Lepas je habis kelas biologi, aku terus menuju ke cafe. Tanpa menghiraukan Azwa yang berada di belakang. Misi utama aku sekarang adalah menuju ke cafe dan makan.
Tadi pagi tak sempat breakfast. Kalang kabut kejar masa. Bangun dah la lambat. Dengan jalannya yang sesak orang nak masuk kerja. Azwa pun sama bangun lambat. Aku bangun pun nasib baik Azwa yang kejut. Kalau tak aku tak bangun lagi tu. Memang tak masuk kelas la gamaknya. Si Ira dan Farah tu memang takda kelas pagi ni. Kelas mereka tengah hari nanti.
Ahhh tak kira aku nak makan jugak sekarang. Perut aku dah memanggil-manggil makanan untuk ditelan. Lapar tahap nak cekik orang ni. Huhu.
Bukk!!
Arr sakitnya. Ni aku langgar dinding ke bahu orang ni. Sakit gila kena bahu aku. Bahu langgar bahu. Boleh tahan jugak la bahu dia ni.
"Maaf saya tidak sengaja. Maaf " kataku sambil menundukkan kepala ku sedikit. Tetapi pandanganku masih lagi kebawah.
Dari pandangan aku lihat si pelanggar itu merupakan lelaki. Aku lihat dari kasutnya sahaja. Maklumla kita perlu menjaga pandangan kita daripada ajnabi. Boleh menempah dosa kalau berkali-kali lihat.
"Ehh takpa. Saya yang salah. Awak ok tak? Tadi saya dengar awak macam sakit je. Maafla saya tak sengaja. Kawan saya la ni " kata si pelanggar itu.
Aku memandang kearah kanan ku sedikit. Aku dapat lihat terdapat sepasang lagi kaki lelaki. Mermm kawan si pelanggar itu. Aku dapat rasakan si pelanggar dan rakannya memandang.
Haishhh ni yang aku tak suka ni. Aku paling pantang kalau orang tenung aku. Aku mula la rasa aura lain macam tu datang. Huhu. Bisik hatiku.
"Saya pun salah jugak. Jalan tak tengok kiri kanan." Kataku.
"Ehhh ..."
"Izzah!!"
Si pelanggar yang ingin membantah kata-kataku dipotong dengan satu suara yang memanggil aku.
Aku menoleh kearah suara yang memanggil aku itu. Siapa la yang panggil nama aku ni.
"Kau ni jalan tak ingat kawan langsung. Makan je yang diingatkan. " kata Azwa. Rupa Azwa yang panggil aku. Kompelin pasal aku tinggal dia masa kelas tadi.
"Suka hati aku la. Perut aku dah memanggil-manggil minta diisi. Kau taknak makan dah. Bebel je " kataku. Orang nak makan dihalang pulak. Muka aku dah cemberut.
"Yela kak yongku sayang. Jom kita pergi cafe " kata Azwa bagi memujukku yang merajuk. Haha.
"Ehhh.. abang nik buat apa dekat sini? " tanya Azwa.
Pertanyaan Azwa membuatkan aku sedar bahawa si pelanggar dan kawannya memerhatikan kami dari tadi. Mati la aku. Aku dah la tunjuk perangai gedik aku. Habis la. Malu!!! Baik aku bla sebelum terjadi apa-apa.
"Aku nak makan " kataku memandang Azwa dan terus berjalan menuju ke kaunter cafe tanpa melihat kebelakang.
Sebelum aku sampai ke cafe, aku sempat dengar si palanggar menjawab pertanyaan Azwa tadi.
"Owhh. Abang terlanggar kawan Azwa tadi. Abang tak tengok kiri kanan jugak tadi. "
Lepas tu aku dah tak dengar apa-apa. Misi aku mengenyangkan perut aku.
Semasa menunggu makanan ku. Aku sempat menoleh kearah Azwa. Dia masih lagi berbual dengan si pelanggar tadi.Aku hanya nampak sisi belakang si pelanggar kerana dia membelakangkan aku. Azwa ni memang betul la. Kalau ada lelaki dahi licin je mesti nak ditrynya. Haishh. Dia sama je la dengan si Ira tu. Pantang betul.
Aku terus mencari tempat duduk yang kosong untuk aku isi perut aku yang dari tadi berbunyi je minta diisi. Sabar la ye sayang perutku aku bagi kau makan kejap lagi.
Sedang aku asyik makan. Datang si Azwa duduk dihadapanku dengan makanannya. Alhamdulillah aku ingat dia nak sembang dengan si pelanggar tu sampai esok tadi. Ishh ishh.
"Makan tak ajak aku pun " kata Azwa dengan bibirnya dimuncungkan.
