiba aku terasa ada yang memelukku.
"Kakyong kita orang rindu kau sangat. Ofcus la kita orang rindu kau. Gila ke tak rindu kau? Rindu nak setengah mati tahu tak. Huhu" kata Aina.
"Ha'ah. Kita orang rindu kau sangat tahu tak. Kau dah la pinggirkan kita orang. Sedih tahu tak? " kata Amirah pula dengan sedih. Aku yang mendengar pula rasa serba salah.
"Sorry la. Aku tak tahu la kenapa aku boleh lebih kan perasaan aku berbanding korang dan keluarga aku.
Aku dah termakan dengan kata-kata aku sendiri. Sorry korang " kataku dengan sayu."Alaa takpa la kakyong. Kita orang faham. Don't worry. Kau tak salah. Mula-mula kita orang ada la jugak rasa marah tapi bila difikirkan balik kite orang faham. Ala biasa la bila orang tengah bercinta. Haha" kata Aina dalam gurau nya jugak.
"Sorry okk. Ehh please la. Aku tak bercinta ok dengan dia tu. Takde kerja nak bercinta dengan dia. Tepuk sebelah tangan je tak berbunyi ok. Eh dah la taknak cakap pasal dia. Aku nak lupakan" kataku lagi.
"Alaa kakyong jangan la macam ni. Kakyong kan jenis yang happy go lucky je. Don't worry la. Kite orang ada je untuk kau dekat belakang kau ni. Okk" kata Amirah manakala Aina mengangguk kan kepalanya menandakan setuju dengan cakap Amirah.
"Okk dah la taknak cakap pasal benda ni. Aku nak lupakan pasal benda ni. Tak penting dah. " kataku untuk melupakan perkara yang telah menyebabkan aku melupakan keluarga dan kawan-kawan ku yang selalu ada untuk aku selama ni.
Mereka hanya mengangguk kepala dengan cakap ku. Mereka tak nak merosakkan mood aku yang dah baik.
Aku ingin berubah. Taknak menjadi seperti yang dulu. Aku ingin menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum ini. Aku taknak ingat lagi Izzah yang dulu. Aku ingin menjadi Nurul Izzah Syahirah yang baru. Aku ingin mencapai cita-cita aku dan membanggakan kedua ibu bapa aku. Aku taknak sebab lelaki aku lupa aku cita-cita aku dan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

YOU ARE READING
Bestfriend
Fiksi RemajaNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...