5

82 0 0
                                    

Sekolah

Sekolah Menengah Sains Banting. Tempat aku menuntut ilmu selama 3 tahun .Hampir untuk menamatkan lagi 1 tahun. Masa untuk aku menyediakan persiapan sebelum SPM tahun hadapan. Aku perlu memperolehi keputusan yang cemerlang untuk membanggakan kedua ibu bapaku.

"Yong, tengah buat apa tu? " tanya Aina - kawan baikku.
"Tengah masak nasi goreng tak nampak ke?"sindirku.
"Alahaii. Sindir aku pulak. Aku tanya betul-betul ni."balasnya.
"Tengah nak siapkan add math.Kau tahu -tahu je la cikgu nya macam mana. Kang tak siap bising.Lagipun dari sekarang la nak get ready untuk SPM tahun depan."balasku sambil melihat kearah buku rujukanku.
"Haa bagus-bagus. Cantik sangat time kau tu.Ajar aku addmath. Kau kan pandai addmath.Please... " rayu Aina kepadaku.
"Tak payah nak buat muka sedih la. Aku tak makan muka sedih kau tu. Ha cepat la. Bab mana? "Tanyaku.

"Weeiiii .buat apa tu? " panggil Amirah.
Aku memandang dengan perasaan sedikit marah.Tak boleh panggil orang elok-elok gamaknya.Apabila dia nampak muka aku berubah sedikit dia mengukirkan senyuman dengan serba salah lalu menjawab "Sorry. Tak sengaja. Excitent pulak tiba-tiba."

"Tahu takut. Buat la lagi ye."kata ku sambil tersenyum.
"Alaa kak yong sorry la"balas Amirah.
"Mermm yela. Kita orang tengah nak study add math. Nak join tak? "Tanyaku.
"Ok cun aku memang nak tanya kau pun tadi. Jom start."

Kami mula ulangkaji untuk persiapan exam akan datang.Dalam masa yang sama untuk SPM tahun hadapan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Waktu Rehat

Seperti biasa kami makan ditempat biasa kami duduki. Bagi aku tak kisah duduk mana sekali pun tapi dah ada meja kosong duduk je la. Kadang pelik jugak kenapa meja yang kami duduki selalu kosong.Amirah kata dia ada dengar budak-budak lain memang kosongkan meja itu untuk aku kerana mereka takut dengan aku. Takut - takut takda benda lain gamaknya.

"Eh. Kau punya projek dengan Abang Amir jadi tak?" Tanya Amirah.
"Projek apa ?" Tanya aku.
"Alaa kau ni buat-buat lupa pulak. Yang Jumaat ni la" balas Amirah.
"Oohh. Nasib baik kau ingatkan.Aku tak tanya pasal barangnya lagi dengan Abang Amir.Thanks ingat.Nampak Abang Amir tak?"
"Tak nampak pulak."balas Amirah.
"Aku nampak tadi kat koperasi" balas Aina tanpa memandang kami hanya menunduk sambil mengacau air di depannya.
Apabila kami hanya senyap dan memandang dia.Dia mengangkat kepalanya dan memandang kami berdua dengan muka terpinga-pinga.
"Apa? " Aina bertanya.
"Apa? " aku dan Amirah bertanya serentak.
"Haishh . Aku tanya korang dulu asal pandang aku camtu " Aina menjawab.
"Yela kita orang pun tanya la asal kau pandang kita orang macam tu jugak."balas Amirah.
"Haish aku tanya korang dulu.korang jawab dulu.Korang pandang aku pelik sangat."
"Pelik sangat ye. Tak sejak bila kau nampak Abang Amir ni? " tanya Amirah.
"Sejak dari aku masuk sekolah ni la.Soalan korang macam aku tak pernah nampak orang la "balas Aina.
"Takla maksud aku kau Abang Amir.Seriously?" Tanya Amirah
"Yela .Aku nampak dia tadi "
Aku hanya dari tadi diam dan mendengar pertanyaan Amiarah itu mula memandang Amirah dengan tanda tanya dan Amirah turut memandang aku dengan muka penuh pertanyaan.

