4

90 0 0
                                    

Hari minggu

Masa untuk aku dan family aku berkumpul.Halmaklumla ibu dan ayah sibuk dengan kerja mereka manakala abang2 aku sibuk dengan pelajaran mereka.

Abang long ataupun nama penuhnya Muhammad Izzat Syamil yang sibuk dengan kerjanya.Abang ngah ataupun nama penuhnya Muhammad Izzaq Syarul yang  sibuk dengan kelas dia tapi sekarang dia tengah cuti semaster.Abang cik ataupun nama penuhnya Muhammad Izzaf Syaril pula sibuk uruskan hal nak masuk U.Aku takda la sibuk mana cuma asyik terperap dalam bilik dan melayari internet.Kerja sekolah berlambak tak sentuh langsung. Hanya mampu untuk aku jeling sahaja. Hehehe .So hari minggu jela untuk kami berkumpul.Ayah memang dah tetapkan untuk kitaorang setiap minggu semua kena berkumpul tak kira sibuk macammana pun.Tapi kalau dah sibuk sangat ayah maafkan la.Ayah tu walaupun tegas tetap bertimbang rasa jugak.

Kami menghabiskan masa hari minggu kami bersama-sama dengan sarapan ditaman yang direka khas oleh ayah untuk kami bersantai bersama setelah seminggu penat menghadap dunia yang kian mencabar.

"Ayah, keluar nak ?" Tanyaku.
"Nak pergi mana ?" balas ayah.
"Alaaa,jalan-jalan ke makan angin"
"ha'ah dik.Makan angin dekat depan tu.Nak jalan-jalankan pi la jalan kat depan tu." Abang ngah mengusik aku.Tak sah gamaknya kalau tak mengusik aku dalam sehari.Sabar je aku dengan abang aku yang sorang ni.
"Pikir lawak la abang ngah"aku balas dengan kerlingan mata sekali.
"Alaaa. Ayah jom la.Sekali sekala jalan-jalan hujung minggu ni.Bosan asyik tengok muka yang sama ja tiap hari. Takda muka orang lain gamaknya"
"Aiii dek perli abang ngah nampak? "
"Aii terasa ke?? "
"Agak la jugak terasa tu. Sampai ke lubuk hatiku yang dalam ini"

Mula abang ngah cari gaduh dengan aku.Hati den tengah hangat ni. Ni semua si _nevermore tu punya pasal. Dah berapa hari tak chat aku. Cari naas betul. Ni mesti dah jumpa makwe baru la ni.Haishh bila la nak berubah.

"Adik!! Ayah panggil la " panggil abang long.
"Ha mengelamun je la adik ni.Mengelamun pasal sapa tu dek. Pakwe ke?? " balas abang ngah.
"Diamla abang ngah " aku berkata sambil menjeling abang ngah.

"Apa yah?? Sorry tadi teringat kerja sekolah kejap"tanyaku sambil menayangkan gigiku yang tersusun rapi.
"Banyak ke kerja sekolahnya? Kalau macam tu tak jadi la nak keluar jalan-jalan."usik ayahku.
"Alaaa. Mana ada yah. Sikit je. Ok ok kita keluar jalan-jalan. Sunway Piramid ok?"
"Ok. Pergi la siap. Ni dah mandi belum? "
"Dah la adek bangun terus mandi ye. Ok adek pergi siap dulu. Love you mom dad" Aku terus mencium pipi ibu dan ayah.Ibu yang dari tadi hanya memerhati tergelang kepalanya melihat perangai aku yang ke budak-budakkan.
"Ehh. Ayah dengan ibu je. Abang takda?" Usik abang long.
"Love you abang long..... abang ngah and abang cik "balasku terus mencium pipi abang long. Aku nampak abang ngah nak buka mulut aku terus mencium pipinya diikuti abang cik. Aku tahu sangat abang ngah mesti nak usik aku. Nasib la ada abang-abang yang suka mengusik aku ni.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sunway Piramid

Aku gembira sangat hari ni.Yela dah lama tak luangkan masa dengan family . Semuanya sibuk dengan hal masing-masing.Abang long jenis kalau ada kerja mana nak ingat orang lain . Macam mana la aku nak dapat kakak ipar ni.Dah tak sabar nak pegang baby .Abang cik  pulak buzy dengan hal sambung belajar.Nanti abang cik dah sambung belajar memang tinggal aku dengan abang ngah jela.Memang aku dijadikan mangsa bahan abang ngah la selama sebulan abang ngah cuti semester ni.Nasib la badan.

"Adik nak pergi mana lagi ni? " tanya abang long.Halmaklumla aku yang ajak pergi sini tu dan aku yang tentukan mana nak pergi dulu. Ibu dan ayah pun ikut je mana aku nak pergi.

"Ice skating!! "
Aku menjawab dengan semangatnya.Kalau jawab soalan addmath sah-sah la nak tidur je.

