16

42 2 2
                                    

Dalam hall sementara menunggu Prof. Dania masuk aku,Azwa dan beberapa orang rakan kelas bersembang antara satu sama lain.

Biasa la perempuan kalau bukan gosip apa lagi kan. Pantang ada masa mesti nak gosip.

Tapi aku lain. Aku hanya mendengar sahaja gosip itu dan tidak memberi pandangan aku langsung. Tapi adalah kadang aku memberi pandangan. Kalau perlu sahaja la. Hehe.

"Ok perhatian! Aku ada pengumam nak bagitahu ni " kata Amir. Antara rakan sekelas ku.

"U kita akan mengadakan kem motivasi semasa cuti sem nanti. Prof. Adi minta sesiapa yang free cuti sem untuk jadi fasilitator. So siapa yang free?" Tanya Amir sambil memandang seisi kelas.

"Bila? "

"Dimana? "

"Untuk budak-budak or remaja?"

"Budak course lain ada ke? "

"Kau ni bagi info sekerat-sekerat la "

Semua mula bertanya. Ada juga yang merungut dengan Amir sebab bagi info sekerat-sekerat. Aku hanya mendengar dan memerhati sahaja. Tertanya-tanya jugak kem tu macam mana.

"Okk okk. Sorry okk. Kem ini untuk pelajar yang nak SPM. Kira nak bagi persediaan untuk selepas SPM. Akan diadakan di Kem Herba, Sungai Congkak Hulu Langat Selangor. Pada tarikh 15 hingga 18 haribulan. Iaitu selama 4hari 3malam. Budak course lain tu Prof ada cakap dia memang nak ambik tiap course kena ada wakil.Time dekat sana nanti setiap wakil course kena cerita tentang course masing-masing.Okk puas hati?" Kata Amir dengan panjang lebar. Di akhir penerangannya dia macam membalas balik ketidak puas hati budak kelas tadi.

"Weii macam best je. Nak tak? " Azwa bertanya kepadaku.

"Entah la. Aku dengar pun macam best je. Lagipun aku rasa macam takda program je time cuti sem nanti." Pikirku.

Yelah. Sudah tentu ahli keluargaku sibuk dengan hal masing-masing. Lagipun ibu tak cakap apa-apa pun kalau ada majlis mana-mana yang perlu kehadiran aku.

"Mir aku tak boleh la. "

"Aku pun "

"Aku pun "

"Aku pun"

Makin ramai yang kata tak boleh join kem tersebut. Yelah masa ni la depa nak pergi mengembara. Hilang stress menghadap assignmant yang berlambak tu.

"Aku pun sebenarnya memang tak boleh pergi jugak. Kakak aku nak nikah cuti ni " Amir beralasan pula.

Tiba-tiba semua rakan kelas ku memandang aku dan Azwa. Aku dah meremang bulu roma. Kalau ye pun nak aku pergi tak payah la pandang aku sekali serentak. Aku dah la rasa seram semacam kalau orang tenung aku dengan tajam macam tu.

"Kaurang dah kenapa? pandang aku macam tu? " tanya Azwa buat-buat tidak tahu mengenai pandangan mereka.

"Alaaaa waa boleh la. Lagipun kau dan Izzah kan best student Prof Adi. Mesti Prof memang nak kau pergi pun. " pujuk Amir kepada Azwa.

Azwa kalau orang dah pujuk-pujuk ni memang cepat cair. Halmaklumla hatinya memang lembut selembutnya.

Azwa memandang aku. Dari pandangannya aku tahu dia meminta pandangan aku. Aku pulak tak tahu. Nak pergi tapi macam malas pulak. Jarang ni aku jadi fasilitator. Lain karang aku buatnya.

"Nak kena buat apa ja dekat sana? " tanyaku. Yela kena tahu serba sedikit untuk join sesuatu perkara.

"Mermm.. apa yang prof cakap kendalikan program tersebut , jaga budak-budak tu alaa yang biasa fasi buat la. Lagipun nanti yang pergi ada mesyuarat dengan Prof Adi bincang mengenai perjalanan kem tersebut. " kata Amir lagi.

