9

60 0 0
                                    

Persahabatan yang dijalinkan di laman sosial semakin kian utuh. Berkongsi masalah, menyelesaikan masalah bersama. Belajar bersama. Membantu antara satu sama lain. Walaupun mereka kian rapat mengenal antara satu sama lain. Batas pergaulan mereka tetap jaga. Keluarga mereka jugak rapat antara satu sama lain.

Tetapi tanpa mereka sedari. Ada orang yang tidak suka akan perhubungan mereka. Tidak suka akan keakrapan mereka.

Matahari kian hilang dari pandangan. Awan menujukkan tanda-tanda hujan akan menimpa bumi tuhan yang esa ini. Izzah hanya memerhati pemandangan itu dengan hati yang lara. Hatinya sedih akan persahabatan nya dengan Nik. Nik mula menghilangkan diri tanpa khabar berita lagi. Walaupun dia telah biasa akan kehilangan itu,tapi kali ini terlalu lama Nik menghilangkan diri.

Izzah cuba menghubunginya melalui wechat, twitter, instagram dan skype. Nik tidak membalas segala mesej nya. Ada jugak Izzah cuba mencari perkembangan sahabatnya dimana dan bagaimana keadaan nya melalui laman sosial. Tetapi jawapan yang dia dapat tidak menggembirakan nya.

Izzah mula menjadi murung. Suka mendiamkan diri. Dengan keluarganya dia mula jarang berbual seperti selalu. Sehingga kan keluarganya sedar akan perubahan itu. Abang ngah yang sering menyakat adiknya pun tidak berani untuk menyakat adiknya lagi. Kerana adiknya hanya mendiamkan diri sahaja kalau dia menyakatnya.

"Tok! Tok! "

Izzah menoleh kearah pintu biliknya apabila kedengaran orang mengetuk pintu biliknya.

"Adik boleh abang ngah masuk "

Izzah hanya mendiamkan diri sahaja. Kerana moodnya tiada sejak tiadanya sahabat baiknya.

"Adik! "

"Mermmm masuk la. Pintu tak kunci pun. "

Izzah membenarkan abang ngahnya masuk ke biliknya. Dia tahu sangat abang ngahnya. Selagi dia tak menyahut selagi tu abang ngah ketuk pintu biliknya dan terus mamanggil nama nya.

Aku dengar pintu bilik ku di buka oleh abang ngah. Suasana hanya sunyi dan sepi. Aku berada di beranda bilik. Menikmati udara sekitar yang menujukkan ingin hujan. Aku tersedar apabila kedengaran kerusi di meja belajar ku ditarik oleh orang. Aku pasti itu adalah abang ngah. Yela dia baru je masuk tadi. Abang ngah menarik kerusi tersebut hampir dengan kerusiku di beranda bilik. Aku jeling sebelah. Abang ngah tengah duduk dan menikmati pemandangan petang bersama aku. Suasana sepi . Hanya kedengaran tiupan udara. Kicawan burung yang pulang ke sarang .

"Adik "

Aku senyap.

"Adik "

"Mermmmm "

"Adik "

"Mermmm"

"Adik "

"Mermmm"

"Adik "

"Hishhhh apa abang ngah ni. Panggil orang je. Rimas tahu tak "

"Ha boleh pun cakap. Ingatkan dah tak boleh cakap tadi. Orang panggil mermm je. Pikir ada emas tadi dalam mulut."

"Suka hati orang la "

"Adik "

"Mermm"

"Adik"

Nak mula lagi la tu abang ngah. Memang nak cari nahas dengan aku. Aku jeling abang ngah dengan hati yang sebel. Aku lihat abang ngah dengan muka selambanya dengan menongkat dagunya sambil melihat ku.

"Adik"

"Hishh abang ngah nak apa sebenarnya. Masuk bilik orang nak cari pasal je baik tak payah. Pergi la masuk bilik sendiri sana. Menyebok je la"

BestfriendWhere stories live. Discover now