"Kau rasa tak apa yang aku rasa"
"Rasanya la. Serious ke?sejak bila do? Aku tak tahu apa-apa pun"
"Kau fikir aku tahu.Aku pun baru tahu.Abang Amir pun tak cakap apa-apa"
"Tapi serious? Wah berita sensasi ni.Ada benda nak bahan dia ni"
"Otak kau memang geliga"
"Hahaha"
Kami bertanya dalam hati.Wajah aku dan Amirah mula bertukar muka untuk mengenakan orang. Kami tersenyum antara satu sama lain. Selepas mendapat sepakatan kami memandang Aina dengan niat tersembunyi.
"Korang dah kenapa pandang aku macam tu. Jangan nak buat kerja gila ye?"Aina sudah tidak tentu arah dengan melihat senyuman aku dan Amirah.
Aku dan Amirah tetap tersenyum.
"Ooowwhh. Kau tak cakap ye kau suka Abang Amir..Wah dah pandai ye sekarang.Sejak bila ni? " Balasku dengan mengangkat jari telunjuk ku lalu menggoyangkan nya. Amirah turut melakukan perkara yang sama seperti ku.
Aina menjadi semakin gelabah dengan pertanyaan ku itu.
"A..a ..apa kau cakap ni. M..mana ada aku cakap aku suka A..a..abang A..a..mir..r. " Aina membalas dengan tergagap-gagap.
"Ha kantoi la kau. Sampai tergagap nak jawab soalan kita orang. Aina diam-diam ya?"balas Amirah pula menambahkan kegelabahan Aina.
"Ha ha ha.. kantoii " aku dan Amirah berkata.
"Ha cakap sejak bila ni?"tanyaku.
"Sejak bila apanya? "Tanya Aina buat-buat tak tahu.
"Elehh tak yah nak buat tak tahu la.Aku dah makan dengan perangai kau ni. Sejak bila?"tanyaku lagi.
"Ermmmm.. entah tak tahu .Aku pun tak sedar bila.Tahu-tahu perasaan tu dah ada. Dan makin hari makin bertambah"balas Aina sambil menunduk hanya memandang ke meja.Aku tahu Aina jenis yang pemalu.Aku sebenarnya terkejut la jugak tahu tadi. Yela Aina jenis yang jarang rapat dengan lelaki tiba-tiba jatuh cinta dengan lelaki. Tup -tup lelaki tu boleh dikatakan abang aku jugak la. Haishhh untungla abang Amir dapat Aina .

"Haishh apa yang aku pikir ni. Macam Abang Amir dengan Aina tu nak kahwin. Muda lagi la. Mana la tahu Abnag Amir dah ada makwe ke. Tapi kan Abang Amir tak pernah cakap pun dia ada makwe. Tak pa nanti aku tanya Abang Amir sendiri. Tapi Abang Amir suka tak kat Aina? Kalau tak suka lain pulak jadinya. Tapi aku tengok Abang Amir macam suka jugak dekat Aina. Tiap kali jumpa aku mesti nak jeling tengok Aina. Ingat aku tak nampak la selama ni. Diam-diam ye depa main cinta. Tak pa lepas ni giliran Abang Amir pulak yang aku sakat. Hahaha " hatiku berbisik.

"Hoii kau yang mengalamun pulak, yong. Jangan cakap kau pun bercinta ya. Jangan la nanti aku tak da kawan yang nak bercerita. Kau dengan Aina dah ada aku je yang takda lagi" Amirah berkata sambil membuat muka sedih.
"Tak da maknanya la. Tak yah nak buat muka sedih la. Kalau tuhan dah bagi jodoh aku awal aku tetap nak korang ada dengan aku tak kira apa pun. Like we say' friends like siblings'. Don't worry. Aku tetap ada untuk korang bila-bila masa. Dah tak da yang perlu yang pertikaian pasal benda ni. Aku tak suka."balasku dengan emosi. Aku memang tak suka dyeorang fikir macam tu. Yela kite orang dah kongsi suka duka bersama tak kan sebab ada lelaki je nak menjauh dengan kawan yang membantu kita ketika senang dan susah.Aku dah cakap dengan dyeorang dari aku mula berkawan dengan dyeorang. Aku paling tak suka kalau kawan yang tinggalkan kita untuk lelaki. Aku paling pantang. Sebab aku pernah mengalaminya.

"Sorry. Okk aku janji aku tak cakap lagi. Please jangan la masam,Kak yong"kata Amirah sambil memegang tangan ku.
"Aku tak marah. Just aku tak nak korang fikir macam tu je. Kau tahu kan aku tak suka."aku balas dengan menepuk tangan Amirah dan mengukir senyuman untuk menyakinkan dia bahawa aku ok. Tetapi aku nampak Amirah masih lagi memaparkan muka yang serba salah.
"Aku okk la. Don't worry. "Balaku dengan senyuman untuk menyakinkan nya.Amirah mula membalas dengan senyuman juga.
Cukup la aku tidak mahu benda yang lalu terjadi lagi.

BestfriendWhere stories live. Discover now