"Boleh la. Aku dan Azwa join. Prof nak berapa orang tiap course? " aku menyampaikan persetujuan ku.

"Tak kisah maximum 4orang. Minimum 2orang. Tapi kalau boleh tak payah ramai sangat la. Nanti gabung dengan budak course lain mesti ramai fasinya. Kem tu pun dalam 100 orang pelajar lelaki dan perempuan. " terang Amir lagi.

"Betul ye kau dengan Azwa jadi? " tanya Amir bagi mendapatkan kepastian.

"Yupp" kataku dan menganggukkan kepalaku. Manakala Azwa hanya mengangguk kan kepalanya sahaja.

Selepas beberapa minit kami berbincang mengenai kem motivasi tersebut. Prof Dania masuk ke dalam hall untuk memulakan sesi pembelajaran kami.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kafe MSU

"Ehh kaurang ada dengar tak pasal kem motivasi untuk pelajar SPM. Kita kena jadi fasinya." Kata Azwa kepada Farah dan Ira.

Ketika ini aku, Azwa, Farah dan Ira sedang menikmati makanan tengah hari kami. Biasanya kami akan makan diluar universiti. Tapi hari tidak sempat untuk keluar kerana Farah dan Ira selepas ini ada kelas bermula pukul 2 petang. Kelas aku dan Azwa bermula 3 petang.

"Tahu. Kenapa? Kaurang pergi ke? " tanya Ira.

"Pergi " balas Azwa dengan nada taknak pergi . Azwa ni memang susah sikit kalau diajak pergi kem ni. Maklumla anak tunggal. Tak biasa dengan kem-kem ni. Tapi aku suka dengan sikap Azwa yang tak terlalu menunjuk kekayaan bapaknya itu.

"Kenapa kaurang tak pergi?" Tanya aku pula.

"Dah ada budak yang nak pergi. Nak buat macam mana ." Balas Ira.

"Lagipun kitaorang budak jenis yang suka pergi kem-kem ni. Kau je yang suka pergi zah. " balas Farah pula.

Yela aku ni jenis suka aktiviti kasar-kasar. Dari zaman sekolah lagi. Dulu time zaman sekolah aku akan ikut semua kem yang diadakan. Tapi masuk je form5 ibu dah tak benarkan sertai kem-kem yang dianjurkan. Yela masa tu la SPM. Ibu taknak aku lalai dengan peperiksaan penting ku.

Harapan seorang ibu semestinya ingin melihat anak mereka berjaya sebelum dia menutup matanya untuk selamanya. Sebagai anak kita perlu menghormati dan menyanyangi ibu kita selagi ibu ada disisi kita. Janganlah kita menyesal dikemudian hari.Ibu merupakan syurga kita.

Bagi anak perempuan sebelum kahwin ibu merupakan syurga kita. Selepas berkahwin, syurga itu berpindah kepada suami. Tapi tidak untuk anak lelaki. Syurganya tetap dia bawah tapak kaki ibunya untuk selamanya. Tidak kira sudah berkahwin atau belum berkahwin.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata,

"Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata; "Wahai Rasulullah kepada siapakah harus aku berbakti?"

Nabi s.a.w menjawab: "Ibumu!"

Dan orang tersebut kembali bertanya: "Kemudian siapa lagi? "

Nabi s.a.w menjawab: "Ibumu!"

Orang tersebut kembali bertanya: "Kemudian siapa lagi?"

Baginda menjawab: "Ibumu! "

Orang tersebut kembali bertanya: "Kemudian siapa lagi? "

Nabi s.a.w menjawab: "Kemudian ayahmu "

(HR. Bukhari no.5971 dan Muslim no.2548)

Ibu,ibu,ibu dan barulah ayahmu. 3kali ibu barulah ayahmu. Berdasarkan hadis tersebut ibu adalah penting untuk diri kita. Janganlah kita menderhaka kepada ibu kita. Ibu adalah syurga kita.

3 kali ibu bukanlah bermaksud ayah kahwin tiga. Tapi ia menujukkan seseorang yang perlu kita hormati dengan sebaik-baiknya. Jika kita memderhakainya akan menjadikan kita seorang anak yang derhaka.

BestfriendWhere stories live. Discover now