"Ayah dengan ibu tunggu dekat tempat biasa ok? "
Ayah berkata. Ayah dengan mana suka main skating2 ni. Anak dara yang tak cukup dewasa ni je asyik sangat nak skating.Yang jadi mangsa abang-abang nya melayan karenahnya.
"Ok no hal ayah. Nanti kiteorg dah puas kiteorg pergi sana "balasku.
"Mermm yela jangan lama sangat dek.Ingat orang lain jugak"balas ibu. Ibu mesti tahu aku kalau dah dapat peluang main skating mestilah lupa dunia. Macam dunia ni aku yang punya. Perasan melebih aku ni ye .
"Ok ibu."balas ku taknak mengecewakan ibu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Aku hanya terbaring diatas katil sambil melayari internet.Biasa la budak-budak zaman sekarang asyik sangat dengan laman sosial masing-masing sampai meninggalkan solat fardhu.Tapi aku belum sampai ke tahap itu la. Aku masih lagi budak baik. Haha.

nevermore_ : Assalammualaikum. Haii sayang

Muncul dah makhluk ni lepas berbulan hilang.Aku hanya membiarkan sahaja notification tersebut.Malas nak layan. Malas + merajuk. Hehe.

nevermore_ : heii. Aku tahu kau on asal tak balas.Alaa takkan merajuk kot.Takkan la ganas-ganas pun boleh merajuk.Sorry la aku busy la. Nak uruskan masuk u tahun ni.

nevermore _ : sorry la sayang.Tak sengaja la. Jadual aku padat la untuk beberapa bulan ni.sorry la

"Haishh. Macam mana la aku tak jatuh sayang gila kat ko ni Nik.Kau suka panggil aku sayang. Kau panggil macam tu je hati aku cair.Orang lain panggil kebal pulak hati aku ni dengan kau je lain." Hatiku berbisik.

Nik Shahfiz Faris lelaki yang aku kenal di laman sosial.Seorang yang boleh dikatakan dalam kategeri lelaki idaman Malaya. Tetapi seorang yang suka bertukar - tukar pasangan iaitu playboy..Walaupun dia seorang yang playboy hatiku tetap kepadanya. Ceh kak yong ni dah pandai berjiwang - jiwang ni. Entah la jiwa aku rasa lain kalau aku chat dengan dia. Seorang yang bagi aku istimewa dalam hati aku.Kadang aku teringin jumpa dia depan - depan tapi aku tahu aku bukan la seorang yang menepati citarasanya.

nevermore_: heii merajuk dengan aku ke sayang? Sorry la.

"Haish dia main sayang lagi. Sabar je la aku dengan dia ni." Hati ku berbisik.

Izz_ : Waalaikumsalam.tak payah nak sayang2 sangat la. Aku ni bukan sayang kau sangat. Lain la kalau bukan budak tu. And one more thing, aku takda sebab untuk merajuk dengan kau la. Buang masa aku je la nak merajuk dengan kau.

nevermore_ : Alaa kau kan memang sayang aku. Budak mana pulak ni? Elehh yela tu ayat kau tu macam boleh percaya je.

Izz_ : Poyo la takdanya la aku nak sayang kau.Kau punya gf's la. Mestilah kau kena percaya aku orang yang mesti kau percaya 100% tau.

nevermore_: Elehh tak nak mengaku pulak.Tak payah nak malu la dengan aku. Sapa pulak gf aku ni. Setahu aku gf aku kau je. Ye memang aku percaya kau 100 % pun. Tapi tunggu kau jadi wife aku la. Haha.

Izz_ : Memang aku tak nak mengaku pon. Sakel sejak bila pulak aku jadi gf hang ni. Tak hinggin la aku nak jadi gf kau. Malang kang nasib aku. Eiwww. Bagi gf kau pon aku tak nak nikan lagi jadi kau punya wife.

nevermore_ : Elehhh. Mengaku jela. Aku tahu dalam hati kau suka sebenarnya kan?Kalau dah takdir kau dengan aku nak buat macam mana der.

"Kenapa la dia cakap macam tu. Nik kau tahu tak kau macam bagi harapan kan aku sekarang ni. Kalau boleh aku memang nak sangat jadi orang yang terpenting dan diantara orang yang kau sayang dalam dunia ni. Tapi aku tahu aku tak layak. " bisik hati ku yang lara.

Hatiku mula rasa yang tidak enak. Hatiku rasa tidak tenteram memikirkan pekara ini. Niatku untuk berbual bersamanya di laman sosial terputus disitu kerana aku tidak mahu hatiku terus menerus mengharapkan perkara yang tidak mungkin bakal terjadi.

"Izzah tidur la. Malam semakin tua. Tenangkan la hatimu dengan tidur yang enak" hatiku berbicara.

Aku terus melelapkan mata untuk menghilang perasaan yang hinggap di hatiku ini. Aku berharap esok aku bangun dengan semangat yang baru.

BestfriendWhere stories live. Discover now