"Ehh apa pasal aku tak ajak pulak. Kau yang sibuk bersembang dengan lelaki tadi. Aku malas nak kacau dan masuk campur. Baik aku makan. Dapat aku kenyangkan perut aku ni " kataku. Sebelum dituduh macam tu je.
"Yelahh. Tapi kau nak tahu tak? " tanya Azwa.
"Apa? " kataku dalam ingin tahu dan taknak tahu.
"Yang tadi tu anak kerabat diraja tu. " katanya dengan semangat.
"Yang mana? " aku masih tidak dapat dia kata budak yang mana satu ni.
"Hishh kau ni. Lelaki yang kau langgar tadi tu la " katanya dengan geram.
Aku mula berfikir. Lelaki yang aku langgar tadi. Ye aku langgar tadi. Owhh yang dengan kawannya. Anak kerabat diraja. Sebelum ni Ira pernah bagitahu. Ok Ira pernah tunjukkan dekat kafe jugak. Baju putih.
Ya Allah. Dia ke? Tadi? Macam mana aku boleh tak sedar tadi tu dia. Sungguh aku tidak tahu.
Aku terus menoleh kearah belakang untuk mencarinya. Sungguh ke tadi itu dia. Kau ke nik? Apabila aku tidak menjumpainya. Aku menoleh kehadapan dengan sedikit kecewa. Walaupun aku tidak bersedia berjumpa dengan dia. Tetapi aku rindu nak bersembang dengan dia. Ya Allah peliharalah hatiku ini.
"Kau ni kenapa? " tanya Azwa pelik. Yela dengan aku yang tiba-tiba terkejut. Mana dia tak pelik.
"Mermm takda apa-apa." Pasrahku.
Sungguh ke itu dia. Ya allah. Aku kena pastikan itu dia.
"Wa tadi kau kata kau kenalkan yang aku langgar tu? " tanyaku dengan yakin.
"Ha'ah kenapa?"
"Kau tahu tak nama dia?" Tanyaku dengan debaran yang kuat.
"Mermmm jap ye.. aku lupa ingat laa.." katanya.
Aishh time ni la kau tak ingat wa. Please wa ingat aku nak tahu sangat. Please. Bisik hatiku.
"Ha!! Aku tahu. " katanya mengejutkan aku.
"Yela kau tahu apa ?" Kataku dengan malas. Dah malas nak tahu dah. Cakap pun nak tak nak je.
"Kau nak tahu tak? " tanyanya macam mengusik aku.
"Taknak !" Kataku sebel. Kalau taknak bagitahu cakap je la. Aku pun malas nak tahu. Huhu.
"Alololo. Merajuk pulak kesayangan aku ni. Bucuk bucuk. " pujuknya.
"Heii aku bukan bucuk kau ye. Aku wangi okk. Huhh " kata dengan nada sebel dengan Azwa panggil aku 'bucuk' .
"Alololo ye la kau wangi aku. Jangan la merajuk wangi aku. Nanti aku nak balik dengan siapa. Kalau bukan wangi aku yang bawak. Nanti aku tinggal sorang-sorang takda siapa nak bawak aku balik. Huhu " kata Azwa dengan muka sedihnya. Dengan bibirnya sengaja di muncungkan tanpa dia sedang bersedih.
"Elehhh tak payah nak buat muka kesian sangat la. Aku tak makan muka kesian kau tu. " kataku tidak percaya dengan rajuknya itu. Sebenarnya dalam diam aku tersenyum dengan rajuknya yang sebati dalam hidup aku ni. Sikit-sikit nama merajuk. Alahaii anak manja betul sorang ni.
"Yela aku ni siapa. Bukan siapa-siapa dalam hidup kau. Kaukan lebih rapat dengan Farah bukannya dengan aku. " katanya lagi.
Kalau dah cakap macam ni yang aku tak suka ni. Aku paling pantang orang babit pasal kawan ni.
"Ok fine. Aku pun taknak kawan kau la. " rajuk ku juga. Kan terbang mood aku ni. Haishh. Cari nahas betul.
Aku memandang tempat lain. Tidak langsung aku memandang Azwa. Aku mengintai sedikit untuk melihat reaksi Azwa. Muka Azwa sudah berubah. Nampak muka Azwa yang serba salah dengan kelakuannya tadi. Aku menyembunyikan senyumanku daripada Azwa.
Azwa Azwa tulah time nak merajuk dengan aku tadi taknak fikir sampai habis kan dah kena balik dengan aku. Lain kali fikir balik ye Azwa ku sayang. Haha. Bisik hatiku.
YOU ARE READING
Bestfriend
Teen FictionNik dan Izzah merupakan sahabat baik dari alam maya. Mereka berkongsi masalah antara satu lain. Keakraban mereka sangat kuat antara satu sama lain. "Bro kau sahabat yang terbaik ada dalam hidup aku. Aku minta maaf aku tak dapat menahan perasaan aku...